"Saja kan?", Huzair mengangkat bahunya sambil tersenyum simpul.

Hanis menjeling geram Huzair sebelum dia keluar juga berlalu ke dapur.

Huzair gelak kecil sambil menggeleng perlahan kepalanya.

***

Kotak kecil di bawah katilnya itu ditarik keluar, permukaannya yang berhabuk diusap perlahan. Dia yang mencangkung terus bersila di atas lantai.

Hanis membuka penutup kotak tersebut lalu diletakkan di tepi. Hatinya diserang hiba, benda pertama yang terpapar di hadapan matanya ada sekeping gambar ultrasound yang memaparkan kandungan dalam perut Hanis sewaktu dia mendapat berita yang dia mengandung dulu.

Dicapai perlahan gambar tersebut, matanya bergenang dengan air mata. Walaupun sekejap anaknya itu berada di dalam rahimnya, tapi perasaan sayangnya pada anaknya itu sudah melebihi segalanya.

Hancur hatinya apabila dia keguguran, angan angannya untuk bergelar ibu musnah. Padahal dia sudah membayangkan detik detik terindah dia bersama anaknya nanti.

Kolam air matanya akhirnya pecah juga, terdengar alunan sayu esakannya. Dia merapatkan gambar itu ke dadanya.

kemudian, gambar tersebut diletakkan di atas lantai, dia meletakkan kepalanya di atas katil, melayan perasaannya. Dia tahu tak elok sebenarnya meratap begitu, tapi dia tidak dapat menahan kesedihan yang terkumpul di dadanya itu.

Kebetulan Huzair yang melintas di bilik tidurnya terdengar esakan kecil daripada isterinya itu. Dia menolak pintu perlahan lahan, terlihat Hanis yang sedang duduk di lantai sambil menangis.

Perlahan lahan dia menghampiri ke atah Hanis, dia mahu menegurnya tapi dimatikan niat itu apabila matanya menangkap sekeping gambar kecil yang terpapar ultrasound kandungan Hanis.

Dia mencapai gambar tersebut, hatinya diserang kesakitan. Kesakitan yang mampu membuatkan dirinya mengalirkan air matanya. Bibirnya diketap perlahan. Sumpah dia rasa bersalah sangat waktu itu, sepertinya dia seorang bapa yang tidak berguna.

Jarinya mengusap perlahan gambar tersebut, telinganya masih terdengar esakan Hanis di bawah itu.

"Anak ayah..", bisik Huzair perlahan tapi mampu didengari Hanis.

Hanis yang tidak perasan akan kehadiran Huzair di situ terus menoleh ke arah Huzair yang sedang berdiri di belakangnya. Pantas dia berdiri, gambar di tangan Huzair direntap kasar. Matanya tajam menikam mata Huzair.

"Awak tak layak sentuh gambar ni!", Jerit Hanis.

"Keluar!!", Hanis menolak nolak Huzair sehingga Huzair tersadung hingga jatuh ke atas lantai.

"Sayang..", Huzair sudah mengalirkan air matanya.

"Aku kata keluar!!", Jerkah Hanis sambil tangannya menghala ke pintu bilik. Mukanya yang merah menahan marah ditatap Huzair.

"Ya Allah, apa bising bising ni?", Puan Rozi yang terkejut dengan bunyi jeritan anaknya itu terus melangkah ke bilik Hanis.

"Keluarlah! Aku benci tengok muka kau..", menangis Hanis teruk. Dia menarik baju Huzair agar bangun keluar daripada biliknya.

Huzair mengalah, dia berdiri lemah. Melangkah ke luar bilik.

Hanis pantas menutup pintu bilik dengan kuat. Perlahan lahan dia bersandar di pintunya, akhirnya dia terduduk di situ.

Dia yang sedang bersedih dengan kehilangan kandungannya, tambah pula dengan sakit hati apabila melihat wajah yang menyebabkan dia keguguran itu. Marahnya tidak mampu dikawal menyebabkan dia bertindak agresif.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now