"Ee tak faham lah aku..", Puan Rozi terus keluar dari bilik Hanis itu. Pinggan berisi nasi berlauk tadi hanya dibiarkan di atas meja. Dia tahu Hanis pasti akan makan juga nasi tu.

***

Hanis melayan sendiri perasaannya. Semua orang tak sokong dengan cara aku. Siapa yang bersalah sebenarnya ni? Apa tak betul ke tindakan yang aku ambil? Hanis menangis bersendirian..

Dia menekup mukanya dengan bantal dan menghamburkan tangisannya.

Tiba tiba dia teringatkan temannya yang jauh duduk di KL. Dia perlukan teman untuk bercerita waktu itu. Dia yakin Lisa pasti akan membelanya.

Telefon dicapai kasar sebelum nombor Lisa didail.

"Hello..", Tak sampai sepuluh saat, Lisa sudah menjawab dah terlebih dulu menyapa.

"Lisa..", panggilnya dengan suara yang serak basah

"Kenapa ni Hanis? Asal kau menangis ni?", Hanis masih lagi dengan sisa tangisannya. Apabila dia mendengar suara Lisa, hatinya jadi sedih. Dia rindukan gadis itu.

Lisa berdecit perlahan.

"Hanis, takmo la macam ni. Cepat cerita kat aku apa masalahnya ni?", Soal Lisa lagi. Hanis akhirnya menceritakan dari A sampai Z tentang apa yang telah berlaku.

"Aku tak tahu nak mengadu kat siapa Lisa. Kau je lah yang aku rasa boleh faham aku. Even umi dan abah aku sendiri pun langsung tak membela nasib aku.", Hanis berbicara dalam talian. Dia menelefon Lisa untuk menghilangkan rasa gundah di dalam hati.

"Aku pun tak tahu macam mana nak selesaikan masalah kau, Nis. Aku sendiri pun belum berkahwin.. cuma aku nak nasihatkan kau je.. tapi kau jangan anggap aku bela laki kau pulak..", begitu lembut suara Lisa di hujung talian. Dia tidak mahu mengusutkan fikiran Hanis.

"Takpelah Lisa. Kau cakap je. Aku nak kau tenangkan hati aku yang sakit ni.."

"Dalam rumah tangga, salah faham dan kesalahan , itu hanya perkara biasa. Benda macam tu wujud bukan untuk memecah belahkan suami isteri. Tidak, tapi itu untuk mengajar kita supaya sentiasa redha dan belajar memaafkan. Along dah ditakdirkan Allah untuk jadi jodoh kau, Hanis. Kau tak boleh menolak takdir.", Lisa berhenti berbicara seketika. Hanis masih lagi setia mendengar.

"Kalau pasangan kita buat salah pada kita, atau melakukan kesalahan. Tugas kita bukan untuk menghukum atau merendahkan lagi pasangan kita itu tapi sebaliknya maafkanlah. Dan perlahan lahan baiki semula hubungan rumah tangga. Jangan jadi ego.. kerana ego, masjid yang telah dibina cantik hancur begitu saja.", ujar Lisa.

"Cinta tu adalah tanggungjawab, ianya perlu disemai baik baik dalam diri. Cinta itu fitrah, setiap manusia berhak mencintai dan dicintai. Tapi cinta itu hendaklah disemai dengan keimanan. Kepercayaan tu sangat penting dalam hubungan.", Lisa memberikan kata kata nasihat yang pernah dibacanya daripada rujukan lain. Dia cuma menyampaikan aja.

"Tapi sebab kebohongan juga, cinta itu boleh terluka. Kepercayaan musnah..", Hanis masih lagi mahu memberi kata katanya.

"Sebab itu lah, ajar diri kita supaya tidak berburuk sangka dengan pasangan kita. Hanis, kalau kau pun nak Huzair percayakan kau dulu, dia apatah lagi? Kau kena kunci dalam diri tu, yang sifat kepercayaan tu akan sentiasa teguh dalam akal kau.", Balas Lisa.

Kata kata temannya itu sedikit sebanyak telah menyentuh tangkai hatinya.

"Kau tak boleh terus tuduh laki kau macam tu. Sebaliknya kau kena siasat. Kalau waktu dulu, dia tak siasat langsung semasa kau difitnah, kau patutnya jadi pasangan yang tidak percayakan sesuatu sebelum kau dengar sendiri pengakuan seseorang itu. Jangan ajar diri kita berdendam, boleh rosak hati.", Hanis rasa terpukul.

"Kita tak tahu apa sebenarnya tujuan dia berjumpa dengan perempuan tu. Lagi satu, logik ke Huzair datang jauh jauh semata mata nak pujuk kau kembali pada dia semula. Tapi akhirnya menduakan kau. Logik ke?", Soal Lisa.

"Walaupun aku ni bukanlah ahli sihir yang ada kuasa baca fikiran orang, tapi aku tahu. Huzair betul betul cintakan kau. Dia betul betul sayangkan kau. Aku boleh nampak dari sinar mata dia. Jadi kau tak boleh terus hukum dia macam tu.", Lisa menelan air liur seketika setelah banyak bercakap.

Dia pun silap juga haritu, patutnya dia tidak boleh bersikap melulu marahkan Huzair. Dia tak berada di tempat lelaki itu, jadi dia tidak tahu.

"Jadi.. jalan yang terbaik sekarang. Ajak dia baik baik, duduk berbincang. Berbincang dari hati ke hati. Pandang mata dia."

"Kau menangis air mata darah sekalipun, ia takkan kembalikan masa lepas. Aku bercakap ni sebagai kawan baik kau. Aku nak kau bahagia dengan along.", Sambungnya lagi.

Hanis yang memeluk kedua dua lututnya hanya diam mendengar.

"Kau ingat je lah semua kebaikan dia pada kau. Harap harap boleh lah tutup segala kesalahan dia pada kau.", Hanis menarik nafas panjang.

"Terima kasih Lisa.. kau memang kawan dunia akhirat aku.", Hanis menamatkan panggilan setelah berbalas salam.

Suasana bilik itu sepi, hanya bunyi kipas berpusing yang menyapa telinganya. Hanya angin daripada kipas itu yang meniup wajahnya yang lesu itu.

Dia memikirkan semula kata kata Lisa. Ego. Ya, dia memang ego sebenarnya. Ego tu terus memaksa diri supaya terus bersikap begitu.

Dia hanya berdoa supaya Allah lembutkan hatinya. Hanya Allah sahaja yang mampu membantunya.

Jam dikerlingnya, dia baru teringat yang dia belum menunaikan lagi solat Isyak. Terus dia bangun dari katil menuju ke tandas untuk mengambil wuduk.

Sejadah dibentangkan, dia memulakan solatnya selepas menyarungkan telekungnya.

Selesai menunaikan empat rakaat, dia beristighfar banyak di dalam hati. Memohon keampunan daripada yang Esa.

Setelah itu dia mengangkat tangan lalu membaca doa. Matanya dipejamkan, betul betul khusyuk dia meminta daripada Allah. Berharap agar doanya didengar.

Doa diaminkan dan dia terus berdiri sambil membuka kain telekungnya.

Sewaktu hendak menutup almari baju setelah sejadah disimpan, sehelai kertas jatuh dari atas. Tersentak Hanis.

Dia menunduk mencapai kertas putih tersebut yang berada di lantai. Kertas di tangannya itu dibaca dengan teliti.

Bacanya dari atas sampai bawah, ada tertulis nama penuh Huzair. Sampai di maklumat paling bawah, dia menekup mulutnya.

Jantungnya bagai terhenti. Dia jatuh terduduk di lantai. Terketar ketar tangannya memegang kertas itu.

Air matanya sudah mula turun mengalir di pipi.

"U.. umi! Umi! Abah..", panggilnya kuat dalam tangisan.

Laju pintu dibuka, terjengul wajah Puan Rozi dan Encik Samad yang kelihatan terkejut itu.

"Hanis? Kenapa ni?", Puan Rozi bertanya. Hanis yang menangis di lantai itu dibelainya perlahan.

Encik Samad mencapai kertas di tangan Hanis lalu dibacanya. Riak mukanya sangat terkejut. Dadanya diusap berapa kali dengan kalimat Allah di bibir.

Encik Samad menghulurkan kertas itu kepada Puan Rozi yang sudah bertanya itu.

"SubhaAllah, Allahuakhbar.. ya Allah..", ucap Puan Rozi, perlahan. Dia membaca dengan matanya dibesarkan.

Lalu dia memandang Hanis dan Encik Samad silih berganti.

"Kan.. kanser?", Puan Rozi sudah memejam mata. Kepala anaknya yang sedang menangis itu diusapnya lembut.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now