"So, are you dying, my dear deciple?"

Puntung rokok dibakar hingga menjadi abu. Leon tersenyum mendengar soalan Syceil.

"You can say that, dear master." Balas remaja lelaki itu lalu beredar.

Syceil hanya mampu mendiamkan diri melihat anak muridnya beredar. Dia mengetap bibir.

"Ashriel, kenapa sungguh berat ujian terhadap pengguna kuasa kau?" Soal sang naga sendirian.

Manakala Leon pula, dia tersenyum melihat Sarah dan Shion berada dalam kereta.

"Sorry lambat. Aku berbual dengan Syceil tadi."

"Lambat 2 minit, Leon." Balas Sarah.

"Alah, kau chill sudah. Kali ni aku akan jadi tour guide bagi korang berdua. Jadi, Shion ada tempat yang nak kamu pergi?" Soal Leon seraya memasuki tempat duduk pemandu. Enjin dihidupkan.

"Hmmmmm...? Terpulang dari ayah!" Balas Shion ceria.

"Sarah?"

"Dari kau, Leon. Kalau ada tempat menarik, bagus juga tu."

"Alright!"

Kereta dipandu keluar dari perkarangan Istana Sakura.

Tidak lama kemudian mereka memasuki bahagian bandar. Kereta dipandu dengan kelajuan yang dibenarkan.

Penduduk membuat hal mereka sendiri. Ada pelajar yang sedang ke sekolah atau akademi, ada juga yang tengah bersarapan di cafe.

Para pahlawan pula sedang meronda kawasan bandar. Jika ada Unknown menyerang, senang bagi mereka untuk mempertahankan penduduk sementara penduduk berlari ke tempat perlindungan yang disediakan.

Leon meletakkan kereta di tempat disediakan. Mereka bertiga mula keluar dari kereta lalu menuju ke satu cafe.

Leon mengambil keputusan untuk duduk berdekatan dengan tingkap. Sarah dan Shion pula hanya mengikut remaja lelaki itu.

Setelah memesan apa yang hendak dimakan, Leon mendiamkan diri sambil mendengar alunan lagu jazz.

"Ayah, lepas ni kita nak ke mana?" Soal Shion tetiba.

"Hurm..Cari baju untuk Shion." Balas Leon tersenyum.

"Baju? Tapi Shion dah ada baju ni." Balas Shion sambil menunjukkan bajunya.

Ya, baju yang Shion pakai sekarang ni ialah Yukata. Sarah tersengih sambil mengusap kepala Shion.

"Kalau pakai baju tu setiap hari, boleh rosak. Jadi kena cari baju lain. Jangan risau ibu akan cari yang paling cantik punya!" Sampuk Sarah bersemangat.

"Ehh....ibu?" Soal Leon dengan satu pandangan beribu makna.

"Apa..? Ada salah?" Soal Sarah dengan pipi yang merah sedikit.

"Kemarin bukan tak senang ada budak panggil kau ibu? Sekarang ni dah selesa pula? Hurmm...."

"Bi-biarlah! She's cute! Is that wrong?" Soal Sarah malu sambil memeluk Shion.

Leon tersenyum melihat Sarah dan Shion. Kebetulan, mereka mempunyai rupa yang agak mirip antara satu sama lain. Leon menghela nafas.

"Kenapa?"

"Tiada apa-apa. Cuma kau nampak comel bila kau gelarkan diri kau sebagai ibu." Balas Leon tersenyum.

Sarah tersentak lalu seluruh mukanya menjadi merah tomato. Seakan ada asap yang keluar lalu Sarah menekup mukanya.

Shion hanya mampu mengusap belakang Sarah. Leon pula tersengih.

"Kenapa ayah buatkan ibu malu?" Soal Shion.

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now