Danish Hakimi diam tanpa kata-kata. Dia seperti bermimpi sekarang. Tak percaya dengan apa yang berlaku. Terkebil dia merenung Kalida.

"Kau memang tak guna. Kau perogol Danish!" Kalida tahan air mata yang sudah memenuhi tubir mata. Setibanya tadi, dia diberitahu tentang kenyataan yang sangat memeritkan. Tidak pernah dia terfikir bahawa Danish sanggup lakukan perbuatan keji seperti itu.

Tak masuk akal.

"Aku..." Danish hilang kata. Sebelum ini, dia rasa seolah dia tidak akan ditangkap oleh pihak polis atas kesalahan yang dia lakukan. Tapi dia silap. Pihak polis lebih cekap daripada sangkaannya.

"Kenapa kau buat macam ni? Kenapa kau sanggup rogol kawan aku? Kau tak ada hati perut ke, Danish? Aku tanya kau ni! Jawablah!" Kalida seperti hilang sabar. Mengingati kejadian yang telah menimpa Fasha, dia kembali rasa sebak dan marah.

"Cik, tolong bertenang." Pegawai yang menjaga mula menegur Kalida. Cuba mengendurkan keadaan tegang seperti sekarang.

Kalida tarik nafas dalam. Dia terlebih emosi tadi. "Kau layak duduk dalam penjara, Danish." Buat kali terakhir Kalida memandang wajah gusar Danish."Tempat kau dekat sini," katanya sebelum beredar dari tempat melawat itu.

"Aku mintak maaf." Danish Hakimi tunduk kepala kesal. Hukuman berat bakal menanti dirinya kelak. Malah seseorang yang dia sangat cintai pasti akan turut ditangkap oleh pihak polis.

"Ida..." Fasha meluru ke arah Kalida. Air mata gadis itu lebat jatuh ke pipi. Sama seperti dirinya tika ini.

"Ida mintak maaf." Kalida terus mendapatkan tubuh Fasha. Dia memeluk dengan rasa bersalah. "Ida mintak maaf."

"Semua ni bukan salah Ida." Fasha suara memujuk. Esakan Kalida semakin kedengaran kuat. "Dah. Dah. Jangan nangis." Fasha memujuk lagi. Belakang Kalida diusap lembut. Cuba menenangkan gadis itu.

"Ida salah. Dia nak rogol Fasha."

"Tak. Ida tak salah. Kita lupakan kejadian tu." Fasha kawal nafas. Kejadian buruk itu kembali belenggu di minda. Tak mudah untuk dia lupakan.

Kalida lepaskan pelukan. Jarinya naik menyapu air mata. Dia bersyukur kerana tidak akan berkahwin dengan seorang perogol.

"Suspek akan ditahan di penjara untuk menunggu perbicaraan di Makamah," kata seorang anggota polis yang turut berada di situ. Iskandar mendengar sambil anggukkan kepala.

"Tapi..." Anggota polis tersebut memandang wajah Kalida sekilas. "...dia bukan suspek utama dalam kes ini."

"Nak pesan apa-apa?" Iskandar toleh ke seat belakang. Fasha dan Kalida dipandang dengan senyuman.

"Tak." Fasha geleng kepala. Kalida sudah tertidur di sebelahnya. Penat menangis agaknya.

"Saya nak pergi cafe kejap. Jangan lupa kunci pintu kereta, sayang." Iskandar keluar dari kereta sejurus mendapat anggukan daripada isterinya. Dalam beberapa puluh minit dia berjalan, dia tiba di cafe yang selalu dikunjunginya sebelum ini.

"Iskandar?"

Iskandar berpaling. Matanya disapa seseorang yang dia sangat kenali. Satu senyuman terlakar tanpa sedar.

"Aunie?"

Iskandar sandar badan di kerusi. Tangan naik menyilang ke dada selepas mengerling melihat jarum jam tangannya. Sudah setengah jam dia meninggalkan Fasha dan Kalida di kereta.

"You marahkan I lagi?" Gina tanya tanpa teragak-agak. Melihat saja wajah kosong Iskandar, dia sudah dapat menjangka.

Iskandar senyap. Dia amati wajah perempuan itu dalam diam. Dia masih marah? Rasanya tak lagi.

"I tahu you dah tak marahkan I." Gina menongkat tangan ke dagu. "I ada something nak bagitahu you ni." Tersenyum-senyum perempuan itu memandang Iskandar. Seolah dia tak pernah lakukan apa-apa sebelum ini.

"Apa?" Iskandar seperti malas mahu mendengar. Tapi entah mengapa hatinya ingin sangat mahu mengetahui apabila melihat wajah beria-ria perempuan itu. Mungkin ada sesuatu yang baik untuk dikongsikan bersama. Agaknya.

"I'm pregnant!"

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now