Chapter 84: Her Determination

548 67 19
                                    

Sarah kini berada di sebuah tempat yang tidak diketahui. Dia berasa pelik akan apa yang berlaku di hadapannya.

Ya, dia melihat ada dua tempat dan dua Leon. Seorang Leon berada di tempat yang cerah seraya memakai pakaian bersih. Raut wajah yang Leon paparkan amat tenang.

Manakala, satu tempat lagi di mana Leon duduk di atas longgokan mayat manusia. Apa yang paling mengejutkan ialah Sarah kenal beberapa wajah di longgokan mayat itu. Leon hanya mampu duduk seraya menghela nafas berwap. Dia tidak memakai baju namun dia berada dalam bentuk yang tidak pernah Sarah lihat.

"Choose. Are you going to support the kind Leon or the tyrant Leon?" Ujar seseorang.

Sarah terkejut lalu berpaling ke belakang. Namun, sebaik sahaja Sarah melihat akan orang itu, secara mengejut dia berada di dalam salah satu bilik VIP hospital.

Badan Sarah habis basah lencun akibat peluh. Dia tercungap-cungap bagaikan ada yang mengejarnya.

"Where...Is...This...?" Soal Sarah dengan penuh rasa pelik.

"Ah. You're awake.." Tegur seorang wanita.

"That face...Angeline?" Soal Sarah.

"Glad you remember me." Ujar wanita bernama Angeline itu.

"Where am I? Hospital?" Soal Sarah lagi.

"Yup. You unconscious for 3 days." Balas Angeline.

"What!? Where's Leon!?" Soal Sarah lalu dia segera bangkit namun dia terduduk.

"Huh?" Sarah pelik kenapa dia tidak mampu berdiri.

"Jangan nak pelik. Kau tak sedarkan diri selama 3 hari. Tenaga kau belum kuat lagi."

"Belum kuat kau kata?" Soal Sarah.

"Eh? Aku ada kata apa-apa yang buatkan kau tak selesa?"

Secara mengejut rambut Sarah bersinar kemerahan! Dia juga mengeluarkan aura miliknya. Tidak lama kemudian, Sarah sudah boleh berdiri.

"Where's Leon?" Soal Sarah sekali lagi.

"Haih..Fine. Follow me." Balas Angeline lalu dia keluar dari bilik itu diikuti oleh Sarah.

Selang dua bilik dari bilik Sarah adalah bilik Leon. Pintu bilik itu terbuka dengan sendirinya.

Sarah tergamam melihat keadaan Leon. Kepala Leon berbalut, begitu juga dengan bahagian leher serta bahagian abdomen. Tangan kirinya Leon pula berbalut sepenuhnya.

"Kenapa dia boleh jadi macam ni?"

"Aku tak tahu macam mana. Bila dia dibawa oleh William, dia sudah cedera parah. Dia mengalami tulang patah di bahagian peha, betis dan lengan. Tak kurang juga retak di tulang rusuk dan tulang belakang. Apa paling teruk ialah bahagian tangan kirinya. Aku tak tahu macam mana tangan kirinya boleh jadi macam tu.." Balas Angeline panjang lebar.

"Boleh...Kau biarkan kami berdua?" Soal Sarah perlahan.

"Take your time.." Balas Angeline lalu keluar.

Sarah mendiamkan diri lalu duduk di kerusi pelawat yang tersedia. Dia hanya mampu mendiamkan diri melihat keadaan Leon.

Memori di mana Leon melawan Elucia dan juga beberapa orang yang tidak dikenali muncul dalam kepala Sarah.

"Why...? Why you became like this...?" Soal Sarah bergetar lalu mengetap bibirnya.

"It was my fault that so weak. So, why you sacrifice your life just for me..? You said you want to protect my smile...You want to make me happy...Yet, you make me sad...Take responsibility, you dummy..."

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now