Seseorang sedang berdiri di atas sebuah bangunan tinggi. Kelihatan orang itu berpakaian serba hitam sambil berkaca mata hitam dan kedua tangannya memegang dua pucuk pistol kembar.
Angin malam membuatkan rambut orang itu beralun kuat. Kelihatan dia sedang memerhati sesuatu di bawah.
"Leon, are you there?"
"I'm here already. The target at my sight. Your order, major?" Soal orang yang bernama Leon itu.
"Fire at your favourite range."
"Understand, major."
Leon mematikan alat telekomunikasi yang terpasang pada telinganya. Satu keluhan keluar dari mulut.
"Hah....Kenapa mesti aku yang dipanggil? Kenapa tak panggil je anggota yang lain? Leceh betullah kerja tengah malam ni." Kata Leon sambil membuka kaca mata hitam miliknya.
Sasaran berada tepat pada jarak yang disukai oleh Leon. Dia segera menghalakan muncung pistol miliknya pada sasaran itu.
"Mission is done."
BANNGGG!!!!
Orang ramai terkejut apabila melihat seorang lelaki rebah dengan kepala yang berdarah.
Leon memasukkan dua pucuk pistol miliknya di sebalik kot. Dia segera melihat jam tangannya.
"Wha-!? Jam 3 pagi!? Aduh!! Habislah! Esok aku kena bangun awal. Haih..Tidur 2 jam jelah jawabnya."
Dia segera turun dari bangunan itu. Tanpa membuang masa, dia segera menunggang motosikal hitam miliknya. Motosikal itu segera dihidupkan lalu dengan lajunya dia membelah kedinginan malam.
Tujuan Leon hanya satu. Iaitu rumah dan terutamanya bilik tidurnya. Beberapa kali sudah dia menguap kerana mengantuk.
"Hah...Ini kali terakhir aku buat misi tengah malam. Nanti aku beritahu Mak Cik Alicia."
Tidak lama kemudian dia tiba di rumah teres di mana menjadi tempat tinggalnya. Motosikal diletakkan bersebelahan dengan sebuah kereta lumba.
Dia segera membuka pintu lalu menuju ke ruang tamu.
"Where are you going, Leon? Going back at home this late?" Seseorang menegur Leon.
"Ah. Big sis Isla...Well...Have an emergency mission?" Balas Leon dengan senyuman sumbing.
Leon segera mengambil segelas air sejuk lalu meneguknya dengan sopan.
"Yang Akak Isla buat kat ruang tamu ni dah kenapa? Bergaduh dengan William?" Giliran Leon menyoal.
"Bergaduh? Nah...Tak lah..Kami tak gaduh..Cuma akak terbangun. Jadi akak ambik keputusan untuk layan drama satu episod baru akak masuk tidur semula." Balas Isla.
"Ah. Okay. Kalau macam tu Leon nak masuk tidur dulu. Esok dah start tahun terakhir persekolahan..." Kata Leon sambil memasuki biliknya.
"Okay. Oh ya...Esok, Mak Cik Alicia akan jadi guru besar....I guess he's not listening...Well, time to finish this drama and sleep." Kata Isla sendirian.
Keesokan harinya. Leon bangun dengan muka yang sembab. Dia terus mengambil tuala yang tersidai lalu terus memasuki bilik mandi.
Beberapa minit di bilik mandi, Leon keluar dengan tuala yang menutupi bahagian bawahnya.
Dia segera mengeringkan rambut lalu memakai pakaian rasmi akademi. Ya, kot berwarna putih, hitam, hijau dan kelabu berserta baju kameja berwarna kelabu, tali leher hitam dan seluar hitam.
Dia keluar dari bilik dengan membawa satu tablet hitam.
"Ah, Leon. Morning.." Tegur seseorang.
"Will. Yeah..Morning..."
ŞİMDİ OKUDUĞUN
LEON: THE TIME CONTROLLER
Bilim KurguKuasa untuk mengawal masa. Cool isn't? Bagi aku kuasa ni tidak lain hanyalah sebuah sumpahan. Nama aku Leon A. Einsley. Aku mempunyai kuasa untuk mengawal masa. Sebuah kuasa yang agak unik dari salah satu Supreme Gods and Goddesses, iaitu Dewi Ashri...
