Bab 4

1.2K 159 10
                                    

Laura menunggang scooternya tanpa hala tuju. Dia pusing – pusing di sekitar Kuala Lumpur. Ya Allah, aku nak cari rezeki. Hmm tapi kenapa macam – macam sangat halangan ? Dah ada kerja kena pecat pula disebabkan customer yang annoying. Aku harap aku takkan jumpa dengan dia lagi. Kehadiran dia hanya bawa masalah untuk aku.

Puas pusing-pusing satu Kuala Lumpur dengan scooter pinknya, Laura berhenti di hadapan satu bangunan syarikat. Syarikat bernamakan Empire Holding yang terletak di seberang jalan dipandang Laura tajam.

" Ni syarikat papa...bukan syarikat orang yang tak sepatutnya.."desis hati Laura.

Kedua – dua adik beradik iaitu Dhamin dan Laura diberitahu pihak peguam bahawa segala syarikat dan rumah mereka telah disita dan dipindah milik. Semua ini berlaku disebabkan papa mereka didapati menyeleweng duit syarikat dan beroperasi secara haram.

Lama Laura memandang ke arah rumahnya. Tidak sanggup hendak melangkah pergi dan keluar dari perkarangan rumahnya itu. Begitu banyak kenangan yang tersemat di rumah agam itu.

" Laura jom ?" ajak Dhamin yang sudah bersedia dengan beberapa bagasi.

" Kenapa semua jadi macam ni abang Dhamin ? Kita dah hilang mama dengan papa tau...takkan rumah pun kita kena hilang jugak ?" soal Laura tidak memahami segala yang tengah berlaku. Maklumlah dia masih kecil ketika itu.

" Hmm ni ujian untuk kita Laura...kita kena hadap.."jawab Dhamin tenang. Sebagai seorang abang dia perlu menunjukkan hal-hal yang positif saja kepada adiknya Laura.

" Dhamin...Laura...cepat..kita kena pergi dari sini...."laung Mak Timah, pembantu rumah yang masih setia sehingga sekarang.

Dia ambil kami berdua jadi anak angkat, memandangkan dia pun hanyalah ibu tunggal yang tiada anak. Mak Timah aje yang kami boleh menumpang kasih, memandangkan mama dan papa tiada adik beradik yang lain.

Nyanyian lagu Peluang Kedua oleh Nabila Razali berkumandang menandakan ada panggilan yang masuk telah menyentakkan Laura. Terhapus semua kenangan lama yang berlegar tadi. Laura pantas menjawab panggilan tersebut.

" Hello ? "

***

Dari tadi Meer Nash hanya memandang ke arah crew – crew yang sedang melakukan tugas masing-masing. Meer Nash pula hanya goyang kaki duduk menunggu scenenya. Kekadang dia mengipas – ngipas wajahnya yang sudah siap make up tadi. Panas lah set shooting ni. Dia mengetap bibir.

Tetiba seseorang menghulurkan sebotol air mineral. Meer Nash mendongak memandang orang yang menghulur tersebut. Automatik Meer Nash pamer senyuman lebar.

" Terima kasih.."kata Meer Nash menyambut huluran tersebut lalu menunduk hormat sedikit kepalanya.

Seseorang tersebut mengambil tempat disebelah Meer Nash.

" Ni lah artist yang banyak kontroversi tu ea ?"soal Adam Lee.

Glurp ! Tertelan liur sendiri terasa pahit. Siot aje kena perli dengan senior weh. Meer Nash tersengeh kecil. Tak tahu nak bereaksi macam mana.

" Mana ada lah abang Adam..."kata Meer Nash menggunakan gelaran abang sebagai tanda hormat.

" Yeke ? Hahaha rileks ahh...nama pun artist kan ? Tak lari dari kontroversi..tapi satu aje lah....abang nak ingat kan....jadi artist biar humble....jangan annoying sangat..nanti lama-lama fans menyampah..."

Pang !

Terasa macam kena tamparan yang kuat dho ! Lagi kuat dari tamparan si Ruhainies tempoh hari.

Encik Artist Paling Annoying ! Where stories live. Discover now