Hannah baru tersedar, ada seorang lelaki sedang terpacak di sisi katil bertentangan dengannya. Diangkat mukanya perlahan-lahan, mata helang lelaki itu menikam anak matanya. Rambutnya yang lurus dan kebasahan terjuntai sedikit ke dahi. Tindakan refleks, tangan mengesat hujung bibir. Malu aku 7 keturunan kalau dia nampak air liur basih meleleh ni.

Dengan tangan yang disilang ke dada, senyum herot ditarik. Suka betul dia melihat aksi kalut wanita di hadapannya itu. Riak tidak berperasaan masih dikekalkan, dia berdehem demi mencuri perhatian Hannah, "Boleh solat?"

"Hah?" Seperti biasa Hannah tayang muka blur. Sekali lagi ditahan tawa daripada terletus. Hiburannya di pagi hari.

"Subuh dah masuk." Jawabnya ringkas.

"Oh." Jam tangan dikerling sekilas. Tak sedar yang dia tertidur. Apabila penat dan mengantuk menguasai diri, hendak ditahan pun tak jalan daaa...

"Awak dah solat?" Soal Hannah kepada Rayyan dibalas dengan anggukan oleh pemuda itu.

Hannah bingkas bangun, tidak elok dilewat-lewatkan solat. Mana hendak berkat hidup jika urusan Allah diambil mudah.

Hannah pernah terbaca di laman twitter, "Kalau kita jaga solat, Allah akan jaga urusan kita yang lain. Kita sering melengah-lengahkan solat sebab takut tak sempat selesaikan urusan dunia, sedangkan kita lupa bahawa Allah yang memegang masa kita."

Sejak itu, setiap kali dia mendengar azan berkumandang, terus sahaja dia mengambil wudhu dan meninggalkan apa sahaja kerja yang sedang dilakukan. Dia membersihkan dan mempersiapkan diri untuk menghadap Sang Pencipta.

Hasilnya, urusannya sepanjang hari tersebut terasa dipermudahkan. Kadang-kadang dia rasa seperti tak cukup masa untuk siapkan sesuatu benda, namun apabila dia mengutamakan solat, segala-galanya dapat diselesaikan walaupun seperti mustahil. Betapa istimewanya orang yang sentiasa menjaga urusan dengan Allah yang Maha Pencipta.

"Niall..." Panggil Hannah.

Rayyan menjongket kening bertanya kenapa.

"Boleh tolong tengokkan Fateh sekejap? Saya nak pergi solat."

Rayyan angguk.

"Terima kasih, awak." Ucap Hannah dengan sopan.

'Terima kasih Rayyan sebab kejutkan saya solat.' Sambungnya di dalam hati seraya berlalu pergi bersama dengan beg telekung di tangan kanannya. Hati wanitanya mula terusik lantas terukir senyum tipis di bibir. Surau wanita manjadi tempat tujuan.



USAI MENUNAIKAN SOLAT SUBUH, Hannah turun ke kafeteria dengan susah payah disebabkan oleh kepincangan kakinya. Perut yang berkeroncong sedari tadi minta diisi. Sudahlah dia ada gastrik, andai dia silap makan ataupun skip makan, gas di dalam perutnya sudah bersiap sedia untuk meletus. Akhirnya, dia jugalah yang merana menaggung sakit. Berguling-guling di atas katil sambil menekan perut.

Setelah beberapa minit memerhatikan makan yang dijual, akhirnya dia memilih untuk membeli 5 biji karipap dan juga roti coklat kismis jenama Gardenia kesukaannya. Makanan untuk Rayyan turut dia belikan. Sebotol air mineral turun dicapai ditambah dengan secawan kopi. Harapnya dengan minum kopi, rasa mengantuk yang menguasai berkurang. Usai membayar, dia pun mengatur langkah ke wad di mana Fateh ditempatkan.

Setibanya di wad, Rayyan duduk santai di sofa di penjuru bilik. Seperti biasa, matanya tidak lekang daripada menilik telefon pintar miliknya. Dilihatnnya Fateh masih enak dibuai mimpi, dia biarkan sahaja. Mujurlah Fateh tidak bangun lagi, jika tidak pasti dia sudah merengek. Hannah berjalan perlahan-lahan mendekati Rayyan.

"Morning, awak. Saya ada belikan breakfast untuk awak. Makanlah ya." Senyuman paling manis dihadiahkan buat jejaka kacak di hadapannya sebagai tanda terima kasih atas kesudian lelaki itu menemaninya hingga ke saat ini.

Rayyan memandang Hannah sekilas tanpa riak dan akhirnya dia kembali fokus pada telefon pintar di tangannya.

"Awak ni. Pagi-pagi kita kena ceria. Barulah aura positif tu datang. Kalau pagi-pagi muka dah masam, nanti semua benda jadi tak kena tau." Bebel Hannah sambil tangannya ligat mengeluarkan karipap dari sehelai plastik berwarna jernih. Dia duduk bersebelahan Rayyan di sofa namun jarak antara mereka masih dikekalkan.

Sebiji karipap dihulur kepada Rayyan, "Nah, ambillah."

"Nanti kalau aku nak, aku ambil." Ucap Rayyan senada.

"Aaaaaa... Buka mulut..." Hannah masih tidak mahu berputus asa. Dilayannya Rayyan seperti budak kecil. Jika diikutkan hati, mahu sahaja disumbat karipap tersebut ke dalam mulut Rayyan. Suruh makan pun susah... Eeeee... Nasib handsome!

Rayyan memandang Hannah tajam, kerutan di dahi terukir jelas. Dia ingat aku ni budak kecil ke. Nak disuap bagai.

Alamak, Niall marah. Peduli apa Hannah! "Aaaaa, buka mulut cepat." Dia masih tidak mahu berputus asa. Karipap itu disua betul-betul di hadapan mulut Rayyan.

"Aku bukan budak kecil." Ujarnya seraya merampas karipap dari tangan Hannah.

"Good boy." Dia memuji lantas tergelak kecil. Rayyan sangat dingin dengannya. Bukan senang diajak berbual. Sebab itulah sehingga sekarang dia masih tidak tahu apa-apa langsung tentang Rayyan. Hanya nama dia sahaja yang diketahui. Lelaki ini sungguh misteri. Namun, saat Hannah benar-benar memerlukan pertolongan, lelaki itu selalu muncul.

Teringat kata-kata Rayyan kepadanya tempoh hari saat di diragut, "Haven't I told you before, I am your guardian angel." Iya, dialah bidadara tanpa sayap buat Hannah dan dialah putera raja di kayangan yang Hannah cipta sendiri.

Dingin, beku, sombong, mulut tak ada insurans, suka palau orang. Andai boleh buat senarai, tulis 100 tahun pun tak habis untuk dia mengutuk Rayyan.

Namun, disebalik sifatnya yang sebegitu, dia sangat baik, prihatin dan penyayang. Tanpa sedar, Hannah berasa selamat saat berada di samping lelaki itu. Dia mula berasa selesa dengan kebaikan yang ditunjukkan. Walau bagaimanapun, dia masih perlu berhati-hati.

Sesetengah orang yang nampak baik sampai pijak semut pun tak mati, tapi hatinya busuk. Sesetengah orang nampak seperti penyangak tapi hatinya sangat baik. Apa yang penting, kita janganlah terlalu cepat percaya orang lain terutamanya orang yang baru sahaja dikenali. Sedangkan orang yang paling rapat dengan kita pun boleh tikam belakang. Tambahan itu, kita juga jangan terlalu pantas menilai dan menghukum manusia yang lain. Kenali dan selami peribadinya terlebih dahulu, kemudian nilailah dengan mata hati. Bak kata omputeh, 'Don't judge a book by it's cover.'


Apa macam bab ni?

Jangan lupa vote dan komen okay !

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now