DLM : 36

5.1K 292 40
                                    

KAKI Aidan tak berhenti bermundar-mandir di depan pintu wad Daneen. Puas juga Aidan menahan perasaan namun tewas. Tidak tertanggung rasanya melihat Daneen meracau-racau di atas katil. Tambahan pula tika itu dilihatnya tangan Daneen direntap supaya tenang.

"Daneen..." Kedengaran nada suara Aidan beralun sayu. Sebak. Lara hatinya mencengkam.

"Along, tenanglah. Inn Shaa Allah Daneen okey. Mari," pujuk Puan Sri Hana seraya membawa Aidan ke tempat duduk.

"Along tak sampai hati tengok Daneen dalam keadaan macam ni, hati Along sakit, sakit sangat," luah Aidan bersama air mata yang gugur ke pipi.

"Mama faham, tapi Along kena kuat. Allah tidak menguji hambanya diluar kemampuan. Pasti Allah dah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya."

"Along minta maaf mama, Along terlalu emosi." Air matanya di seka dengan hujung jari.

Pintu wad Daneen terbuka. Doktor yang merawat Daneen keluar. Segera Aidan lalu disusuli yang lain berdiri untuk bertanya keadaan Daneen.

"Doktor, macam mana keadaan isteri saya doktor?" tanya Aidan bersungguh dengan nada cemas.

"Begini Encik Aidan, setakat ini keadaan Puan Daneen stabil tapi kami kena tahan dia untuk sementara waktu sehingga keadaan Puan Daneen benar-benar pulih kerana tekanan darah agak tinggi. Lagipun dia mengalami kekurangan air. Dia juga kurang rehat. Encik Aidan tidak perlu terlalu bimbang, after a few days, she will be fine," jelas Dr. Raihana dengan lebih terperinci.

Aidan menghela nafas perlahan. Penjelasan itu sedikit sebanyak meredakan gelombang kebimbangan di hati.

"Terima kasih, doktor. Tapi macam mana pula tangan dan kaki isteri saya?"

"Alhamdulillah okey Encik Aidan, kaca kami dah keluarkan. Jururawat saya akan hantar ubat tahan sakit ke wad. Bila Puan Daneen sedar, Encik Aidan boleh bagi sekiranya Puan Daneen rasa sakit sangat ya? Pastikan Puan Daneen jangan terlalu banyak bergerak sehinggalah luka benar-benar dah pulih."

"Terima kasih banyak-banyak doktor," ucap Aidan lalu disusuli. Puan Sri Hana

"Sama-sama, saya minta diri dulu. Encik Aidan, Puan Sri, Andara," balas Dr. Raihana sambil menyebut nama pesakit-pesakit peribadinya tanda hormat sebelum meninggalkan mereka di situ.

"Mama dan Andara pulanglah dulu, Along boleh jaga Daneen malam ni."

"Along, tadi Abang Hadi call Andara, dia minta Andara sampaikan kat Along yang esok Along ada pelanggan VVIP datang restoran, Along kena ada kat sana," celah Andara menyampaikan pesanan Hadi kepada Aidan.

Sebaik sahaja mendapat pesanan itu, kakinya terasa longlai. Dia menyandarkan tubuh pada dinding lalu menghela nafas lemah.

"Terima kasih Andara, Inn Shaa Allah Along fikirkan nanti." Aidan tersenyum sumbing, sedaya upaya menutup kesedihannya.

Puan Sri Hana mendekati Aidan.

"Along kena ingat, Allah takkan bebankan Along dengan beban yang Along sendiri tak mampu tanggung," nasihat Puan Sri Hana seraya memeluk erat tubuh Aidan sambil menggosok lembut belakang anaknya bersama keinginan dapat menyalurkan sedikit semangat buat Aidan.

Meskipun pelbagai ujian dihadapi, dia sebagai ibu bersyukur memiliki anak seperti Aidan yang tetap tegur bersabar menghadapi setiap ujian daripada-Nya.

"Terima kasih mama, mama balik hati-hati, Andara pun." Aidan menitipkan pesanan pulang sebelum mereka berlalu.

Aidan mengatur langkah masuk ke dalam wad Daneen setelah kelibat Puan Sri Hana dan Andara hilang daripada pandangan. Sebaik Aidan menutup semula pintu, dia mengangkat wajah apabila melihat tirai kamar dibuka oleh dua orang jururawat. Dia mendekati isterinya yang sedang terlena di katil itu.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now