Bab 35

357 70 1
                                    

Tekak terasa kering setelah hampir berkurung di dalam bilik. Tapak kaki terasa dingin apabila menyentuh permukaan marmar tangga. Pintu peti sejuk aku buka. Mengisi gelas kaca dengan air kosong. Gigi diserang rasa ngilu dek air sejuk.

          Aku menutup semula pintu dan membasuh gelas. Tinggal sendirian, semua kerja pun kenalah buat sendiri. Bukan tak nak upah pembantu rumah, cuma rasa tak berbaloi. Aku pun bukannya 24 jam kat rumah. Takut pembantu rumah tu bosan pula tak ada benda nak bersihkan.

           Badan aku rebahkan ke sofa di ruang tamu. Menghela nafas panjang sambil merenung chandelier yang cahayanya menerangi seluruh aras satu rumah. Tiba-tiba, lampu terpadam. Aku terduduk tegak. Memandang sekeliling.

          "Eh, bukan aku dah bayar bil bulan ni ke? Takkan blackout?" Aku berteka-teki sendirian.

          Alih-alih, nyanyian selamat harijadi memecahkan kesunyian. Aku menoleh ke arah pintu rumah, di mana Dahlia sedang berdiri bersama kek di tangan. Lilin yang dinyalakan menerangi wajahnya. Rasa hangat mendakap hatiku.

          "Selamat harijadi!!!" Dia menyudahi nyanyiannya, meletakkan kek ke atas meja kopi di hadapanku. "Selamat harijadi, D."

          "Sejak bercinta dengan Abang Azmi ni, dah pandai buat surprise eh?" Aku mengusiknya, membuatkan dia tersipu malu.

          "Hm... Azmi ada beritahu aku pasal kau dengan Mark gaduh kat set."

          Aku mengetap gigi. Mahu kekal tersenyum di depannya. Dia dah penat-penat rancang kejutan, takkanlah aku nak pasang muka kelat pula? Mesti dia terasa hati.

          "Sorrylah. Dia tak tahu lagi pasal korang. Aku pun lupa nak beritahu dia." Sambung Dahlia, kesal.

          Aku menggelengkan kepala. "Tak apalah. Benda dah jadi. Malaslah nak fikir."

          "Cepatlah tiup lilin!" Dahlia mengerling ke arah jam di dinding. "5 minit lagi pukul 12."

          "Iyalah, iyalah."

          Aku menutup mata. Memikirkan apa hajatku, apa yang ingin aku miliki saat ini. Kereta mewah? Rumah baharu? Percutian ke Eropah? Banyak hal yang boleh aku hajati, tapi hanya satu nama terlintas di fikiran.

          Mark.

          Mata terbuka semula. Menatap api kecil yang menari di depan mataku. Rasa hangat yang  memeluk hati hilang, meninggalkan kedinginan. Dada terasa sempit. Sesak. Naik dan turun dengan laju, mencari udara.

          "D? D, kau kenapa ni?"

          Aku tertunduk. Membiarkan rambut menutupi wajahku. Seluruh tubuhku terasa lemah. Seakan ingin rebah di situ jua.

          "D, kau jangan buat aku takut macam ni!" Dahlia meniup sendiri lilin kek sebelum memegang kedua bahuku. "Daiyan?" Panggilnya lembut.

         Esakan yang aku tahan, pecah. Dahlia mengeluh perlahan. Lengannya membaluti tubuhku. Membiarkan kepalaku bersandar pada bahunya sementara tangannya menepuk belakangku perlahan.

        "It's okay. Nangislah banyak mana kau nak. It's okay, D. It's okay." Bisiknya.

          Aku rindu dia.

+

"Sure ke nak pergi seorang?" Tanya Dahlia melalui tingkap kereta yang dibuka.

          Aku memandang sekeliling. Memastikan tiada wartawan mengikutiku ke situ.

          "Hm." Jawabku.

          Tahu yang dia tidak boleh mengubah keputusanku, Dahlia terpaksa memberi lampu hijau tetapi berjanji untuk menungguku di dalam kereta. Bersedia sekiranya ini satu lagi daripada helah kotor CEO biadab itu.

          Lepas pertemuan kami kali terakhir, aku tak sangka jejaka bernama Arief Farhan itu masih berani untuk menghubungiku. Sampaikan sanggup merayu untukku keluar bertemunya meskipun hanya untuk lima minit. Ada sesuatu yang ingin dia sampaikan, katanya.

          Aku malas nak layan sebenarnya tapi dah dia merayu, aku nak buat macam mana lagi? Terpaksalah hadap dia. Nasib baiklah kali ni dia pandai pilih tempat. Suruh aku pergi office dia berbanding tempat terbuka.

          "Bos awak ada ke?" Soalku kepada setiausahanya.

          "Ada. Dia dah tunggu Cik Daiyan kat bilik mesyuarat."

          "Bilik mesyuarat?"

          Tanpa menunggu arahan, gadis berbangsa Cina itu bangun dari kerusinya dan membawaku ke bilik mesyuarat yang dimaksudkan. Pintu dia ketuk perlahan, diikuti dengan sahutan suara dari dalam. Pintu dikuak dan jejaka yang sedang menantiku berpaling ke arahku.

          "Duduklah." Pelawanya sebelum pintu ditutup semula.

          Aku menarik kerusi. Sengaja duduk dengan jarak dua kerusi jauh daripadanya.

          "You nak apa?" Tanyaku tanpa berbasa-basi.

          "I minta maaf." Dia menundukkan kepalanya. "I understood well what I did was wrong regardless of what my intention was."

          Alhamdulillah. Sedar juga akhirnya.

          "I akan release statement, nafikan cerita pasal kita. I nak perbetulkan keadaan." Jam di tangan dia kerling. "It should be out by now." Sambungnya.

          "Hm. Ada apa-apa lagi ke?"

          "If there's any damage, I'll pay for it."

          Damage?

          Tawa sinis terlepas.

          "No need for that."

Bukannya aku boleh buat dia suka kat aku balik pun. Yang lepas, biarlah lepas.

MelodramaWhere stories live. Discover now