Bab 40

424 77 5
                                    

Seminggu berlalu dengan lancar. Kebanyakan masa, aku luangkan dengan Dahlia di kediaman mereka. Menemaninya sementara Abang Azmi sibuk bekerja sehingga larut malam. Terkadang, pergi pagi, pulang pun pagi.

          Esok, aku dah boleh pindah masuk rumah aku. Pembersihan pun dah 95 peratus siap. Teringatkan peti sejuk yang kosong, aku pun meminjam kereta Dahlia untuk keluar membeli apa yang patut. Kerana Dahlia dan suaminya ada rancangan janji temu, aku ditinggalkan sendirian.

           Seronoknya bila dah kahwin.

          Troli berisi barangan dapur aku tolak ke kaunter. Satu-persatu barangan aku keluarkan dari troli lalu aku letakkan ke atas kaunter untuk diimbas.

           "Eh, itu bukan... Daiyan Islam?"

           Pendengaran super diaktifkan.

           "Mana?"

           "Itu... yang pakai tudung biru tu!"

           "Eh, dia ke? Uih, dah makin cantik dah sekarang! Lama juga tak nampak dia berlakon..."

           Aku tersenyum sendirian mendengar perbualan mereka. Setelah membayar sejumlah wang, aku menolak troli keluar. Mujurlah pintu supermarket disambungkan ke tempat meletakkan kenderaan bawah tanah. Senang sikit nak bawa barangan dapur yang berat ni.

          Usai menyimpan barang ke dalam kereta, aku menilik jam di tangan. Kata Dahlia, mereka akan pulang ke rumah pukul sepuluh malam nanti. Sekarang baru pukul lima petang. Masih banyak masa lagi.

            Hm... lama juga tak shopping.

           Kereta aku kunci dan mengatur langkah ke dalam pusat membeli-belah yang menjadi tumpuan ramai ketika cuti sekolah. Yang juga bermaksud... ramai yang akan mengecam wajahku.

          "Eh, bukan Daiyan Islam ke?"

         "Eh, itu Daiyan kan?"

          Aduh, menyesal pula masuk sini!

           Tiba-tiba, papp!

         "Eh, sorry! Ya Allah, sorry! Cik okay ke?" Seorang gadis laju-laju memohon maaf setelah melanggar bahuku dengan kuat.

        Aku menggigit bibir. Geram tapi terpaksa tersenyum. Aku mendongak. Mata serta-merta terbeliak.

       "Daiyan?"

       "Emilia?" Senyuman kini tak lagi dipaksa. "Hanif?" Aku menoleh ke arah jejaka di sampingnya pula.

          "Eh, Daiyan! Buat apa kat sini?" Tanya Hanif, turut gembira melihatku.

          Akhirnya...

         Pertemuan kami bertiga membawa kami ke sebuah kafe di dalam pusat membeli belah gergasi itu. Kebiasaannya, orang akan memesan kopi ataupun minuman hangat yang lain ketika berada di kafe tetapi... pasangan kekasih di hadapanku ini malah memilih dua tin Coca-Cola.

         Haih, sweet betul dua ekor ni!

         "Lamanya tak jumpa you. Last kita jumpa masa you still dengan Mark, kan?"

         Aku tersedak teh. Emelia menyiku lengan Hanif. Membeliakkan matanya.

         "Ha'ah. Empat tahun lalu." Jawabku, berpura tidak mendengar nama jejaka itu.

        "You dah tak berlakon ke? I dah lama tak nampak you kat TV. Hiatus ke?"

        "Hm... I balik kampung."

         "Oh! UK?"

         Oh... aku hampir terlupa. Orang lain masih belum mengetahui asal-usul sebenarku.

          "Hm." Aku mengangguk. "By the way, mesti korang tengah keluar date, kan? Sorrylah ganggu date korang."

          Pipi Emilia berubah warna. Hanif yang sentiasa hyperaktif menyiku lengan kekasihnya. Mengusik satu sama lain.

          Haih, orang zaman sekarang memang tak ada rasa hormat langsung dengan yang single kan?

          "Actually... kitorang tengah fitting baju."

          "Baju?" Aku menjongketkan kening.

          Hanif berdehem. "Kitorang dah nak kahwin."

         "Kahwin?! Bila?!"

        "Hujung bulan ni." Emilia ketawa, terlalu gembira.

         "Seriuslah?!"

          Mereka menganggukkan kepala, serentak.

          "Congrats!" Aku memegang tangan Emilia, turut gembira dengan berita itu.

           "Kalau you sudi, datanglah majlis nikah kitorang nanti. I'll print an invitation for you." Jemput Hanif. "Bolehlah you datang sekali dengan Mark."

          Senyumanku perlahan-lahan pudar. Hanif menjerit kecil apabila pahanya dicubit oleh Emilia yang mulai geram terhadapnya.

          "Mark... apa khabar?"

           "Dia baru je start kerja dua bulan lalu."

            "Oh..."

           Mestilah dia okay je. Aku ada ke, tak ada ke, mestilah dia okay. Tak ada beza pun untuk dia.

          "Hm... kitorang dah nak kena pergi ni." Emilia bersuara lagi. "Nah!" Dia memberikanku sehelai kertas.

           Nombor seseorang tertera di atas kertas itu. Bila masa Emilia mencatitnya, aku pun tak tahu. Hanyut dalam fikiran sendiri.

          "Mark." Tuturnya.

          Aku mengangguk faham. Setelah mengucapkan selamat tinggal, bakal raja sehari itu meninggalkan kafe dan meneruskan rancangan mereka hari itu. Aku menghirup teh yang suam kerana dibiarkan terlalu lama dalam suhu bilik.

           Mengeluh.

+

Btw, I will include an epilogue + 5 Mark's POV after the last chapter hehe

MelodramaWhere stories live. Discover now