38

1.3K 91 4
                                    


Syazlin mula menyelak buku resepi sambil sebelah tangan sibuk memasukkan biskut Chipsmore ke dalam mulutnya. Entah biskut siapa yang dia makan, itu pon sebab dia terjumpa  di dalam peti sejuk. Memang pantang betul kalau jumpa makanan mesti nak ngap saja semuanya.

Semua resepi kek yang dibacanya tadi tidak menarik perhatian. Macam tak kena je resepi yang dibekalkan ni. Syazlin berfikir untuk membuat kek coklat moist menggunakan resepinya sahaja.

Kenapa resepi Syazlin? Sebab resepi yang dijumpa di Google akan dia ubah sedikit mengikut cita rasanya.

"Awal anak dara ni masuk dapur harini?" tegur Mak Ida yang melihat anak majikannya itu sibuk membelek buku resepi di meja dapur seawal 7 pagi.

Syazlin hanya tersengih sebelum kembali menggigit biskutnya yang tinggal separuh. Ish, kenapa benda ni sedap sangat!

"Syaz nak pandang wajah ayu Ibu Ida la pagi-pagi ni. Sejuk perut Syaz tengok Ibu Ida ni." Kata Syazlin sambil menongkat dagu memandang wajah pembantu rumahnya yang dianggap seperti ahli keluarganya sendiri.

Ibu Ida dan Pak Mat ialah pasangan suami isteri yang telah berkhidmat untuk keluarga mereka lebih kurang 10 tahun. Mereka ialah manusia yang paling baik dan sopan-santun yang dia pernah kenal. Tapi sayangnya, mereka tidak dikurniakan anak. Mungkin bukan rezeki pasangan manis itu.

"Ada-ada saja Syaz ni, kenapa pulak perut kamu yang sejuk? Sepatutnya perut ibu Ida yang sejuk. Pelik-peliklah kamu ni." Ibu Ida tersenyum memandang Syazlin sebelum mencedok bihun goreng ke dalam dua bekas. Satu untuk dihidangkan di meja makan utama manakala satu lagi diletakkan di meja dapur.

Ibu Ida menghampiri Syazlin dan meletakkan seteko air kopi o di tepinya. Haruman kopi tu perghhh menusuk kalbu.

"Syaz tolong panggilkan Pak Mat jap di luar tu. Bagitahu dia sarapan dah siap." kata Mak Ida sebelum menggosok kepala anak gadis yang bertudung sarung itu.

"Baik bos!"

Ibu Ida hanya menggelengkan kepala melihat karenah Syazlin yang kebudak-budakan itu.

Syazlin berjalan dengan cepat menuju ke pintu utama. Dia menjengukkan kepalanya melalui bukaan pintu yang kecil sambil mata meliar mencari keberadaan Pak Mat. Matanya terhenti pada kelibat Pak Mat yang sibuk menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah. Syazlin berjalan perlahan-perlahan ke arah Pak Mat agar kehadirannya tidak disedari.

"Kenapa Syaz keluar rumah awal sangat ni?" Pak Mat terus menegur anak gadis itu yang kelihatan menjengket-jengket dibelakangnya. Dia terus memusingkan kepala paip untuk menghentikan air yang mengalir keluar.

"Alaaa, Pak Mat tahu ke Syaz ada kat sini?" Syazlin mula memuncungkan mulutnya kerana keberadaannya telah disedari. Tak ada skill lah kau ni!

"Pak Mat tahu apa yang Syaz buat, nak sergah Pak Mat kan? Tapi, Pak Mat lagi makan garam dalam situasi ni." Ujar Pak Mat sambil tersengih memandang anak majikannya yang mula berpeluk tubuh di tepi pokok bunga yang tumbuh rimbun.

"Yalah, Syaz tahu Pak Mat pro. Dahlah jom pergi dapur Pak Mat. Sarapan dah siap." tersengih Syazlin memandang wajah tua Pak Mat yang sentiasa kelihatan tenang itu.

Pak Mat mengelap tangannya pada tuala kecil yang sedia tersangkut di pangkal lehernya sebelum bergerak masuk kedalam rumah bersama Syazlin.

"Apa yang lama sangat dekat luar tu? Air kopi ni dah nak sejuk menunggu abang dan Syaz." Tegur Mak Ida sebelum mencedokkan sesenduk bihun untuk suami dan juga dirinya. Syazlin yang dari tadi mendiamkan diri terus menghulurkan pinggannya. Dia tersengih memandang Ibu Ida.

"Tadi abang berborak dengan Syazlin sikit. Ada hati dia nak sergah abang. Akhirnya, dia yang kena sergah dengan abang." Bersemangat Pak Mat bercerita sambil memandang isterinya itu.

Syazlin terus menjeling Pak Mat yang berada di hadapannya itu. Pak Mat, kenapa bocorkan rahsia kita!

Ibu Ida hanya menggelengkan kepala mendengar apa yang diperkatakan suaminya. Syazlin memang mudah mesra dengan orang. Sampaikan dengan pembantu rumahnya juga boleh dibuat main. Bertuah punya budak.

"Abang ada nak pergi mana-mana ke kejap lagi?" sekali lagi suara Mak Ida memecahkan kesunyian.

Pak Mat menggangguk tanda menjawab pertanyaan isterinya.

"Datuk Mansor suruh hantar dia ke pusat golf kejap lagi. Lepastu dia nak keluar dengan Datin Amnah. Berdatinglah kot." Ujar Pak Mat sebelum menghirup air kopinya yang hamper sejuk.

Syazlin yang mendengar terus memandang wajah Pak Mat. Dia mengangkat bahu tanda malas mahu ambil tahu sebelum kembali memandang ke pinggan makanannya.

Kejap lagi dia nak keluar, nak shopping barang dapur.

Inilah masanya untuk tunjukkan bakat yang lama terpendam!

-----


Syazlin mula berjalan berulang-alik dari satu rak ke satu rak. Satu persatu bahan dibeleknya. Nak masak memerlukan ketelitian bukan main redah saja. Serbuk koko yang diambil lalu dimasukkan ke dalam bakul yang sudah mempunyai mentega, susu dan chocolate rice.

Dia bergerak ke kaunter untuk membayar barangan yang dipilihnya. Dia tersenyum memandang akak cashier itu. Cantik.

Beg plastik yang penuh dengan bahan-bahan kek dimasukkan ke dalam bakul motosikal kesayangannya itu. Helmet diambil dan dipakainya sebelum memulakan perjalanan ke rumahnya.

Azan zuhur berkumandang sebaik sahaja Syazlin menjejakkan kaki ke rumahnya. Dia terus meletakkan barangan sebelum berlari menuju ke biliknya.

"Syaz nak pergi mana tu?" jerit Ibu Ida apabila dia melihat Syazlin yang tergopoh-gapah ketika meletakkan barangan itu. Dia mula menjenguk barangan yang dibeli oleh Syazlin.

"Syaz nak solat! Ibu Ida jangan kacau barang Syaz!" Syazlin menjerit daripada anak tangga yang terakhir sebelum melangkah ke dalam biliknya.

Ibu Ida hanya tersenyum mendengarkan balasan daripada anak dara itu.

Maaf! Ibu Ida dah kacau barang Syaz!

Syazlin Ameera [✔]Where stories live. Discover now