Bab 9

460 83 1
                                    

Kod bar pada pembalut coklat Cadburry Milk dan minuman Ribena diimbas. Sekeping not RM10 aku hulurkan kepada pekerja kaunter. Menundukkan kepala sepanjang masa. Risau pula sekiranya hud kepala tidak cukup untuk menyembunyikan wajahku. Baki wang dikembalikan kepadaku. Dek tergesa-gesa untuk pergi, syiling tergelincir dari tanganku. Berdenting.

          Keluhan aku tahan. Membongkokkan badan dan mengutip syiling yang terjatuh satu-persatu. Tiba-tiba, tangan seseorang muncul di depan mataku. Memegang syiling 20 sen. Disuakan kepadaku.

          "Awak punya." Katanya.

          "Oh. Thanks." Aku mengambil syiling itu dari tangannya.

          Dari suara garau dan pergelangan tangannya yang lebih besar berbanding pergelangan tanganku, aku tahu dia lelaki. Hud kepala aku tarik ke hadapan. Masih lagi menundukkan kepala tetapi—

          "Daiyan?"

          Aku meneguk liur. Penyamaranku... terbongkar?!

          "Awak buat apa kat sini?"

          S-suara tu...

          Aku mendongak. Terbuntang mata melihat Mark Sufyan berdiri di hadapanku. Mengenakan pakaian serba hitam. Baseball cap hitam juga dia kenakan lalu ditutup pula dengan hud kepalanya. Dia memandangku lama. Hairan bagaimana aku boleh berada di situ.

          Pekerja di kaunter itu memanjangkan lehernya. Mencuba untuk melihat wajahku. Panik, aku menarik menariknya dan mengheretnya keluar dari situ. Tidak cukup dengan meninggalkan kedai, aku membawanya pergi lebih jauh dari tempat yang dipenuhi orang.

           Setelah memastikan tiada orang yang mengekori kami, aku merencatkan langkahku. 

           "Kenapa awak panggil nama saya?" Aku menggetap gigi. Geram.

           "Oh." Dia menggaru kepala. "Terlupa pula awak ni famous."

           Aku tergelak mendengar komennya. 

            "Awak buat apa kat sini?" Soalku kepadanya.

            "Saya tinggal kat sana." Jari dia tuding ke pangsapuri mewah di seberang jalan. "Awak?"

            "Saya tinggal kat sana." Aku pula menuding ke arah kawasan perumahan, tempat terletaknya rumahku. "Kayanya awak. Boleh tinggal kat apartment mewah." Usikku.

            "Said the one yang tinggal dalam mansion." Balasnya. "Ingat saya tak tahu ke, tu kawasan perumahan golongan elit?" Alis dia jongketkan.

            Aku menepuk bahunya sebelum melabuhkan punggung pada pembahu jalan.

            "One day, you'll be rich enough." Selorohku sambil menanggalkan hud kepala. "Tengok apa? Duduklah." Aku menepuk pembahu jalan di sebelahku, menyuruhnya duduk.

            Mark tertawa kecil. Hud kepala turut dia tanggalkan. Kemudian topi yang dia kenakan pula. Sebelah tangan memegang topi, sebelah lagi meraup rambutnya. Aku melarikan pandanganku ke arah lain. Takut dia perasan aku renung dia pula. Alih-alih, terasa sesuatu menyentuh kepalaku.

           "Eh!"

           Baseball cap hitam di tangannya dipakaikan di kepalaku. Sengaja dia turunkan. Menutup wajahku. Sudut dongakanku bertambah, hanya untuk melihatnya. Mujurlah dia melabuhkan punggung dan duduk di sebelahku. Kalau tak, boleh patah tengkuk aku. Ketinggian dia pun dah macam hantu galah dah aku tengok. 

MelodramaWhere stories live. Discover now