Count 21: Off We Go

1.2K 105 12
                                        

Suasana tegang terhasil antara Leon dan Janette. Sarah hanya mampu berasa pelik sahaja terhadap mereka berdua.

"Sarah, step back." Arah Leon serius.

Sarah hanya mengeluh sahaja lalu mengikut arahan dari Leon. Dia berundur dari situ.

"Jadi, ada sebab kenapa kau nakkan jawatan aku?" Soal Leon serius.

"Jawapannya senang sahaja. Sebab kau sudah tak layak pegang jawatan sebagai ketua kepada Divisyen Tiga. Jadi, ada baiknya biar aku amik alih." Balas Janette dengan selamba.

"I see. You think you're worthy enough to be a captain of Third Division, huh?"

"Yeah. Aku lebih layak dari kau." Kata Janette dengan bangga.

"Kau fikir aku nak bagi kau jawatan ni dengan mudah?" Soal Leon dengan tenang.

"Apa?" Soal Janette tidak puas hati.

"3 tahun lalu. Kau berada bersama ahli skuad aku yang lain. Menyaksikan aku mengangkat sumpah sebagai kapten kepada Divisyen Tiga. Dalam sumpah itu, aku sebut bahawa tiada siapa yang boleh gantikan aku sebagai ketua selagi aku tak mati. Jadi...." Leon berhenti seketika.

"Bunuh aku baru kau dapat jawatan sebagai kapten kepada Divisyen Tiga." Kata Leon seraya melepaskan auranya.

Janette sedar, pergerakannya menjadi perlahan sedikit. Dia mengetap gigi. Namun, dia terkedu melihat pandangan Leon.

Penuh dengan kegelapan. Juga, amat menakutkan. Leon sekarang ini mula hilang sabar.

Sudahlah dia lewat, kena hapuskan Unknown lagi. Dan sekarang orang bawahannya cuba rampas jawatannya?

Memang mendidih darah Leon!

"Kita lihat. Siapa yang akan berdarah teruk hari ni." Kata Leon seraya membuka bajunya.

Terserlah badan yang tegap dan penuh dengan parut kesan pertarungan. Remaja itu terus menyarungkan sarung tangan hitam.

Janette mengetap gigi seraya melepaskan auranya. Suasana dingin mula membeku.

Puluhan belati ais terapung terhasil di belakang Janette.

"Oh! You're able to create more than 10 ice daggers, huh? It seems you improve yourself." Kata Leon.

"Of course. That's why I will defeat you with this power. Hmph!" Puluhan belati ais itu mula meluru ke arah Leon!

Remaja itu mula membuka kekuda lalu mula mengelak seraya menepis serangan dari Janette.

Leon tidak memberi reaksi apa-apa semasa mengelak dan menepis serangan dari Janette.

"Still slow. Not enough fast.." Kata Leon. Iris mata kanannya mula menunjukkan angka nombor 2 dalam tulisan roman.

"Tch! Fine!" Kata Janette lalu meluru ke arah Leon.

Penumbuk dilancarkan ke arah Leon! Remaja itu menahan dengan telapak tangannya lalu mencengkam penumpuk Janette.

BAK!

Satu serangan lutut mengenai perut Janette lalu satu lagi serangan penumbuk dihayunkan ke muka Janette.

"This is how you will defeat me, Janette? Pathetic." Kata Leon lalu membuat menghempas Janette ke tanah.

Rekahan kecil berlaku! Janette termuntah air liur akibat hempasan itu.

"Come to me after you really think you can defeat me." Kata Leon lalu meninggalkan Janette.

SHRAAKKK!!

LEON: THE TIME CONTROLLEROù les histoires vivent. Découvrez maintenant