"Kamu jangan buat benda yang bukan-bukan ya, Rayyan. Papa suruh kerja dengan dia, kamu kata tak nak. Lepas tu buat kerja bukan-bukan. Kalau mama dapat tahu, siap kamu." Puan Fauziah memberi amaran. Geram sungguh dia dengan anak bujangnya yang seorang itu. Selepas Rayyan tamat belajar beberapa bulan yang lepas dalam Ijazah Sarjana jurusan Perniagaan Antarabangsa di luar negara, dia duduk sahaja di rumah. Namun, baru-baru ini, Rayyan kata mahu bekerja bersama kawannya. Apabila ditanya kerja apa, dia enggan memberitahu. Puan Fauziah rungsing dengan kerenah anaknya itu.

"Ya, ma. Rayyan tak buat kerja bukan-bukan. Rayyan nak enjoy kerja je sekarang ni. Nanti kalau Rayyan dah bersedia nak kerja dengan papa, Rayyan akan beritahu papa, ya. Mama jangan risau." Rayyan memujuk mamanya lantas tangannya diletakkan di kedua-dua belah bahu mamanya lantas diusap perlahan. Dalam erti kata lain, dia ingin memberhentikan leteran emaknya. Jika dibiarkan, mahu dia terpaksa menadah telinga mendengar tazkirah Zohor sehingga asar daripada Ustazah Fauziah.

"You better keep your promise." Mama nya memberi peringatan.

"Ya, ma. I promised you!" Rayyan mengangkat tangan tanda ikrar. Lepas dia habis belajar, dia qada tidurnya, qada balik masa enjoy nya yang dia tak sempat rasa sewaktu tahun akhir pengajian. Selepas tamat belajar, apa yang dilakukan hanyalah makan, tidur, mandi dan cycle itu berulang selama beberapa bulan. Sekarang barulah dia terbuka hati untuk bekerja, namun masih belum bersedia untuk bekerja di bawah syarikat papa nya. Dia nak timba pengalaman di tempat lain dahulu. Tunggu sahajalah nanti, masanya pasti akan tiba. Pintu hatinya pasti akan terbuka jua.

Lagipun, dia hanya mempunyai 2 orang adik-beradik. Dia dan adik perempuannya, Sharifah Rabiatul Adawiyah. Jika bukan dia yang mewarisi syarikat papa nya, jadi siapa lagi?

"Dah pergi mandi sana. Bau kamu dengan kambing macam tak ada beza pun sekarang." Ucap Puan Fauziah sambil menutup hidungnya sebelum dia berlalu pergi.

Rayyan tergelak. Sempat lagi mama nya itu memerli.



HANNAH menapak perlahan-lahan ke dapur. Tekaknya yang kering minta dibasahkan. Dia dan Fateh tertidur setelah menunaikan solat Isyak jam 8.40 malam tadi. Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 1 pagi. Terincut-incut dia berjalan kerana bengkak di kakinya masih belum surut. Sakit juga masih ada, namun dia tahan sahaja. Dia mendapat cuti sakit selama 10 hari, jadi selama itu jugalah dia dan Fateh bercuti kerana tiada siapa yang boleh tolong hantar Fateh ke sekolah.

Setelah membasahkan tekak, dia kembali semula ke bilik. Badan dibaringkan perlahan-lahan ke atas katil. Pergerakannya sungguh terbatas. Dia berpaling menghadap Fateh. Sejuk hatinya melihat anak kecil itu. Saat dia sedih dan dilanda masalah, segala-galanya akan hilang saat dia melihat wajah anak syurga itu. Gembira Fateh, gembiralah dia. Sedih Fateh, sedihlah dia. Fateh itu ibarat nyawanya. Andai Allah menarik pinjaman sementara itu dari dalam hidupnya, dia tidak tahu macam mana untuk teruskan hidupnya. Dia sudah tidak punya sesiapa di dunia ini. Fateh adalah satu-satunya permata dan keluarga yang dia ada. Jika Fateh tiada, dia hidup sebatang kara sahaja. Sunyilah rumah kondominium itu kerana dia mungkin menjadi sebuah jasad yang tak bernyawa.

Dia renung sedalam-dalamnya wajah yang menyejukkan hatinya itu dengan penuh kasih-sayang yang meluap-luap. Perlahan-lahan tangannya mengusap wajah Fateh. Mahu sahaja digomol budak kecil itu, namun apabila difikirkan tidurnya akan terganggu, hasrat itu terpaksa dibatalkan.

"Ya Allah." Segera tangannya ditarik dek terkejut. Kemudian, dia melekapkan belakang tapak tangannya pada dahi Fateh. Panasnya! Panas sangat ni. Fateh demam panas.

"Fateh... Bangun, sayang..." Tubuh kecil itu digerakkan perlahan-lahan.

Tiada pergerakan langsung.

Hati Hannah dipagut rasa risau.

'Ya Allah, bantulah aku.' Dia menggumam di dalam hati. Sebenarnya sejak semalam lagi badan Fateh sudah mula panas, namun setelah dia berikan ubat demam, demamnya sudah mula surut. Kemudian, dia terus mendodoikan Fateh, lantas anak kecil itu tertidur setelah menunaikan solat Isyak bersama-sama dengannya.

Hannah buntu. Kakinya masih belum lagi kuat untuk berjalan atau membawa kereta. Jalan juga masih tidak betul, apatah lagi hendak mendukung Fateh. Dia seakan-akan ingin menangis saat ini, sungguh dia tidak tahu ingin buat apa.

"Sayang mama... Bangun, sayang..." Badan Fateh digerakkan berkali-kali namun masih tiada respons. Matanya tertancap pada ruam-ruam merah di tangan dan kaki Fateh. Dibeleknya satu persatu. Semalam ruam ni tak ada. Hannah menjadi semakin gusar, risau sekiranya ada apa-apa yang berlaku pada Fateh.

Telefon di sisinya segara dicapai. Dia scroll senarai kenalan yang ada. Tidak tahu hendak meminta tolong siapa untuk membawa Fateh ke hospital. Siapa je yang masih berjaga pukul 1 pagi.

Tangannya terhenti pada nama seorang kenalan yang disimpan sebagai 'Mr. Black' di dalam telefon pintar miliknya. Mereka sempat bertukar nombor telefon setelah Niall menghantarnya pulang ke rumah beberapa hari yang lepas. Niall sempat berpesan kepadanya jika dia memerlukan apa-apa bantuan, call je dia.

Hannah masih ragu-ragu dengan tindakan yang bakal diambilnya itu. Lelaki itu bukan sesiapa dalam hidupnya. Masakan dia hendak menyusahkan lelaki itu malam-malam buta ini.

Lambat-lambat Hannah menekan punat dail. Dia tiada pilihan. Andai lelaki itu hendak memarahinya atau bersikap dingin dengannya, dia sanggup hadap semua itu. Apa yang peting baginya sekarang ialah Muhammad Al-Fateh. Dia perlukan bantuan Niall untuk membawa Fateh ke hospital. Kalau dia nak call grab pun malam-malam buta macam ni, sudah pasti tiada driver.

"Tut. Tut... Tut. Tut..." Hannah menanti dengan penuh debar.

Panggilan pertama, masuk ke peti suara.

Hannah mendail sekali lagi. Barang kali lelaki itu jenis tidur mati. Namun, dia berasa hampa apabila panggilannya yang kedua masih masuk ke dalam peti suara dan masih tiada jawapan.

Air mata mula memenuhi empangan. Setitik permata jernih yang mula menodai lekuk pipi diusap pergi. Kepada siapa lagi dia hendak meminta tolong?

"Wise men say... Only fools rush in..." Telefon di genggaman Hannah yang memainkan nada dering yang dinyanyikan oleh Haley Reinhart - Can't Help Falling in Love With You berbunyi minta diangkat. Ibu jari pantas menekan punat hijau.

"Hello." Suara garau di hujung talian menyapa terlebih dahulu.

"Hello, Assalamualaikum awak. Tolong saya boleh?" Hannah terus terang tanpa selindung. Suaranya yang serak kerana menangis cuba disorokkan.

"Waalaikumussalam. Kau okay tak?" Soal lelaki muda di hujung talian.

"Tak..." Hannah mula teresak.

"Shhhh.... Shhh... Cuba cerita kat aku." Rayyan cuba memujuk. Dia sudah garu kepala di rumahnya. Terkejut apabila mendapat 2 panggilan daripada Hannah. Dia belum tidur lagi sebenarnya, namun sudah berkira-kira untuk tidur. Tadi ke tandas sebentar untuk menggosok gigi dan mengambil wudhuk.

"Saya minta maaf call awak malam-malam ni. Saya tak tahu nak minta tolong siapa lagi dah." Sambung Hannah.

Rayyan setia mendengar di hujung talian.

"Fateh demam panas. Boleh tak saya nak minta tolong bawakan dia ke hospital? Saya tak rasa yang saya boleh drive." Hannah menyambung setelah Rayyan diam tanpa balasan.

"Ya Allah. Kau kat mana sekarang?" Nada suara Rayyan seperti kerisauan.

"Kat rumah." Jawab Hannah ringkas.

"Wait for me. I will be there soon." Lantas talian terus dimatikan.


Apa komen korang untuk bab ni? Cer share sikit hehe. Kalau korang suka, nanti saya update lagi. Jangan lupa vote juga tau! Thank you.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now