Bab 5

1.2K 152 14
                                    


Meer Nash tersandar pada seat belakang sambil matanya terpejam. Wajahnya ditutup dengan topi hitam yang berlogo nike di bahagian hadapan.

“ Kau ada nak singgah mana – mana dulu ke sebelum balik ke rumah ?” soal Azka.

Mata Meer Nash tetiba terbuka. Topi dialihkan daripada wajahnya. Dia membetulkan posisinya juga.

“ Singgah kubur….”ucap Meer Nash.

“ Hah ? “tercengang Azka dibuatnya.

“ Singgah kubur arwah ayah aku lah…aku nak ziarah..”jelas Meer Nash lebih terperinci.

“ Ohh…”jawab Azka baru memahami.

Seketika Azka terus memandu ke destinasi yang dipinta Meer Nash tanpa banyak berbunyi lagi. Beberapa minit selepas itu, mereka tiba lah di suatu kawasan perkuburan. Meer Nash turun bersama Azka. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam kawasan perkuburan tersebut. Azka hanya membuntuti langkah Meer Nash sehingga tiba di hadapan satu pusara.

“ Assalamualaikum…ayah….Meer datang ni….”gumam Meer Nash perlahan seraya melutut di sebelah pusara tersebut.

Seketika Meer Nash dan Azka membacakan sedikit al-fatihah dan surah Yassin. Sempat Meer Nash mengeluarkan senaskah surah Yassin yang di simpan di dalam keretanya. Sesudah selesai bacaan disampaikan, mereka mula membersihkan sedikit kawasan pusara ayah Meer Nash itu.

“ Meer..aku pergi dekat kereta dulu ehhh…”pinta Azka sengaja ingin memberikan  ruang privasi sedikit kepada Meer Nash.

Meer Nash mengangguk kecil.

“ Ayah…Meer…dah berjaya sekarang…Semua orang kenal Meer….semua orang sebut – sebut nama Meer….hmm kan bagus kalau ayah masih ada….mesti ayah banggakan ada anak macam Meer ?”luah Meer Nash sebak.

Dia rindukan arwah ayahnya. Satu – satu ayah yang sentiasa di kenang dan di simpan dalam hati dan ingatannya.

“ Meer yakin…ibu…ehh bukan ibu…perempuan tu…boleh tengok Meer dekat tv sekarang….mesti dia menyesalkan ayah sebab tinggalkan kita ?”kata Meer Nash berbaur sinis.

Sampai  bila – bila pun dia takkan lupa setiap bait bicara mahupun tingkah laku ibu kandungnya terhadap arwah ayah dan dirinya. Dia mula teringatkan kenangan pahitnya sewaktu dia kecil. Masa tu dia baru berusia 10 tahun.

Majlis perkebumian arwah ayah baru saja selesai. Beberapa orang saudara mara  Meer Nash mula beransur pulang ke rumah masing- masing. Hanya tinggal makngah dengan ibu aje masa tu.

“  Acu…tak boleh buat macam ni…kesian dekat Meer….takkan Acu nak tinggalkan dia pulak ?”soal makngah a.k.a Rozimah.

“ Acu tak kira….Acu tak nak jaga dia….Acu tak boleh lah nak tengok muka dia….mesti acu teringatkan arwah ayah dia….”balas ibu Meer Nash a.k.a maksu sebab anak last dalam keluarga.

Meer Nash hanya mendiamkan diri sambil mencuri – curi dengar waktu itu. Dia masih kecil masa tu jadi tak dapat dia berkata apa – apa…

“ Jangan cakap macam tu acu…dia kan anak acu…”pujuk makngah.

“ Anak acu ? Tak angah ! Dia bukan anak acudia anak pembunuh tu !  Menyesal tau acu kahwin dengan dia...dah lah acu tak pernah rasa hidup senang dengan dia pun...dah tu...menyusahkan orang aje...baguslah mati cepat...“kata ibu Meer Nash a.k.a Rohaila.

Encik Artist Paling Annoying ! Where stories live. Discover now