Bab 2

1.4K 172 33
                                    

Berguling - guling Meer Nash di atas katil empuknya yang bersaiz king itu. Hari ni adalah hari malasnya. Dah tu shooting apa pun tak ada hari ni. Dia cuti la sehari. Lega. Tak payah serabut kepala dengan arahan director. Tak payah sakit hati dengan kerenah pelakon yang lain.

Namun bila duduk rumah ni rasa macam cacing kepanasan pulak. Tak tahu nak buat apa.

Sudah puas berguling, akhirnya Meer Nash duduk memeluk lututnya. Hmm tetiba teringin nak makan pizza pulak kan ?

" Azka ! "teriak Meer Nash.

Sunyi. Tiada sahutan dari Azka.

" Haish mana mangkuk ni ? "

Meer Nash mendengus geram. Dia ni memang ahh kalau panggil tak pernah nak dengar.

" Azka ! Azka ! "teriak Meer Nash berulang kali sambil matanya dipejamkan.

" Ye Tuan....err Encik Azka dia tak ada.."sahut Pak Din yang tercungap - cungap baru sampai.

Gila lah. Kesian Pak Din berlari - lari naik ke tingkat 2. Meer Nash ni pun, agak - agak ahh nak panggil orang dekat tingkat 2 pun. Memang kadang - kadang takkan dengar lah. Dah tu Pak Din ni pun dah agak berumur jugak. Bukannya kuat sangat.

" Hah ? Tak ada ? Dia pergi mana ? Saya tak tahu pun..."kata Meer Nash terpinga - pinga.

" Ermm.. ermm...."Pak Din sedikit tergagap.

Lambat menunggu balasan Pak Din akhirnya Meer Nash bersuara semula.

" Hmm tak apa lah...Pak Din boleh turun...sorry kacau Pak Din buat kerja dekat bawah pulak.."kata Meer Nash. Dia walaupun annoying orangnya tapi tetap hormatkan orang tua macam Pak Din ni.

" Baik tuan..tak apa Pak Din okay..."kata Pak Din seraya berlalu meninggalkan bilik Meer Nash.

" Hmmm baru aku nak ajak Azka pergi makan pizza..keluar pulak si mangkuk hayun ni..."ngomel Meer Nash sendiri.

Seketika dia menaip sesuatu di screen phonenya. Dalam sekelip mata dia sudah memesan pizza melalui app food panda. Senang tak payah keluar. Lagipun nanti dikejar pulak dengan peminat. Rimas !

Part of Laura.

Hampir satu jam juga lah Laura keliling kawasan Damansara Height ni. Tak jumpa - jumpa juga rumah customer. Ni lah salah satu masalah bila jadi food panda punya penghantar. Alamat rumah tu kadang - kadang customer suka letak salah ! Pastu bila order lambat sampai mulalah customer nak membebel tak tentu pasal. Last - last penghantar food panda juga yang disalahkan.

" Aduh...kat mana ni rumah dia ni ? Dah lah panas. Aku rasa aku dah keliling kawasan ni 10 kali dah..."ngomel Laura sendiri. Dia berhenti di tepi jalan seketika..

Laura menarik nafas dan menghembus nafas berulang kali. Cuba tenangkan diri. Jom kita cari lagi sampai jumpa. Laura bukanlah seorang yang berputus asa.

Dia mula mencari semula alamat customer yang memesan pizza tadi.

***
Selama satu jam setengah akhirnya tiba juga di hadapan rumah customer. Tu pun dapat jumpa sebab boss call balik cakap customer silap bagi alamat. Dia dah update alamat baru. Hampeh punya customer ! Kejap lagi tengok lah mesti ada perang yang akan berlaku.

Laura turun dari scooter pinknya lalu mengambil pesanan yang tersimpan dalam beg besar di belakang. Selepas itu dia mendekati pintu pagar rumah customer. Button loceng ditekannya.

Ting Tong ! Ting Tong !

Dalam beberapa saat  saja pintu automatik terbuka sendiri. Terpampanglah wajah seorang lelaki yang agak berumur di situ.

Encik Artist Paling Annoying ! Where stories live. Discover now