"Buang kredit jelah nak call, biarlah dia nak balik ke tak. Dia ingat ni hotel ke nak keluar masuk?", Tinggi betul ego dia. Padahal dalam hati tu dah meronta ronta nak dail nombor lelaki itu.

Encik Samad menggeleng perlahan melihat sikap Hanis itu. Memang dia dah lama perhatikan cara layanan Hanis pada Huzair tapi dia diamkan saja. Taknak lah dia masuk campur.

"Kenapa la Hanis ni selalu macam ni?", Kepalanya digelengkan lagi.

"Abah selalu pesan kan? Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Bukan ibu lagi. Apa apa pun, jangan berkasar dengan suami. Tak kira siapa yang bersalah, suami tetap nombor satu.", Pesan Encik Samad.

"Ada banyak sebab kenapa wanita dimasukkan ke dalam neraka. Antaranya adalah isteri yang derhaka pada suami.", Sambungnya lagi.

"Abah apa ni.."

"Tak Hanis. Hanis kena dengar jugak abah nak pesan ni. Kalau suami tak redha dengan apa yang si isteri buat, jatuh dosa besar tau. Hanis nak tanggung dosa ke?", Hanis mendiamkan diri. Dia bukan sengaja pun nak layan Huzair begitu tapi entahlah..

"Kalau Firdaus kamu boleh maafkan, kenapa tidak suami kamu sendiri?", Soal Encik Samad.

"Abah tahu Hanis ni sudah abah didik dengan ilmu ilmu agama. Jadi abah nak Hanis gunakan sebaiknya, jangan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan.", Pesan Encik Samad kepada Hanis yang sedang bermain dengan telefonnya.

Hanis sudah diam tidak bersuara, membenarkan nasihat Encik Samad itu perlahan lahan meresap dalam kepalanya.

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi enjin di luar rumah, terus kepalanya menoleh ke arah luar.

"Ha balik pun..", Encik Samad bangun dari duduknya melangkah ke arah pintu yang terbuka itu.

Huzair yang baru keluar dari kereta itu dtegurnya.

"Lamanya kamu keluar Huzair? Isteri kamu ni muncung je suaminya tak balik balik lagi.", Hanis di sebelah sudah memandang Encik Samad.

"Abah..", rungutnya. Apa la abah dia ni cakap macam tu pulak!

Huzair hanya tersengih, hari ni dia pergi lagi ke hospital untuk membuat rawatan.

Hanis memandang wajah lesu Huzair dengan pelik. Nampak pucat betul muka lelaki itu.

"Saya masuk dalam dulu ya abah. Nak mandi..", Encik Samad mengangguk perlahan. Dia perasan sebenarnya wajah pucat menantunya itu. Tapi tidak berani dia mahu bertanya.

Hanis di belakang hanya mengikut langkah Huzair masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup.

Huzair yang sedang menyeluk poket seluarnya mengeluarkan dompet dipandang Hanis, lama.

Lelaki itu perasan dengan kehadiran isterinya itu tapi dia teragak agak untuk menoleh. Dia sedaya upaya menyembunyikan riak wajah sakitnya di hadapan Hanis.

"Sayang..", terpaksa juga dia menegur. Diukirkan senyuman paksanya.

Hanis rasa lain apabila melihat senyuman Huzair. Tak manis macam sebelum ni, senyuman itu nampak macam senyuman tak bermaya.

"Awak okay ke ni?", Suaranya dilembutkan, tak macam sebelum ni yang agak kasar.

Huzair hanya mengangguk.

"Lambat sangat balik, awak pergi mana?", Soal Hanis.

"Abang ada hal tadi. Penting."

"Macam setiap minggu je ada hal? Hal apa sebenarnya ni? Sebab setiap kali awak balik mesti muka pucat macam ni.", Wajah lelaki itu dibeleknya.

"Takde apa la say...", Terhenti kata Huzair, dia menekup mulutnya lalu berlari masuk ke tandas.

Hanis yang terkejut terus menerpa ke arah Huzair yang sedang memuntahkan cecair di dalam sinki itu.

"Ya Allah kenapa ni.. asyik muntah je ni?", Belakang badan Huzair digosoknya perlahan. Tidak sampai hati melihat keadaan lelaki itu begitu.

Lama juga dia menunduk di sinki sebelum dia menegakkan tubuhnya kembali sambil membasuh bahagian mulutnya.

Mereka keluar dari bilik air. Hanis sudah mengetap bibir memandang Huzair.

"Esok jom kita pergi klinik.", Dia harus membawa juga lelaki itu ke klinik. Teruk sangat dah ni.

"Tak payah la.."

"Jangan bantah boleh tak? Cuba ikut je apa yang saya suruh.", Marah Hanis. Degil betul lelaki ni.

Huzair tersenyum simpul.

"Apa senyum senyum?", Soal Hanis.

"Risau jugak sayang kat abang kan?"

"Siapa je yang tak risau tengok orang muntah muntah macam awak tadi?", Segera dia memberi alasan kepada kata kata Huzair tadi.

"Abang takde apalah sayang. Janganlah risau sangat. Buat tak tahu je, angin abang ni kadang kadang teruk jugak.", Hanis menggeleng perlahan.

"Kenapa lah degil sangat eh awak ni? Diri tu dah sakit, masih lagi keras kepala taknak pergi jumpa doktor.", Dia berpeluk tubuh sambil memandang Huzair.

"Buat apa nak jumpa doktor, abang kan sihat je..", Masih lagi tidak mahu mengaku.

"Suka hati awak lah! Tanggung lah sakit tu sorang sorang.", Hanis malas melayan karenah lelaki itu. Dia terus keluar dari bilik meninggalkan Huzair berseorangan.

Huzair yang tersenyum itu perlahan lahan memudarkan senyumannya itu. Air mata mula menitik. Sungguh dia takut. Dia takut pada kematian..

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now