Bab 36

368 75 14
                                    

Hari ini hari terakhir penggambaran untuk drama bersiri Menanti Forever. Babak terakhir melibatkan aku dan Mark, tetapi seluruh barisan pelakon hadir di set penggambaran memandangkan ini buat kali terakhirnya.

          Mark memandangku lama. Ada perasaan yang tak terungkapkan di sebalik mata dinginnya. Satu kontra dalam dunia lakonan, sukar untuk aku tahu sama ada apa yang dia tunjukkan tulus dari hatinya, atau sekadar mendalami wataknya saja.

          "Thank you sebab jaga saya selama ni." Ucapku.

          Waktu pertama kali kami bertemu, terlintas dalam fikiranku. Di Coffee Clique. Penyebab aku dimarahi Dahlia.

          Ketika itu, aku tidak mengecam wajahnya. Maklumlah, ini lakonan pertamanya dan dulu, aku pula jenis yang tak ambil kisah pasal orang lain. Pendek kata, suka jaga tepi kain sendiri.

          Teringat pula bagaimana aku membandingkan dia dan tiang elektrik kerana terlalu tinggi. Senyuman polosnya, mata sepet yang hampir tak kelihatan dan kerana perbezaan ketinggian kami, hidungnya yang sediakala mancung bertambah mancung.

          Kerana memori itu, aku tersenyum.

          "I'm sorry." Tuturnya perlahan.

          "Anyway, saya rasa awak lebih sesuai pegang watak Nurul sebab dia pun introvert juga. Macam awak... dan saya."

          Walaupun aku tak selalu tunjukkan, aku terharu sangat bila dia cakap macam tu. Mula-mula, ingatkan dia cuma nak ambil hati aku je. Tapi sepanjang perkenalan kami, dia selalu buat aku rasa dihargai. Walau untuk benda kecil.

          "Bukan salah awak pun. Saya kenal awak dah lama dah. Saya tahu bila awak suka kat someone, awak takkan pandang perempuan lain dah." Aku menarik nafas, menenangkan diri. "Too bad I can't be that someone." Aku tertawa kelat.

          Mark tunduk. Sama-sama bungkam untuk seketika dan...

          "Cut!"

          Tepukan gemuruh bergema. Aku mendongak, menyangka Mark sudah pergi. Sejak pertelingkahan kami, sebaik saja Abang Azmi menamatkan rakaman babak, dia sering terburu-buru untuk lenyap dari pandanganku. Sangkaku, hal yang sama akan berlaku hari ini tapi... dia masih di sini. Di hadapanku.

          "Awak ingat tak kontrak kita?" Soalnya perlahan.

          Aku teringat semula isi kontrak itu, yang meminta dia untuk melupakan semua rahsiaku setelah penggambaran drama tamat. Aku mengangguk kecil.

          "It's nice to meet you, Cik Daiyan."

          Mata membundar. Memandangnya yang pergi, bersedia untuk melupakan semua tentang aku.

          "Mark!" Suzy memanggilnya. Merangkul lengannya. "Say hi!" Kamera telefon diarahkan ke wajah jejaka itu.

          Wajah sugulnya digantikan dengan keceriaan. Tak kisah diperlakukan seperti itu oleh Suzy. Betapa mudahnya untuk orang lain membahagiakannya.

          "It's... nice to meet you too."

          Aku berpaling daripada mereka. Dahlia melambaikan tangannya ke arahku. Menunggu sehingga penggambaran ditamatkan kerana janjinya untuk meraikannya denganku.

          Tak apalah. At least aku masih ada Dahlia. Masih ada diri sendiri.

+

Setiap kali penggambaran drama berakhir dengan jayanya, sudah menjadi tradisi untuk pengarah drama mengadakan makan malam bersama. Dahlia yang sudah berjanji untuk meluangkan masa denganku, termakan pujuk tunangnya, Abang Azmi.

MelodramaWhere stories live. Discover now