Bab 54

29.7K 703 16
                                    

Hari ini hari yang dijanjikan Hanis untuk membawa Puan Rozi bersiar siar di pekan. Puan Rozi itu yang meminta untuk Hanis membawanya keluar. Tak tahan terperuk dalam rumah katanya. Dia pun hanya menurut kata kata uminya itu.

Encik Samad yang sedang membersihkan motornya dihampiri Hanis. Dia jalan terjengket jengket, tidak mahu Encik Samad mengetahui kehadirannya. Dia sengaja mahu mengejutkan abahnya itu.

Belum sempat niatnya diteruskan, Encik Samad terlebih dahulu menoleh ke belakang. Dia menjongketkam keningnya melihat Hanis yang sudah ketawa terbahak bahak. Tidak jadi rancangan nakalnya untuk mengusik Encik Samad.

"Kamu ingat abah tak nampak? Jangan cuba cuba nak terkejutkan abah ya, abah sekeh kepala kamu nanti.", Amaran yang dilemparkan Encik Samad langsung tidak menakutkan Hanis. Dia rasa comel pula bila abahnya itu membebel.

"Ala abah ni, orang gurau je. Janganlah marah marah, nanti cepat tua baru tahu.", Tersengih Hanis.

"Abah kamu ni memang dah tua pun cik adik oi. Dah berkedut pun.", Encik Samad kembali membasuh motornya itu.

"Dah tua pun masih kacak apa. Petik jari je ramai awek datang beratur nak pada abah tau.", Usiknya lagi.

"Abah kacak? Patutlah haritu dekat kedai runcit ada awek tu tengok tengok abah. Abah cuba untuk mengelak, tapi dia masih lagi tersengih sengih kat abah.", Sekali lagi Hanis ketawa, berair matanya. Abahnya ini memang kuat perasan!

"Apa dia? Saya tak dengar la?", Terkejut Encik Samad mendengar suara isterinya. Kelihatan Puan Rozi yang sedang menyarungkan kasutnya sambil mencekak pinggang.

"Awek mana la yang buta pandang laki aku ni..", omel Puan Rozi.

"Eh awak jangan cakap macam tu. Awak je tak tahu, sebenarnya saya ni pujaan para gadis kat luar sana tu tau.", Puan Rozi menjulingkan mata ke atas, loya tekaknya mendengar kata kata suaminya itu.

"Masuk bakul, angkat sendiri tahu tak awak ni? Suka perasan.", Geli hati Hanis mendengar pergaduhan manja antara umi dan abahnya.

Encik Samad mencebikkan bibirnya, dia kembali menyambung kerja membasuh motor kesayangannya.

"Ha Hanis. Jomlah, apa yang kamu tunggu lagi?", Hanis pantas memanaskan enjin. Mereka berdua saja yang pergi, abahnya memang tidak mahu ikut. Katanya nanti penat, orang perempuan selalu beli barang lama lama. Geleng Hanis mendengarnya.

Dia pun dah lama tak ke pekan, ni ada masa terluang boleh lah dia bawa Puan Rozi keluar ke pekan. Memandangkan hari ni cuti. Dia pun sebenarnya dah mula bekerja di kedai jahit, bakatnya dalam menjahit yang dah lama terpendam boleh la dia keluarkan sekarang.

Keretanya terus meluncur laju meninggalkan halaman rumahnya, sempat dia melambaikan tangan pada Encik Samad.

***

Huzair yang baru sampai di pekan yang berdekatan dengan Batu Pahat keluar sebentar dari kereta untuk mencari kedai mamak untuk dibasahkan tekaknya yang kering. Dia pun penat memandu tadi. Perjalanannya dari KL ke Batu Pahat mengambil masa hampir 3 jam.

Otot otot di bahunya terasa sengal, lenguh pun terasa juga.

Huzair mengambil tempat di meja makan sebelah dinding, punggung dilabuhkan.

Selepas memesan makan, dia duduk termenung memerhatikan kawasan sekeliling. Ramai jugak kat pekan ni.

Dia tengok banyak kedai kedai yang dikunjungi ramai orang. Telefonnya dibelek, dia memusingkan telefonnya ke belakang dan terpapar gambar Hanis dalam sekeping gambar kecil yang terletak dalam casingnya itu.

Tersenyum kecil dia melihat gambar isterinya itu, dia tidak pernah mengeluarkannya dari sejak awal kahwin haritu hinggalah sekarang. Sewaktu dia masih marahkan Hanis pun tak pernah sekali pun dia rasa hendak keluarkannya. Entahlah, hatinya bagai tak kasi dia buat begitu.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now