Bab 9

27.4K 971 48
                                    

Huzair mengetuk pintu sebelum membukanya. Kelihatan Hanis tiada dalam bilik tidurnya. Bunyi pancuran air dari bilik mandi terus mematikan niatnya untuk keluar semula dari biliknya.

Huzair merebahkan dirinya ke atas katil lalu mengeluarkan phone. Sambil menunggu Hanis selesai mandi,dia membuka laman instagram.

10 minit berlalu, Hanis tidak keluar lagi dari bilik mandinya. Huzair hairan.

'Kenapa lama sangat mandi. Aku mandi 5 minit dah siap dah.' Ujarnya dalam hati.

Tiba tiba pintu bilik mandi terbuka. Nak tersembul biji mata Huzair apabila melihat Hanis keluar hanya berkemban kain batik. Halkumnya bergerak gerak dan dia menelan air liurnya.

Hanis yang tidak sedar akan kewujudan Huzair sedang lincah mengelap rambutnya yang basah dengan tuala.

Ralit sangat Huzair memerhatikan pergerakan Hanis sehinggakan tidak sedar phonenya terjatuh ke lantai.

Hanis terkejut mendengar bunyi terjatuh. Tetapi dia lagi terkejut apabila melihat Huzair berada di atas katil. Apalagi,Hanis terus berlari masuk ke bilik mandi semula lalu mengunci pintu.

Huzair meraup muka sambil tersengih kecil. Mesti Hanis malu sangat ni. Dia tidak jangka pula Hanis akan keluar dengan berkemban.

Huzair mengatur langkah ke pintu bilik mandi. Baru sahaja ingin mengetuk,kedengaran sayup sayup suara Hanis dari dalam.

"Abang dah lama ke dalam bilik tadi?" Soal Hanis dalam keadaan malu. Sungguh dia menyesal kerana terlupa untuk mengunci pintu bilik tadi.

"Err lamalah jugak. Dalam 20 minit." Huzair menggosok lehernya kerana terasa janggal.

Hanis di dalam menepuk dahinya. Malunya! Dia tidak tahu lagi di mana dia mahu meletakkan mukanya.

"Hanis, lepas Hanis siap pakai baju semua turun ya? Papa suruh."

"Ya!"

"Abang turun dulu tunggu kat bawah tau."

"Okay!"

Huzair mengangkat kening dan mengukirkan senyuman lalu turun ke tingkat bawah semula.

***
Rasya yang ingin ke ruang tamu untuk menonton televisyen terus mematikan niatnya apabila dia lihat Hanis sedang menuruni tangga.

"Hei perempuan!." Sergah Rasya menyebabkan Hanis terkejut. Hanis mula menggigil apabila berhadapan dengan Rasya. Dia tak tahu apa yang Rasya akan lakukan jika Rasya hilang kawalan.

Rasya mendekati Hanis lalu memeluk tubuhnya. Dia memandang Hanis dari atas sampai bawah.

"Kau sedar tak kau sekarang di mana?" Soal Rasya dengan angkuh.

Hanis menggeleng kecil. Rasya tersenyum sinis.

"Cuba kau tengok setiap sisi kat rumah ni. Cantik kan? Barang pun mahal mahal." Kata Rasya sambil tangannya menunjuk nunjuk ke seluruh ruang banglo itu.

Hanis melihat di sekitar banglo itu dengan perasaan kagum. Dia tidak pernah menjejakkan kaki ke banglo mewah ini.

"Aku tahu kau tak akan mampu untuk memiliki banglo ni dan juga barang barang mahal dalam rumah ni. So,kau jangan nak berangan jadi mem besar kat sini ya!?" Rasya menengking Hanis dengan menolak bahu Hanis.

"Saya faham. Sa--ya memang tak akan duduk se--senang lenang kat sini." Hanis tahu akan maksud yang disampaikan oleh Rasya. Dia tidak boleh membantah apa apa dari tuan rumah ni.

"Bagus. Jadi sekarang aku nak kau tolong Mak Munah masak kat dapur. Now!." Arah Rasya dengan garang. Bagi dia,Hanis tak boleh diberi muka. Kalau tidak,naik lemaklah perempuan tu.

Rahsia Takdir Antara Kita Donde viven las historias. Descúbrelo ahora