Bab 27

1K 128 25
                                    

Set shooting hari ni agak riuh sedikit dengan kehadiran Meer Nash bersama isterinya yang merangkap PA juga. Ada yang suka dengan gandingan Meer Nash bersama Laura dan ada juga segelintir yang memandang enteng terhadap gandingan tersebut.

" Bagi semangat dekat saya ye dari sini.." pesan Meer Nash sebelum dia mula bergerak ke posisinya.

Senyuman kecil dipamerkan buat Meer Nash. Alahai mengadanya suami aku ni...

Laura hanya menjadi pemerhati ke arah lakonan Meer Nash. Kelihatannya Meer Nash sungguh bersemangat ye hari ni.

Tetiba Laura teringatkan sesuatu. Matanya mula mengerling sekelilingnya. Matanya mula tertacap pada artist Ruhainies yang masih bersiap untuk scenenya. Kelihatan ada seorang gadis di samping Ruhainies sedang menjaga dan menemaninya.

Laura ada juga terdengar orang - orang berbualkan tentang Ruhainies yang telah mendapat PA yang baru.

" Hmm...Yazdan marahkan aku sangat ke sampai dia berhenti kerja ? " gumam Laura sendiri.

Part of Yazdan.

Yazdan mula menyandarkan tubuhnya pada kerusi empuk di ruang bilik kerjanya yang telah diberikan oleh Dato Ghazali.

Disebabkan terlampau sakit hati dengan kenyataan yang diterimanya daripada Laura, dia mula membuat keputusan sebegini.

" Kenapa kau terlalu mudah kahwin dengan dia Laura ? Kenapa kau sikit pun tak pernah nampak kehadiran aku selama ni ? " desis hati Yazdan.

*Flashback*

" Selamat pagi papa.." kata Yazdan.

Dato Ghazali kelihatannya agak terkejut dengan kehadiran anak lelakinya itu.

" A..pa..Yaz buat dekat sini ? "soal Dato Ghazali.

" Erm..papa tak nak jemput Yaz duduk dulu ke ? "

" Oh err..duduk lah.."

Tanpa membuang masa, Yazdan mula duduk bertentangan dengan papanya.

" Macam ni lah papa..Yaz rasa papa tahu kot kenapa Yaz ada dekat sini hari ni..."

Berkerut dahi Dato Ghazali dibuatnya.

" Yaz..dah bersedia untuk ambil alih syarikat papa mulai hari ni.." kata Yazdan sinis.

Jelas sekali Dato Ghazali terkejut dengan apa yang dia dengar dan sedikit banyak juga telah buat dia gembira dengan berita ini.

*End Flashback*

Yazdan menongkat dagunya di atas meja.

" Sorry Laura...aku terpaksa buat semua ni..mulai sekarang aku..CEO Empire Holding..." gumam Yazdan sinis.

****

Laura duduk di suatu sudut sambil meneguk sedikit air mineral. Meer Nash masih ada beberapa scene lagi. Banyak betul yang dia kena settle kan hari ni.

Sedang leka Laura memandang Meer Nash yang sedang berlakon dari jauh itu tiba - tiba seseorang data menyapa.

" Laura..." sapa salah satu crew yang dikenali sebagai Fiqa.

" Ya ? " sahut Laura.

" Ikut saya jap.." kata Fiqa dengan wajah yang sengaja dimaniskan di hadapan Laura.

Laura kelihatannya sedikit tercengang. Namun dia hanya akur. Biasa lah Laura ni kadang - kadang lurus bendul jugak.

Laura dibawa agak jauh sedikit dari set shooting. Dia dan Fiqa melalui di kawasan parking kereta yang ada di situ.

Encik Artist Paling Annoying ! Where stories live. Discover now