Bab 23

995 129 7
                                    

Tidur Laura akhirnya terganggu dari silauan mentari yang sudah mula naik melalui tingkap bilik. Matanya dibuka perlahan. Kelenguhan diseluruh badan dapat dirasakan. Ya Allah, dah pukul berapa sekarang ni ? Aku tak solat subuh pun lagi. Semalam punya solat pun tak ditunaikan lagi jugak. Laura benar - benar tidak sedarkan diri dari semalam.

Laura mula mengubah posisi daripada baring ke bangun. Dia baru tersedar akan kelainan bilik tidurnya. Eh ni bilik siapa pulak ? Aku ingatkan bilik aku tadi.

Lama kelamaan, fikiran Laura mula mencerna satu persatu apa yang berlaku kelmarin.

" Apa yang belaku kelmarin tu bukan mimpi ? " gumam Laura.

Dia baru sedar yang sekarang dia ada dekat bilik Meer Nash. Tetiba Laura mula menjadi sedih bila teringatkan kejadian di mana abang Dhamin sudah tidak mengaku dirinya sebagai adik lagi.

" Apa yang patut aku buat Ya Allah..." gumam Laura lagi.

Namun tiba - tiba dia mula teringatkan sesuatu lagi. Dia sedikit terkedu. Ya Allah, aku tampar Meer Nash semalam. Ya , Laura sebenarnya tak sedar pun apa yang dia buat dekat Meer Nash semalam disebabkan terlalu ikutkan perasaan sangat. Dia juga baru sedar yang dia dah salahkan Meer Nash 100% walaupun dia sendiri tahu, yang Meer Nash juga telah disabotaj.

" Di hari pertama aku sebagai seorang isteri pun aku dah derhaka dekat suami aku...ampunkan aku Ya Allah.."monolog Laura bersalah.

Laura mula ingin bangun dari katil untuk mencari Meer Nash namun tiba - tiba dia terpandangkan satu hidangan makanan terletak di meja kecil sebelah katil. Terlekat di sisi meja satu nota kecil. Laura mencapai nota tersebut lalu dibacanya.

Jangan lupa makan. Semalam kau tak makan langsung. Hari ni rest aje dekat rumah. Jangan pergi mana - mana. Aku dengan Azka aje yang pergi set shooting.

Laura tersenyum tipis. Tak sangka Meer Nash care macam ni dekat aku even aku dah tampar dia semalam.

Part of Meer Nash.

Baru satu scene telah Meer Nash selesaikan. Namun rasa penat dia lain macam. Mungkin sebab pasal kes semalam kot, Meer Nash sendiri tak sempat nak rest secukupnya.

Seketika Meer Nash diberi take five, maka dia pun rehat di tempat duduk yang disediakan.

" Kau okay Meer ? Nampak kau letih semacam aje ? Kalau kau dah penat...aku bagitahu director suruh tangguhkan dulu scene kau.." kata Azka.

Meer Nash menggeleng kecil.

" Its okay...aku okay lagi lah.." kata Meer Nash lalu meneguk air mineral. Tekaknya haus gila.

Selepas itu dia mengeluarkan phonenya untuk check apa - apa mesej atau status di social medianya.

Namun tiba - tiba dia mendapat pesanan ringkas dari nombor yang tidak dikenali tapi pasti saja dia sudah tahu siapa pengirimnya.

Aku ada kejutan baru untuk kau beberapa saat aje lagi.

Dahi Meer Nash sedikit berkerut. Apa maksud Ukail ni ? Kejutan apa pulak lagi ?

Namun tanpa disangka - sangka naik beberapa gambar Meer Nash dan Laura yang terjadi kelmarin namun dicensorkan sedikit di ruang mesej Meer Nash.

Meer Nash tersentak hebat !

Selepas itu, sosial media Meer Nash seperti instagram, twitter juga mula masuk dm dan comment yang bertubi - tubi. Meer Nash pantas membuka semuanya. Alangkah terkejutnya Meer Nash apabila semua gambar - gambar tersebut telah tersebar luas di social media. Meer Nash mula menggigil penuh debaran. Habis satu dunia tahu soal kejadian semalam. Apa yang bakal jadi dengan kerjaya aku ? Lakonan aku ? Kenapa Ukail ? Kenapa kau buat aku sampai macam ni ?

Encik Artist Paling Annoying ! Where stories live. Discover now