Siap kau malam ni.

Selapas beberapa puluh minit Iskandar meninggalkan rumah, bunyi loceng mula menyapa gegendang telinga Fasha. Fasha yang sibuk mengemas barang-barang di stor terhenti pergerakkanya. Laju dia menapak ke pintu utama.

Fasha telan liur selepas membuka pintu. Wajah seseorang telah menampar pandangannya. "Mak cik Ikha?" Tangan Fasha dingin menahan pintu utama.

"Mak cik mintak maaf sebab tak tunggu depan pagar. Pagar tak kunci sebab tu mak cik main masuk aje." Sebaik pintu terbuka luas, Puan Zulaikha terus bersuara maaf.

"Tak apa." Fasha senyum sebelah. Matanya mengintai-ngintai keluar, mencari kelibat seseorang. "Mak cik datang sorang ke?"

"Ha'ah. Anak mak cik sibuk dekat ofis." Lama berada di pintu utama, Puan Zulaikha dipelawa masuk. Fasha mengiringi jalannya ke sofa.

"Duduklah." Fasha memberi isyarat menyuruh Puan Zulaikha duduk. Wanita itu hanya mengangguk kecil.

"Mak cik nak cakap apa dengan saya?" Fasha memulakan perbualan. Dadanya berombak kencang. Seolah tahu hajat wanita itu ke mari.

"Mak cik nak cakap tentang majlis pernikahan anak mak cik dengan Iskandar." Lancar suara Puan Zulaikha. Dia senyum suka mengingati rancangannya sudah hampir berjaya.

"Maa... majlis pernikahan?"

"Iya. Iskandar dah setuju dengan rancangan mak cik?" Puan Zulaikha memandang berharap wajah jelita Fasha. Pasti Iskandar sudah setuju.

Fasha kawal nafas. Kata-katanya selepas ini mungkin akan mematahkan hati mana-mana pihak. Tapi dia terpaksa. "Iskandar tak setuju. Saya pun tak setuju. Saya mintak maaf."

"Taa... tapi bukan ke kamu..."

"Tak, mak cik. Saya dah buat keputusan yang saya takkan paksa suami saya kahwin dengan anak mak cik." Kedua tangan Fasha tergenggam erat di atas pehanya. Dia cuba membawa diri bertenang.

Puan Zulaikha mencerlung sayu. Harapannya sudah hancur luluh dalam sekelip mata. "Tapi hari tu kamu kata nak tolong mak cik..." Mata wanita itu sudah berpinar.

"Saya mintak maaf sangat-sangat mak cik. Saya tak boleh buat macam tu. Saya sayang suami saya."

"Jangan buat mak cik macam ni. Mak cik merayu." Buat kali kedua, Puan Zulaikha duduk melutut di harapan Fasha. Wanita itu sudah menumpahkan air matanya. Langsung tak teragak-agak.

Hati Fasha diterpa rasa bersalah. Puan Zulaikha dipaksa bangun semula. Tidak sangka wanita itu sanggup melutut di hadapannya. "Mak cik jangan macam ni. Saya rasa baik mak cik pulang sekarang." Hiba Fasha berkata.

Puan Zulaikha berdiri tegak selepas dipimpin oleh Fasha. Mata wanita itu merah padam, mungkin terlalu memaksa diri untuk menangis. "Mak cik nak mintak maaf. Mungkin mak cik terlalu memaksa kamu."

"Tak apa, mak cik." Fasha memimpin tangan Puan Zulaikha ke pintu utama. Keduanya diam tak bersuara.

"Ma!"

Fasha dan Puan Zulaikha panggung kepala. Masing-masing kerut kening melihat empunya suara.

"Buat apa dekat sini, ma?" Gina berdiri di hadapan Fasha dan Puan Zulaikha. Dia tersenyum sinis selepas melihat rumah banglo dua tingkat itu. Rumah dia dan Iskandar bersama dahulu.

"Mama jumpa..."

"Tunggu dekat kereta." Gina laju memintas kata-kata Puan Zulaikha. Matanya masih tertancap pada wajah kosong Fasha.

Perampas.

Puan Zulaikha diam dan hanya menurut. Dia tidak mahu memanjangkan bicara. Takut berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Biar mereka saja selesai dengan cara baik.

Kelibat Puan Zulaikha hilang di balik pintu kereta. Fasha masih diam seribu bahasa. Kehadiran Gina mampu membuat dia kaku tak bernafas. "Kenapa kau datang sini?" Lambat-lambat mulut Fasha menyoal.

"Aku nak jumpa kau." Tangan Gina tersilang di dada. Senyuman sinisnya masih setia terjungkit di bibir. "Aku akan kahwin dengan Iskandar."

Fasha pura-pura tawa. Walhal, dalam hati sudah tersarang perasaan ngilu. Niat Fasha hanya satu, mahu menyakitkan hati perempuan itu. "Iskandar nak ke dekat kau?" Fasha keluar bicara berbaur sindiran. Kali ini, dia senyum sinis.

Ini Fasha baru.

Gina mencerlung tajam. Hatinya memanas tak puas hati. "Kesian kau. Yakin sangat." Gina kembali menjungkit senyuman mengejek. "For your information, aku mengandungkan anak Iskandar."

Fasha terdiam. Otaknya tak mampu menapis maksud kata-kata itu. "Kaa... kau tipu kan?" Kepala Fasha automatik tergeleng menafikan. Tangan yang tadinya tertahan di pintu, kini jatuh lemah ke sisi.

"Ikut kau la nak percaya ke tak." Gina terus membawa diri. Bibirnya terangkat gembira sebelum tubuhnya turut masuk ke dalam perut kereta.

Fasha seperti tadi. Kaku dan beku di pintu utama. Sedar sudah lama berdiri di situ, dia berjalan masuk ke ruang tamu. Akhirnya, air jernih yang tadinya tertahan-tahan, mula terjuntai sayu dari kelopak mata. Perempuan itu terduduk lemah ke lantai.

Perempuan itu kecewa.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now