Bab 9-Makanan Jalanan

495 34 17
                                    

Ramai yang masih beratur bagi mendapatkan makanan. Cempaka dan Suri pantas mengagihkan pack food . Hujung bulan sebegini selalunya sambutan sangat ramai. Miskin bandar adalah sesuatu yang sangat benar. Gaji RM3000, dengan pelbagai komitmen tetap setiap bulan, belum ditambah dengan keperluan anak-anak, atau kecemasan yang tidak diundang, semuanya menuntut perbelanjaan. 

Street Kitchen untuk sesiapa sahaja yang memerlukan. Tanpa prejudis. Datangla, dan ambillah berapa yang perlu. Tidak perlu tunjuk kad pengenalan atau slip gaji. 

Suatu ketika dahulu Street Kitchen dianggap perosak masyarakat. Kata mereka, kalau hendak membantu berilah jorannya, bukan ikannya. Sampai bila-bila pun mereka takkan berdikari. Ditujukan khas buat golongan gelandangan yang disuap makan 2 kali seminggu.

Sewenangnya tuduhan dilemparkan tanpa mereka turun sendiri memahami kesukaran golongan ini.

"Orang lapar desperate tak makan banyak hari, ko suruh bagi kail buat apa??? bengong!!!"

Ada yang pendapatan isi rumah Rm3000 tapi masih tak mampu untuk menyewa rumah di Kuala Lumpur. Siang kerja pejabat, malam bertungkus lumus buat Grab. Mereka bukan malas, tetapi sangat kerja kuat untuk menyara keluarga.

Bahagian berikan 'joran' biarlah pihak 'mereka' yang kononnya prihatin buat tanggungjawab itu, kerana tentunya kepakaran lebih baik dan dana juga lebih besar. Bahagian yang kecil-kecil seperti memberi makan pada golongan yang terdesak ini biarla ada NGO yang lakukan.

"Assalamualaikum Cempaka.." Sapa lelaki lewat 40an.

"Waalaikumsalam Abang Hairi... dah makan bang? Ni ada Nasi Ayam Hainan" Cempaka menyuakan sebungkus bekas .

"Eh.. Alhamdulillah.. Abang kenyang dah Cem...Harini hari jadi Kak Ina.. ada rezeki lebih sikit.. Kak Ina pun masak nasi ayam. Budak-budak seronok..." Abang Hairi ceria bercerita. 

Abang Hairi antara yang kerap datang ke Jalan Panggung, KL untuk mendapatkan makanan. Selalunya hujung-hujung bulan.

"Oh... kisahnya..Nanti kirim salam happy birthday pada Kak Ina ye" Cempaka membalas ramah.

"Insyaallah... ramai ye malam ni.." Abang Hairi melihat-lihat sekeliling.

"Itulah dia... bulan ni.. malam nilah baru sempat saya join balik.." Cempaka menyambung.

"Oh ya... kedai Cempaka kan viral haritu....? Mesti busy kan...? Budak-budak ni excited tengok beruang tu....hahah" Abang Hairi mula ketawa berdekah.

"Saya pun geli hati bang. Entah siapa yang rakam dan upload. Saya memang terima kasih sangat-sangat la.." Cempaka menambah. Suri yang masih mengagihkan makanan cuma diam memasang telinga perbualan mereka berdua.

"Oh? ingatkan Cem suruh budak-budak kedai rakam..." Abang Hairi kerut dahi sambil mengusap bawah dagunya.

"Taklah bang...sampai sekarang kitorang tak tahu siapa..." Cempaka menyelak helaian rambut yang jatuh ke dahi.

"Macam tu..." Abang Hairi angguk-angguk.

"Abang tengok ada kaunter pemeriksaan kesihatan kat sebelah sana. Doktor daripada mana tu?" perbualan disambung.

" Oh ada ye? Saya tak perasan pulak bang. Saya sampai tadi pun orang ramai, tak sempat nak round sebelah sana. Abang keje semua ok..?" Cempaka bertanya mesra.

"Ok...semua ok.. Cuma Cem.. nak minta tolong sikit. Itupun kalau boleh la..." Abang Hairi ragu-ragu menuturkan.

"Apadia bang?" 

"Em...ni Kak Ina minta tolong tanyakan....Dia nak meniaga kecik-kecik...boleh ke nak minta tolong Cempaka ajarkan buat kek..?" Abang Hairi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Segan rasanya meminta begitu.

"Eh.. Abang ni.. boleh je.. free je saya boleh ajar. Nak belajar macamna mula setup business pun boleh.." Cempaka menyampaikan mesra.

"Alhamdulillah.. terima kasih Cem.. tapi kalau Kak Ina ajak kawan-kawan dia sekali boleh ke..?" Abang Hairi menambah.

"Boleh bang.. lagi ramai bagus..boleh kongsi-kongsi ilmu..cuma maksimum mungkin dalam 10 orang je. Kalau ramai sangat takut ada yang tak faham...." 

"Oh.. ok2. Tak sampai 10 orang Cem.. mungkin dalam 5 orang.."

"Ok. apa-apa abang contact saya je. Kita set masa. Ok bang, saya habiskan kerja saya dulu ye."

Abang Hairi ucap terima kasih sekali lagi sebelum berlalu menuju ke kaunter pemeriksaan kesihatan.

Jam menunjukkan hampir 1.30 pagi. Tetapi, Kuala Lumpur masih meriah.

Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now