"Takkanlah sampai mesra gelak ketawa macam tu? Siap berdua duaan lagi kat luar. Ingat sikit sayang tu isteri orang. Tak manis orang pandang.", Huzair sudah berjalan menghampiri Hanis.

"Salah ke saya nak layan dia macam tu?", Soal Hanis. Hairan betul dia dengan Huzair, adik sendiri pun nak cemburu tak tentu pasal.

"Ohh. Sebab dia pernah jadi kekasih sayang?", Huzair merenung Hanis yang sudah memandang ke arah lain itu.

"Ke sayang sebenarnya masih lagi simpan perasaan pada Firdaus lagi?"

"Cukup Huzair!", Hanis bangun dari duduknya.

Huzair yang sedar dengan keterlanjurannya berkata terus mendiamkan diri.

"Kata dah menyesal, minta maaf bagai. Tapi masih lagi rasa tak percaya pada saya.Masih ragu ragu. Tuduh pulak saya macam tu.", geram Hanis. Dia ingatkan lelaki itu betul betul ikhlas minta maaf padanya. Tapi masih mengulang kesilapan yang sama.

Dari jauh sudut hatinya, memang terselit sedikit kemaafan untuk lelaki itu. Ada la dalam 10%. Tapi bila dia lihat Huzair yang bising bising macam ni, rasa takpayah maafkan pun takpe!

"Ingatkan betul lah dah berubah! Tapi perangai tu sama je macam dulu, buruk sangka!", Marah Hanis.

"Kalau macamnilah sikap awak, pergi baliklah Huzair! Takpayah lagi nak merayu kemaafan daripada saya. Saya langsung tak sudi.", Huzair mengeluh perlahan. Kesal pun ada. Bukan apa, dia memang cemburu kalau Hanis bermesra dengan lelaki lain, lebih lebih lagi dengan Firdaus tu. Dahlah lelaki itu bekas kekasih Hanis.

Hanis terus membuka langkah untuk keluar.

"Hisy, lepaslah!" Marah Hanis kepada Huzair yang menahan tangannya itu.

Huzair merengus geram. Geram dengan diri sendiri.

***

Dari ruang tamu hinggalah ke dapur dia mencari Hanis tapi tidak ketemu. Bercekak pinggang dia sambil matanya melilau ke sekeliling. Mana pulak Hanis ni pergi ni.

Puan Rozi yang kebetulan baru masuk ikut pintu depan itu ditegur Huzair.

"Umi, nampak tak Hanis kat mana?", Soal Huzair.

"Itu ha, tengah duduk termenung kat pondok belakang. Kamu pergilah tengok.", Balas Puan Rozi. Dia memang malas mahu masuk campur urusan rumah tangga anaknya itu. Biarlah mereka selesaikan sendiri.

Huzair terus melangkah ke pintu depan untuk menyarungkan seliparnya memandangkan di belakang tiada selipar untuk dipakainya.

Sewaktu dia berjalan menghampiri Hanis sempat dia berhenti seketika untuk memetik sekuntum bunga mawar yang ditanam Puan Rozi itu. Minta izin ya umi!

Disoroknya di belakang, dia berdehem perlahan untuk menyedarkan Hanis.

Hanis hanya membuat tidak tahu, dia hanya merenung Encik Samad yang sedang mengait buah kelapa itu.

Huzair melabuhkan punggung di sebelah Hanis, turut melihat Encik Samad yang mendongak memandang ke arah pokok kelapa itu.

"Sayang.. for you..", dia membawa bunga mawar yang disorok itu ke depan. Digoyang goyangkan bunga itu di sebelah Hanis.

Hanis menjeling bunga mawar di tangan Huzair itu. Berkerut dahinya, macam kenal. Kepalanya pula menoleh memandang pasu bunga Puan Rozi di tepi pondok itu. Sah la dia petik dari situ.

"Awak petik bunga mawar umi?", Laju Huzair menggeleng.

"Awak jangan nak geleng gelenglah. Takpayah nak menipu, saya tahulah tu bunga umi tanam.", Huzair sudah tersengih sengih.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now