Bab 29

18.4K 614 78
                                    

"korang buat apa kat sini?", Soal Luqman, dingin.

Dahlia yang baru keluar di pintu sebelah terkejut melihat kehadiran Hanis dan Huzair.

"Abang..Hanis datang melawat umi dengan abah.", Jawab Hanis.

Luqman melihat Hanis atas bawah. Dia juga melihat kaki Hanis yang berbalut. Matanya juga memandang tangan Huzair yang berbalut.

Apahal berbalut semua ni? Ah lantaklah, bukan masalah aku.

"Buat apa kau nak melawat diaorang? Dah buat taik pun masih lagi nak datang sini ya?", Soal Luqman.

"Benda tu dah lama dah abang Luq. Tak payahlah nak ungkit lagi.", Ujar Hanis.

Tak tahan dia nak hadap perangai abangnya yang satu itu.

Dia tahu memang salah dia, tapi tak seharusnya dia dibenci sampai macam tu sekali.

"Hahaha. Kau suruh aku tak payah ungkit? Eh kau ingat salah yang kau buat tu kecik ke? Kau ingat benda yang kau buat tu tak memalukan? Eh malu la!", Ujar Luqman.

Dia memandang Huzair di sebelahnya.

"Dan kau. Kalau tak disebabkan kau, adik aku takkan buat perangai tak semenggah dia tu. Dulu aku ingatkan kau ni baik sangat, rupanya tak.", Kata Luqman.

Dia tahu yang Huzair itu abang kepada bekas kekasih Hanis, Firdaus.

Huzair pula hanya mendiamkan diri. Tak mahu dia menambahkan minyak ke dalam api yang panas. Takut melarat lagi.

Huzair menarik tangan Hanis untuk beredar daripada situ.

Tapi belum sempat mereka hendak keluar dari pagar, Huzair menerima satu tumbukan daripada Luqman.

Huzair terduduk dan tertarik sekali tangan Hanis menyebabkan Hanis jatuh.

"Ya Allah Luqman!", Jerit Puan Rozi. Dia cepat cepat melangkah ke Huzair untuk membantunya bangun.

"Kamu ni dah kenapa Luqman? Sampai nak bertumbuk tumbuk dengan adik ipar kamu sendiri?", Soal Encik Samad.

Dia sudah mencekak pinggang memandang Luqman di hadapannya.

"Tak gunalah lelaki macam ni dipanggil adik ipar Luq, abah. Siapa dia ni nak dibandingkan dengan keturunan kita ni?", Soal Luqman.

Dia juga cukup geram dengan umi dan abahnya. Senang senang je mereka boleh maafkan diaorang ni.

Dahlia sudah menarik narik bahu suaminya itu. Dia cuba menenangkan Luqman daripada terus memaki hamun.

"Umi dan abah pun satu. Asal senang senang je maafkan diaorang ni? Apa umi abah dapat? Dulu bukan main lagi beria bencikan perempuan ni. Sekarang apa cerita!?", Jerit Luqman.

Pang!

Kepala Luqman terteleng ke tepi, dia tidak percaya apa yang dia baru dapat tadi.

Nafas Hanis sudah naik turun, kesabaran dia sudah mencapai had maksimum. Tak mampu lagi nak menahannya.

Luqman memandang tajam Hanis. Kurang ajar betul..

"Abang maki Hanis, abang kutuk Hanis. Hanis masih boleh terima. Tapi kalau dah sampai naik tangan pada suami Hanis. Tinggi suara pulak pada umi dan abah, abang ingat abang tu siapa?", Soal Hanis.

"Jangan bongkak sangat sampai rasa diri tu bagus sangat. Hati Hanis ni dah lali sangat dah dengar abang maki Hanis.", Ujar Hanis.

Dia menghulurkan tangannya pada Huzair untuk bangun.

Huzair bangun lalu memeluk bahu Hanis, tidak mahu Hanis hilang pertimbangan badan dan jatuh.

"Fikir jugak salah silap sendiri, kalau abang buat salah dan orang lain tak terima abang, keluarga pulak sanggup buang abang. Apa abang rasa?", Soal Hanis.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now