Meer Nash tersentak ! Air matanya yang masih bersisa akibat kematian ayahnya mula bergenang semula. Aku anak pembunuh ?

“ Astagfiruallahalazim acu…bawa istigfar ! Tak baik cakap macam tu dekat sini…” kata makngah lagi.

“ Heh….sudah lah angah…acu tetap dengan keputusan acu…acu dah tak nak jaga budak ni…acu..benci tengok muka dia….acu dah tak ada kaitan apa – apa dengan suami pembunuh dan anak pembunuh lagi ! Kalau angah sayangkan sangat budak tu…angah jaga lah dia….”kata ibu seraya ingin berlalu pergi dari situ.

Pantas saja tangan kecil milik Meer Nash menyambar kaki Rohaila.

“ Ibu ! Jangan tinggalkan Meer ! Meer nak ikut ibu….” Teriak Meer Nash teresak – esak di situ.

Rohaila memandang tajam ke arah Meer Nash.

“ Aku bukan ibu kau lagi lah ! Lepaskan kaki aku !”kata Rohaila seraya meronta-ronta kakinya daripada pegangan Meer Nash.

Meer Nash tetap utuh memeluk kaki ibunya itu walaupun perutnya terasa sakit juga bila ditendang-tendang oleh kaki Rohaila.

“ Tak bu..Meer nak ikut ibu…..Ibu jangan tinggalkan Meer…Meer sayang ibu….”rengek Meer Nash.

“ Acu…sudah lah…jangan buat Meer macam tu….kesian dia…..”kata makngah.

“ Arghhh anak pembunuh ni menyusahkan betul lah….”kata Rohaila seraya merentap tangan Meer Nash yang memegang kakinya lalu dia menolak kuat tubuh Meer Nash sehingga jatuh tersembam di situ.

“ Ya Allah acu apa ni ! “kata makngah terkejut dengan tindak adik bongsunya itu.

Meer Nash tersentak. Habis tangannya luka – luka akibat tersembam. Seketika ibunya, Rohaila mula beredar dengan segera. Meer Nash pula masih terkesima dan terkaku dengan tindakan ibu kandungnya tadi. Hanya air mata yang menitis tanpa henti. Makngah mula mengejar ibunya. Terduduk Meer Nash sendiri di situ sambil melihat figura ibunya yang kian lama mula menghilang.

“ Awak okay ?” soal seseorang tetiba muncul sambil menghulurkan tangannya di hadapan Meer Nash.

Meer Nash tidak dapat melihat wajah si gerangan akibat silauan matahari. Namun lama kelamaan baru jelas dia melihat wajah orang itu. Seorang anak gadis kecil yang agak comel ketika itu menghulurkan tangan untuk membantu Meer Nash.

Meer Nash masih terkaku. Dia sendiri pun tak tahu sama ada dia patut ke tak sambut huluran tangan gadis tersebut.

Namun siapa sangka gadis kecil tersebut bertindak terlebih dahulu menarik tapak tangan Meer Nash.

" Awak luka lah...tak sakit ke ? "soal si gadis.

Meer Nash hanya diam namun dia hanya membiarkan tapak tangannya ditilik gadis comel itu.

Lama kelamaan gadis comel itu melekatkan satu plaster bercorak bunga pada luka di tapak tangan Meer Nash.

" Balik nanti letak ubat tau... " pesan si gadis.

Meer Nash hanya mengerdipkan matanya. Dia sedikit pun tidak bersuara. Barangkali gadis tu pun ingat yang dirinya bisu pulak.

Seketika kelihat seorang lelaki menggamit - gamit memanggil si gadis. Maka si gadis pun melangkah pergi meninggalkan Meer Nash.

Meer Nash tersedar daripada lamunannya. Duk flashback benda lama pulak. Hmmm tapi...siapa ehh gadis tu ? Aku teringin sangat nak jumpa dia semula. Kalau nak tahu, aku still simpan plaster yang dia lekat dekat luka aku dulu tu... Tu aje sumber kekuatan aku selepas ayah meninggal dan ibu kandung aku sendiri tinggalkan aku...

Encik Artist Paling Annoying ! Where stories live. Discover now