Bab 25

1K 123 15
                                    

Yazdan kelihatannya agak gelisah. Dia tidak henti - henti memikirkan tentang Laura. Khabar angin tentang Meer Nash itu sedikit sebanyak telah menganggu fikiran Yazdan. Hmm betul ke perempuan dalam gambar yang dicensorkan wajahnya tu Laura ? Macam mana semua benda ni boleh berlaku ?

Pesanan ringkas juga sudah dihantar banyak kepada Laura namun hampa satu pun tak dibalas.

Panggilan juga ada dibuat tapi tetap saja sama hasilnya tidak dijawab.

" Kalau betul lah perempuan dalam gambar tu Laura..bermaksud..diaorang mesti dah kahwin.." gumam Yazdan sakit hatinya untuk menerima kenyataan tersebut.

Tetiba Yazdan mendapat balasan pesanan ringkas daripada Laura.

Laura 💓

Waalaikumusalam. Sorry aku tak perasan mesej kau...hmm yaa apa yang kau tengok tengah viral sekarang tu semua betul...dan aku dah kahwin dengan Meer Nash..tapi aku hrp kau tak salah faham..aku bukan mcm tu..Meer Nash kena sabotaj..

Yazdan tersentak. Tepat sekali tekaannya. Hmm Laura dah kahwin dengan Meer Nash. Ya Allah....hati aku sakit sangat bila dengar kenyataan ni...

Seketika phone dicampaknya ke tepi. Dia tidak membalas pesanan ringkas tersebut. Yazdan ingin mencari ketenangan buat hati dan dirinya terlebih dahulu.

Part of Laura.

Laura merenung ruang chatt dia dengan Yazdan. Hanya berlalu sepi seperti itu saja. Hmmm Laura mendengus. Mesti Yazdan pun dah tak percayakan aku sekarang kan ?

Kelakuan Laura sebenarnya sedang diperhati oleh Meer Nash dalam diam.

" Kenapa ? Abang Dhamin marah kau lagi ke ? " soal Meer Nash bernada risau..

" Hah ? Eh tak lah..saya mesej kawan saya..."kata Laura.

" Kawan ? Kawan yang mana ? " soal Meer Nash bernada cemburu pulak. Hahahha.

Dia ni dah kenapa ? Soal macam - macam pulak.

" Err...ada lah...kenapa pulak nak tahu ? "

" Yelah ! Sebab aku jelous kalau kau chatt dengan Yazdan ! " itu hanya terluah di dalam hati.

Laura kelihatan sedikit ternanti - nanti jawapan seterusnya daripada Meer Nash.

" Hmm tak apa lah..chatt la kau dengan kawan mana pun..tapi kalau abang Dhamin marah kau lagi...bagitahu aku...biar aku ceramah dia cukup - cukup macam hari tu.." kata Meer Nash mengusir perasaan cemburunya.

" Ermm yelah - yelah.." akur Laura.

Tetiba kedengaran telefon bimbit Meer Nash berbunyi tanda ada panggilan masuk. Meer Nash mula berlalu untuk jawab panggilan tersebut. Laura pulak ditinggalkan sendirian.

" Hmmm dia cakap call dengan siapa pulak ? " gumam Laura dirundung rasa tanda tanya.

***
Tempoh yang diberikan oleh tuan director hampir tamat. Meer Nash sedaya upaya mengumpul segala bukti - bukti untuk dibuat sebagai pelindung semasa press confress nanti.

" Aku kena akhiri semua ni..." desis hati Meer Nash dengan bukti - bukti yang ada di hadapannya kini.

Dia tidak mahu isterinya, Laura dihina dan difitnah terus - terusan. Dia tak bersalah dalam hal ni pun.

" Meer..." panggil Azka yang baru muncul.

Meer Nash menoleh.

" Kau dah ready ? Semua wartawan dah tunggu kau.."kata Azka penuh debaran..

Meer Nash menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan. Meer Nash mengangguk.

" Aku dah ready.." kata Meer Nash.

Encik Artist Paling Annoying ! Where stories live. Discover now