°Chapter 34°

1.2K 78 0
                                    

Kutuk aku dalam hati masih berbuku, tetapi nasib lah ada budak panggil aku. Huh? Raisya minah kerek dengki dengan aku? Puih. Dasar pakai tepung, make up tebal. Eyeliner pun tebal macam hantu piji. Taktahu hantu piji? Search google lah. Ada fon kan?

"Kak Hannah, Madam Alinee panggil dekat bilik guru. Katanya urgent" kata budak perempuan berambut panjang ikat tengah. Toncet.

"Okay, terima kasih" Ucapku.

Aku berjalan ke arah bilik guru setelah sampai, aku membuka pintu bilik guru itu, aku terus melulu masuk sampai-

Gedebabb!!

Buku aku jatuh. Lagi sekali.

"Haish kau buta ke apa?"mulut lancang aku tanpa insurans. Dia menoleh ke arah aku tajam. Kayla?

"Kau yang buta, bodoh" Kayla memandang aku tak puas hati. Chit.

"Sejak bila kau pandai cakap bodoh ni?" seriously ni Kayla ke klon Kayla? Wtf. Mulut dia.

"Sejak aku kawan dengan Raisya. Dah, ketepi, tuan Kayla nak lalu"acah bagus lah tu. Dia menolak bahu aku aku terus terdorong ketepi. Semak perempuan ni. Tu kau tolak aku. Kau tunggu, bila aku dah ready nak fight dengan kau dan Raisya sekali. Wait and see.

"Blah ah!" halaunya.

Aku berpaling ke hadapan. Terus menonong masuk ke bilik guru. Endah tak endah sahaja Kayla menghalau aku. Lol. Fikir dia tu bagus sangat lah?

Tiba je meja guru Madam Alinee aku senyum ke, arahnya. Dia pun senyum. Madam Alinee ni dia tak mengajar aku. Tapi, kenapa dia nak panggil aku?

"Hannah, kamu boleh tolong Madam?" Madam Alinee menyoal.

"Apanya Madam? Kalau boleh saya tolong tak susahlah, kalau susah maaflah saya tak reti"kata aku menolak perlahan.

"Alah kamu ni, Madam nak kamu ajar budak sukan je tak susah pun. Kamu nak tak jadi jurulatih kedua sukan permainan Bola baling?"kata Madam Alinee. Em? Bola baling? Sebenarnya aku dah lupa step step main bola baling ni. Tapi-

"-Madam saya sukan permainan dulu Basket ball bukan Bola baling. Madam suruh orang lain eh?" iya, dulu sekolah aku antara sekolah yang ada permainan Basket ball tapi, bila masuk sini automatik aku kena tukar. Who's know you main permainan Basket ball dulu? Kan?

"Siapa cakap dekat kamu yang permainan Basketball takde? Ada je cuma-"

"Lelaki je kan? Tahu dah Madam haha.. "aku memotong ayatnya. Hehe.

"Tapi kamu tak nak jadi pengurus dan penolong jurulatih Bola baling?" erh, aku tak suka bola baling.

"Maafkan saya Madam, saya mintak diri dulu? Lagipun rehat dah habis"dengan sopan aku parmitkan diri aku.

"Iyalah"

Aku keluar dari bilik guru dengan perasaan berbaur. Haduih, rasa bersalah pulak. Nanti lepas habis kelas aku jumpa balik lah.

Aku berjalan sampai ke kelas tetapi ada yang menghalang jalan aku. Ish ketepi lah bodoh.

"Woi, takpayah halang jalan akulah!" aku menolak tangan nya. Keras macam batang mop.

" Lek lah baby girl" cis, siapa baby girl kau? Dengan geram aku menolak dia punya bahu. Dia sedikit ke belakang. Pandangan tajam dia berikan aku senyuman sinis dia buat aku gerun.

"Takpayah ganggu aku" Aku mula mengatur langkah tanpa memandang ke arahnya. Sengal, angin takde ribut takde tiba tiba muncul. Pandangan dia membuat aku takut, tapi aku mula mengingati siapa lelaki tadi.

"Bah! Kau ni berangan je. Buata apa tercegat kat situ? "sergah Daniel. Kuss semangat.

"Terkejut bodoh aku. Nasib takde heart attack!" kataku. Dia sengih sumbing. Cis, sengih pula, tahulah macho. Tak tak Aaron Aziz lagi handsome. Ewah!

St George Highschool✔ [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora