DLM : 20

6.5K 424 217
                                    

DANEEN mengucap syukur setelah selesai diijabkabulkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DANEEN mengucap syukur setelah selesai diijabkabulkan. Dengan sekali lafaz sahaja dia sah menjadi isteri kepada Ammar Aidan, ayah.

Dah 11 jam dia sah menjadi isteri Aidan. Alahai malunya!

Daneen berjalan mencari tempat berteduh di luar. Penat sengih, menyambut tetamu serta bergambar tadi. Rahangnya lenguh. Kakinya juga kebas.

Dia mengambil tempat di bawah kanopi. Kerusi kosong dirapatinya setelah mendapatkan segelas air sirap. Tekaknya yang kering dibasahkan pula dengan air sejuk, memang terasa lega.

Aidan menyeluk telefon ke dalam poket baju pengantinnya tadi. Sejurus teringat, Daneen mengeluarkan telefon tersebut. Skrin telefon ditenung lalu menilik wajahnya.

“Ada lagi make up, aku ingat cair dah.”

Daneen ketawa. Tak sangka tahan juga solekan Kak Andam ni.

Daneen angkat wajah. Pandangan matanya disapa seraut wajah Aisyah. Riak muka Daneen automatik berubah.

Siapa pulak jemput ni? Haisy! Mula la nak bukak silat! Nasib pakai kain je ni, kalau tidak makan penumbuk.

“Selamat pengantin baru, Daneen.” Aisyah bersuara.

“Sebenarnya Aidan yang jemput Aisyah, maaf kalau kehadiran Aisyah menggugat ketenangan Daneen,” terang Aisyah bersama ucapan maaf.

Dia mendekati Daneen lebih rapat.

“Eh, mestilah tidak. Aisyah datang dengan siapa?” tanya Daneen berbahasa. Tak mahu timbulkan pergaduhan di hari bahagianya ini.

“Aisyah datang dengan tunang, tapi tunang Aisyah tunggu luar,” jawab Aisyah juga berbahasa tutur katanya.

“Kenapa tak ajak masuk sekali? Aisyah panggil la masuk sekali, makanan pun ada lagi. Suami Daneen masak banyak,” ajak Daneen. Saja dia menekan perkataan suami itu. Namun beberapa saat kemudian apabila Aisyah tak menjawab membuatkan hatinya bertamu rasa bersalah.

Baru sahaja Daneen mahu mengutarakan ungkapan maaf, Aisyah bersuara.

“Aisyah dah agak dah dari mula yang Daneen ni sebenarnya bukan adik Aidan. Nampak sangat tau jauh beza muka tu,” tukas Aisyah dengan senyuman manis terhias di bibirnya. Tenang sahaja suaranya.

“Maaflah Aisyah, Aidan yang memperkenalkan Daneen sebagai adik perempuan dia. Ada la sebab tu,” terang Daneen.

“Daneen jangan risau ye, hati Aidan kat Daneen sorang je. Jaga Aidan baik-baik, you're the right person for him, Daneen.” Tangan Daneen disentuh lembut. Dia tak mahu jika Daneen berdendam dengannya. Dia tahu dari awal lagi Daneen tidak selesa setiap kali kehadirannya.

Daneen membalas dengan pelukan. Dia faham maksud tersirat Aisyah.

“Thank you Aisyah. Ya Aisyah, jemputlah masuk, jamah sikit hidangan. Ajak tunang Aisyah sekali.” Daneen mempelawa lagi lalu merungkaikan pelukan.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now