Hanis bangun memberikan ruang kepada mereka untuk melakukan kerja mereka. Perlahan lahan dia meleraikan pegangan suaminya yang kelihatan enggan untuk melepaskan Hanis pergi.

"Puan, sila keluar ya. Operasi pembedahan akan dijalankan sebentar lagi. Pesakit kena dibiarkan sendiri selepas dibius.", Hanis hanya menurut.

Sebelum dia keluar dari wad tersebut, dia menghadiahkan kucupan pada dahi Huzair dan memberikan senyuman yang paling manis untuk suaminya itu. Berharap Huzair akan kuat.

Langkah diatur keluar mendapatkan keluarganya yang lain, kerusi yang kosong diambilnya.

"Dah bius ke?", Hanis mengangguk menjawab soalan Dato Jalal. Masing masing hanya duduk mendiamkan diri, berdoa akan kemudahan urusan oleh Allah untuk Huzair.

Beberapa puluh minit kemudian, kelihatan pintu dibuka. Jururawat yang sedang menarik katil yang dibaring Huzair dipandang mereka. Wajah Huzair yang tidak menyedarkan diri itu dipandang sayu Hanis sebelum ia hilang dari pandangan.

Dia meletakkan harapan yang tinggi pada pembedahan tersebut. Berharap Huzair akan selamat dan kembali seperti sedia kala.

***

Mundar mandir Hanis berjalan di koridor hospital itu, sudah dua jam setengah berlalu, tapi operasi tersebut masih tidak tamat lagi. Dadanya sudah berkocak hebat. Dia memintal hujung lengan bajunya ketika sedang memeluk tubuh. Fikirannya berkecamuk.

"Awak okay Hanis?", Tanya Firdaus yang dari tadi bersandar di dinding sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Hanis tidak menjawab, sebaliknya dia kembali duduk di kerusi. Buat masa sekarang, dia takde rasa hendak bercakap dengan siapa siapa. Hatinya terlampau risau.

"Awak nak apa apa tak? Saya pergi beli?", Hanis hanya menggeleng. Seleranya mati. Langsung tidak ada rasa lapar atau dahaga.

Puan Rozi yang baru selesai berborak kecil bersama Datin Yasmin hanya menoleh memandang Hanis yang kelihatan gelisah itu. Nampak benar riak wajahnya itu terlampau bimbang.

"Hanis..", Hanis menoleh.

"Pergilah ke surau.. buat solat hajat. Tenangkan fikiran tu.", Pesan Puan Rozi. Tadi pun mereka sudah membuat solat hajat secara berjemaah, cuma Hanis yang tidak ada bersama kerana menemani Huzair.

Hanis menurut, dia kemudian bangun lalu kaki dibuka untuk melangkah ke surau. Tapi langkahnya terhenti apabila Rasya memanggilnya.

"Kak Hanis nak Sya teman? Sya boleh teman..", Tanya Rasya.

Hanis hanya menggeleng perlahan seraya bibirnya menguntum senyuman.

"Takpelah, Sya. Kak Hanis boleh pergi sendiri.", Kata Hanis sebelum dia melangkah keluar dari koridor untuk ke surau yang ditujunya.

***

Selesai mengambil wuduk, Hanis kembali ke ruangan solat. Kelihatan hanya dia seorang sahaja di situ. Yelah, sekarang jam baru menunjukkan pukul 11 pagi. Waktu Zuhur pun belum masuk lagi.

Telekung yang disediakan di surau itu dicapainya lalu dipakai. Sejadah dibentangkan. Dia terus berniat dan mengangkat takbir memulakan solat dua rakaat itu.

Tiba di sujud terakhir, lama dia sujud, memohon doa kepada yang Maha Berkuasa. Lama dia berbuat begitu, hampir 5 minit. Sebelum dia mengangkat kepalanya meneruskan tahiyat akhir solatnya.

Terkumat kamit mulutnya berzikir kepada Allah. Beristighfar dia di dalam hati.

Tangan diangkat lalu doa dibacakan. Menitik air matanya membacakan doa itu. Hatinya sebak.

"Ya Allah ya Tuhanku. Hanya padaMu aku menyembah, hanya padaMu aku meminta pertolongan. Bantulah hambaMu yang lemah ini."

"Ya Allah wahai Tuhan segala manusia, kau hilangkan lah penyakit suamiku. Kau permudahkan lah urusan pembedahannya. Sembuhkan lah ia. Sesungguhnya hanya Engkau yang mampu memberikan sakit dan serta menyembuhkan sakit tersebut.", Meleleh leleh air matanya keluar.

"Engkau berilah aku peluang untuk aku berbakti pada suamiku. Engkau panjangkan lah umur suamiku. Sesungguhnya aku mencintai suamiku kerana nama Engkau, ya Allah."

"Ya Allah yang Maha pengasih, kurniakanlah kesihatan yang baik untuk suamiku. Ringankanlah bebanannya menanggung sakitnya serta sembuhkanlah dia dari sakitnya. Dan aku memohon keampunan dariMu  kerana sesungguhnya, Engkau Tuhan yang Maha pengampun."

"Amin Amin.. Ya rabbal Alamin..", Hanis mengaminkan doanya. Dia mengesat air matanya yang tadi mengalir membaca doa.

Dia duduk termenung memandang sejadah di hadapannya itu.

Semoga Allah makbulkan doanya. Semoga juga Allah kembalikan kesihatan yang baik kepada Huzair agar suaminya dapat kembali beribadat pada yang Esa.

Terdengar pintu surau dikuak kasar oleh seseorang, Hanis terdengar suara orang memanggilnya.

"Hanis.."

"Umi? Kenapa ni umi?", Hanis berdiri mendapatkan Puan Rozi yang sedang termengah mengah di pintu itu.

"Huzair.. Huzair, Hanis.."

Rahsia Takdir Antara Kita Où les histoires vivent. Découvrez maintenant