Bab 7

472 88 20
                                    

Dari dapur, aku dapat mendengar telefonku lantang berbunyi tanpa henti. Mula-mula, aku abaikan saja. Malas nak bergerak ke ruang tamu, di mana telefonku berada. Entah-entah, mesej daripada Digi saja. 'Anda telah menggunakan 70% daripada kuota anda bla bla bla'. Selalu sangat aku dapat mesej cinta tu.

Tapi... telefonku terus berbunyi dan berbunyi. Jengkel dengan deringan itu, aku bingkas bangun dari kerusi di ruang makan. Membawa semangkuk salad buah-buahanku sekali ke ruang tamu.

Badan aku labuhkan pada sofa. Memeluk mangkuk salad buah-buahan. Ada strawberi, nanas, mangga, tembikai dan buah naga dalam mangkuk yang sama.

Abang Azmi added you to 'Menanti Forever' group

Pemberitahuan itu diikuti dengan kemunculan nombor-nombor yang tidak aku kenali. Mungkin nombor barisan pelakon yang lain. Baru saja aku mahu meletakkkan semula telefonku ke bawah, ia berbunyi lagi.

Abang Azmi sent a photo

Abang Azmi sent a photo

Abang Azmi sent a photo

"Apa pula ni?" Soalku sendirian dengan mulut yang penuh dengan tembikai bersaiz kiub.

Foto-foto yang Abang Azmi hantar ke dalam group yang baru direka itu aku tekan. Foto selepas penggambaran tadi rupanya. Satu persatu ekspresi lucu yang mereka paparkan aku lihat. Terhibur dengannya.

"Amboi, bukan main kuat lagi gelak! Tengok apa tu?" Dahlia menegurku.

"Eh, belum balik lagi?"

"Kunci rumah tertinggal." Dahlia mencapai kunci rumahnya pada kaunter dapur kemudian berlalu semula ke dalam ruang tamu. "Tengok apa tu?" Dia berdiri di belakangku.

Aku menunjukkannya foto yang kami tangkap tadi. Senyuman kecil terukir di bibirnya. Turut terhibur melihat meriahnya lokasi penggambaran.

Tiba-tiba, dahinya dikerutkan. Mendekatkan wajahnya dengan skrin telefon. Tidak cukup dengan itu, jarinya menyentuh skrin. Membesarkan gambar. Difokuskan pada Mark, Abang Azmi, aku dan Suzy.

"Apa ni?" Tanya Dahlia.

"Apa dia?" Aku turut meneliti gambar itu.

"Look at Mark."

Aku menurut dan fokus sepenuhnya ke Mark di dalam gambar itu. Semasa semua orang menayangkan muka lucu mereka, dia tersenyum lebar. Matanya yang agak sepet itu hilang sepenuhnya. Bahagia sekali tatkala melihat... Suzy?

"Oh. D-dia syok kat Suzy kut." Aku berdehem kecil. Kekok.

"Apa dia? Ulang balik." Dahlia mengetap bibir.

"Dia suka kat Suzy."

"Mark suka kat Suzy?"

Aku mengangguk. Tak mustahil juga dia suka kat Suzy.

"Are you sure? Cuba tengok betul-betul." Dahlia membesarkan lagi imej sehinggalah Suzy tidak kelihatan. "You berdiri kat sebelah Suzy. You tak rasa ke dia tengok you, bukan Suzy?"

Aku meneliti gambar itu sekali lagi dan... isy, tak mungkinlah!

Laju-laju aku menurunkan telefonku. Menyembunyikannya daripada Dahlia. Menindihnya dengan bantal. Berpura-pura tidak mendengarnya. Laila kembali menjarakkan diri. Tawa kecilnya kedengaran.

MelodramaWhere stories live. Discover now