59

1.9K 108 42
                                    

Dengan langkah longlai Syazlin melangkah masuk ke dalam kelasnya. Seperti biasa, dia hanya berseorangan di bahagian belakang tanpa kawan.

Bukan dia tiada kawan tapi dia tiada Adam.

Hidup yang selama ini ceria seperti sinaran matahari kini kelam tak ubah seperti langit yang mendung.

Syazlin kini lebih gemar menyendiri berbanding bergaul dengan rakannya yang lain.

Biarlah rakan sekelasnya mahu berkata buruk tentangnya. Dia sudah tidak kisah dan malas mahu ambil peduli.

Siapa tegur,dia layan. Tak tegur, Syazlin hanya melakukan halnya sendiri.

Lebih kepada mengulangkaji pelajaran sebenarnya. Walaupun dia tahu, tiada siapa pon yang akan bangga dengan keputusan yang mungkin dia akan terima nanti.

Tapi dia lakukan ini semua untuk dirinya, bukan untuk orang lain.

Kepalanya sentiasa menunduk, lebih kepada merendah diri buat masa sekarang.

"Kak! kak! " kedengaran suara budak lelaki menjerit daripada luar kelas.

Syazlin hanya menjeling seketika sebelum dia kembali menelaah bukunya.

Tak ada kaitan dengan aku, jadi aku malas nak masuk campur.

Pen diketuk-ketuk di dagunya sebelum kepala yang gatal digarunya.

Aku tak suka betul soalan matematik tambahan ni.  Tapi, betapa yakinnya aku jawab addmath guna pen.

Dia mengeluh perlahan sebelum pen diletakkan di atas meja lalu badan disandarkan ke kerusi.

"Kak!  Saya panggil akak dari tadi akak tak dengar ke? " mejanya ditepuk kuat membuatkan Syazlin terkejut lantas mengucap pantas.

Wajah budak lelaki yang menyergahnya itu dipandang sebelum nafas dihela perlahan.

"Ya, ada apa cari akak tengah hari macam ni? " Syazlin bertanya dengan keningnya yang terangkat sebelah.

"Saya penat betul la panggil akak tadi, habis air liur saya. " Dia berdecit perlahan.

Eh budak ni, aku pulak yang dimarahnya.

"Ha dah kenapa dok seru akak daripada tadi?  Bagitahu cepat sikit boleh tak? " dengan perasaan geram dia memandang tajam budak lelaki yang berdiri tegak di hadapan mejanya.

"Akak tahu tak abang Adam bergaduh? Akak still boleh wak lek wak peace lagi kat sini? "

Syazlin yang mendengar terus berdiri tegak.

"Apa yang kau cakap ni?  Dia bergaduh dengan siapa? "

"Dia bergaduh dengan Ezmeer, instafamous tu. "

"What?! "

Kuat suara Syazlin menyebabkan budak lelaki itu terlompat satu langkah ke belakang. Dadanya dipegang. Terkejut boboy.

Nasib tak mati kejung tengah hari panas macam ni.

"Janganlah jerit kak, mahu tercopot jantung saya. "

"Adam dekat mana sekarang?  Cepat bagitahu aku sekarang! " Syazlin mencekak kolar baju sekolah budak lelaki itu kuat.

Badannya digoyangkan ke kiri dan kanan. Mata lelaki itu membulat. Ganas betul seniornya itu.

"At--atas rooftop bangunan lama sekolah kak. " tergagap-gagap suara lelaki itu.

Kalau lambat jawab, mesti dia mati tercekik.

Dengan pantas, genggaman di kolar baju lelaki itu dilepaskan.

Langkah besar diatur menuju ke arah bangunan lama sekolahnya. Kain sekolahnya diselak sehingga memperlihatkan legging hitam panjang di dalam.

Syazlin Ameera [✔]Where stories live. Discover now