DLM : 33

4.9K 327 67
                                    

“ABANG saja nak tambah kemarahan mama lagi ke?” soal Daneen mulai berang. Daripada tadi malam tahan marah, Aidan boleh pula lepas bisik dia terus masuk bilik dan tidur. Maka terpaksalah Daneen tidur juga dan menunggu matahari terbit.

“Buat apa kita buat majlis kalau abang tak pasti keselamatan Daneen terjamin ataupun tak? Listen me carefully, kita tunggu sampai polis dah tangkap penjenayah tu baru kita boleh buat majlis,” terang Aidan buat kali kedua. Boleh tekanan kalau menerangkan banyak kali. Ini baru kedua kali, kalau masuk ketiga, rasanya Aidan sendiri tak mahu layan.

“Senanglah abang cakap, mama mesti dah jemput kawan-kawan dia.” Bengis wajah Daneen. Dia bengang dengan Aidan kerana membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Aidan melepaskan bahu Daneen. Dengan perasaan geram, Aidan memegang wajah Daneen seraya menarik dekat ke wajahnya.

“Mustahil la kalau mama sendiri cakap lagi sebulan baru majlis kahwin kita berlangsung,” balas Aidan satu per satu. Bibir dilaga lalu melepaskan wajah Daneen.

Daneen menjegil mata. Aidan sengaja menganggu konsentrasinya ketika perbualan.

“Apa? Biar betul? Bila pulak mama cakap?” Daneen menekup sedikit mulutnya, dia meninggalkan ruang sedikit di celah-celah jarinya lalu bercakap laju.

Aidan tersenyum melihat telatah Daneen yang masih ingin fokus akan tajuk tadi. Seronok pula tengok perangai Daneen yang tak berubah-ubah.

“Masa abang kat wad, mama call abang beritahu majlis mama dah tangguhkan,” jawab Aidan kemudian mengatur langkah ke luar rumah. Sempat dia memetik sekuntum bunga mawar dan menuju ke bilik tepi dapur.

Daneen mendengus kasar, kakinya laju mengejar langkah Aidan.

“Habis kenapa kita tak duduk lama je kat kampung?”

“Sebab rancangan abang bukan balik KL ataupun stay kampung.” Hidung Daneen dikuis manja.

Daneen terpegun, mulutnya terhenti berbicara. Pipinya mula membahang. Mana tidaknya apabila Aidan mengucup sekali lagi pipinya sebelum melangkah keluar.

Senyuman yang memutik di bibir Daneen menambat senyuman Aidan.

“Dah-dah, jom ikut abang mandi.”

“Mandi? Eh tak, apa maksud abang rancangan abang bukan balik Kl ataupun stay kampung?”

Aidan buat muka sabar. Kalau dah panjang topik ni memang tak mandilah jawabnya. Aidan membuka bajunya.

“Alah, kita mandi dulu. Lepastu abang beritahu, lagipun abang beritahu dah pun tadi,” ajak Aidan sambil menyarung baju renang.

“Beritahu sekarang tak boleh ke? Kenapa perlu beritahu nanti?”

Tubuh Daneen ditariknya sekaligus berpusing-pusing tubuh ramping itu dan terus ke dalam dakapannya.

“Apa abang ni?” Daneen menyoal dengan mimik muka yang sudah mulai cemberut. Daneen cuba merungkaikan perlahan ikatan tangan Aidan di pinggangnya.

Melihat wajah cemberut Daneen itu membuatkan Aidan tersenyum. Kolam membiru yang terbentang luas itu dilihatnya sekali lagi.

Dahi Daneen tiba-tiba berkerut pelik apabila terpandang pada bibir suami berputik senyum tiba-tiba.

Langkah Aidan mula ke depan, sedikit demi sedikit tubuh badannya mendekati tubuh Daneen. Manakala Daneen makin panik. Apa dia nak buat dengan aku ni? Getus hatinya.
Daneen dengan sendirinya melangkah ke belakang untuk menjauhkan dirinya dari Aidan. Tetapi… Aidan makin mendekatinya.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now