29

1.2K 102 59
                                    

Datin Amnah mengetuk bilik anak terunanya, Aiman Aqil sebelum terus masuk ke dalamnya. Dia menutup pintu dengan perlahan dan menguncinya untuk mengelakkan suaminya, Dato' Mansor tahu keberadaannya di sini.

"Ada apa mama masuk bilik Aiman ni?" tanya Aiman sambil memandang wajahnya mamanya sebelum sambung bermain permainan video di telefon bimbitnya. Umur dah masuk 23 tahun tapi Aiman masih tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. Pemalas!

Datin Amnah terus duduk di sebelah anaknya yang sibuk bermain game. Dia menepuk perlahan peha anaknya untuk memberhentikan perbuatan anaknya yang kelihatan leka.

"Hmm ada apa ma?" tanya Aiman sekali lagi sebelum meletakkan handphonenya di sebelah sebelum mengangkat kening memandang mamanya.

"Bila kita nak laksanakan rancangan kita tu?" tanya Datin Rosnah.

"Rancangan? Rancangan apa pulak ni ma?" dengan malas Aiman menanya mamanya itu.

"Ish kamu ni, rancangan kita nak halau penghalang kekayaan kita di rumah ni lah. Si Syazlin tu." Terang Datin Rosnah kepada anaknya.

"Jadi mama nak Aiman buat apa? Kalau nak suruh Aiman buat sesuatu kepada dia, maaf ma Aiman tak berani. Dah serik." Aiman membuat muka tanda dia sudah insaf selepas hampir lunyai dibelasah oleh Amril demikian hari.

"Tak adalah, mama nak Aiman edit gambar dia dengan kawan dia. Apa nama budak tu? Adam? Sunting gambar dia untuk yakinkan daddy bahawa anak dia tu dah menconteng arang ke muka dia. Buat daddy bencikan Syazlin tu." Bersungguh-sungguh Datin Amnah memberi arahan kepada anak terunanya.

"Alaaa ma, Aiman malaslah nak edit-edit ni. Lama dah tak buat." Aiman memberikan alasan sebelum terus tidur di atas tilamnya.

"Malas? Kamu bukan buat apa pon kat rumah ni. Umur dah 23 tahun tapi mengular lagi dekat rumah." Marah Datin Amnah.

"Yalah, yalah nanti Aiman buat." Keluh Aiman sebelum duduk menongkat dagu.

"Pasal daddy tu, macam mana mama nak buat?"

"Tahulah mama nak buat apa. Aiman jangan risau okay. Tak lama lagi semua harta daddy kau akan jadi milik kita." Datin Amnah tersenyum sinis sebelum membayangkan duit berkepok-kepok suaminya itu. Aiman Aqil hanya mengangkat bahu tanda malas nak ambil tahu.

"Nanti edit tau. Mama keluar dulu." Arah Datin Rosnah sebelum keluar dari bilik anaknya itu.

"Apa-apa sajalah ma." Aiman hanya mengendahkan arahan mamanya sebelum sambung bermain permainan video yang tergendala disebabkan gangguan mamanya tadi.

-----

"Okey kelas kita jumpa lagi tahun depan okay. 31 Disember ni jangan lupa datang sekolah. Kita ada acara Back To School. Tahun depan kamu semua dah nak menduduki peperiksaan SPM jadi cikgu harap musim cuti ni kamu cubalah study sikit-sikit. Okay, selamat bercuti semua." Ucap Cikgu Wardah, guru kelas 4 Dahlia yang mengajar subjek Biologi.

Semua pelajar perempuan 4 Dahlia mula mencium tangan Cikgu Wardah manakala pelajar lelaki hanya menundukkan badan tanda hormat. Mereka mula gembira kerana cuti panjang persekolahan sudah bermula!

Mereka semua sudah merancang untuk mengadakan jamuan akhir tahun untuk kelas 4 Dahlia pada petang esok. Jadi, mereka telah memutuskan untuk pulang lewat berbanding kelas yang lain untuk membincangkan program mereka esok hari. Usai berbincang, mengutip duit dan sesi peluk-memeluk, mereka bergerak pulang.

"Adam, lepak jom?" ajak Syazlin semasa mereka berjalan menuju ke kereta Myvi merah Adam.

"Nak lepak mana?" tanya Adam sebelum membuka lock keretanya.

"Warung Pak Abu nak tak? Aku lapar cendol pulut la." Jawab Syazlin tersengih sambil memegang perutnya.

"Okay jugak tu tapi kita kena tunggu seseorang. Sebenarnya aku nak ajak dia keluar berdua dengan aku tadi tapi kau pulak nak ikut." Jawab Adam selamba sambil memandang Syazlin di sebelahnya.

Syazlin yang mendengar terus membuka pintu kereta Adam. Adam tercengang.

"Kau nak pergi mana pulak tu? Merajuk ke apa?" tanya Adam setelah menurunkan tingkap keretanya.

"Pergi mana lagi? Aku nak duduk di belakanglah. Kejap lagi kan Laura kena duduk depan and excuse me aku tak merajuk okay." Syazlin menjawab sebelum membuka pintu bahagian belakang.

"Kau ni memang faham aku sangat kan? Baru je aku nak halau kau ke belakang bila Hanna sampai nanti tapi kau sedar diri sendiri la pulak." Adam memandang Syazlin yang bermain handphone di tempat duduk belakang. Syazlin hanya membuat taktahu dan pura-pura sibuk dengan telefon pintarnya.

"Kau taknak cakap dengan aku ke?" tanya Adam setelah 5 minit Syazlin mendiamkan diri.

"Malas nak bukak mulut."

"Apabenda lah kau ni. Kalau malas mainlah phone tu puas-puas." Kata Adam sebelum mengalihkan pandangannya ke hadapan. Pada masa yang sama Laura Hanna telah tiba.

"Maaf saya lambat. Saya tolong Cikgu Sarah dekat makmal kimia tadi. Sorry tau." Laura menerangkan sebab kelewatannya kepada Adam. Adam hanya menganggukkan kepalanya tanda dia faham. Alah lewat 15 minit saja, apalah sangat.

"Eh tak apa, saya okey. Nak tunggu awak sampai esok pon saya okay. Awak nak pergi mana lepas ni? Sebelum balik, kita bertiga lepak dulu boleh?" tanya Adam sebelum memulakan perjalanannya di atas jalan raya.

"Saya teringin nak makan ice cream cake lah awak." Balas Laura. Syazlin di bahagian belakang hanya memasang telinga.

"Kalau macam tu kita pergi Baskin Robbin boleh?" tanya Adam sekali lagi.

"Eh boleh, saya ikut awak je." Jawab Laura sambil tersenyum manis.

"Tapi Adam kau cakap kita nak pergi warung Pak Abu. Aku nak cendol pulut!" Syazlin menyelit antara mereka berdua. Protes!

"Alah lain kali lah kita pergi warung Pak Abu, hari ini kita pergi makan aiskrim dulu lah." Jawab Adam tanpa memandang wajah Syazlin. Kalau pandang kang terbabas pulak.

"Aku tak nak! Aku nak hari ni jugak! Kau dah janji dengan aku!" Syazlin bersuara tinggi dan mula memberontak. Semua benda yang Laura nak, kau boleh ikut. Asal kau tak boleh ikut apa yang aku nak?

"Eh kau ni pahal? Terjerit-jerit kenapa? Kau ikut jelah kami pergi makan aiskrim jap lagi." Adam juga mula meninggikan suara.

"Aku tak nak! Kau tak paham ke?!"

"Tak apalah Adam, kita pergilah warung Pak Abu tu, saya tak kisah." Laura secara tiba-tiba mula membuka mulutnya.

"Eh tak apa Hanna, kita akan pergi makan kek aiskrim awak tu. Abaikan Syaz kat belakang tu." Ujar Adam sambil menjeling wajah Syazlin melalui cermin pandang belakang.

Adam mula membelok ke kiri dan memberhentikan keretanya.

"Dah sampai warung Pak Abu, kau turun sekarang Syaz." Arah Adam secara tiba-tiba.

"Kau tak nak turun ke?" tanya Syazlin dengan suara yang telah mengendur.

"Tak nak. Kau blah lah cepat. Semak betul." Marah Adam sambil menjeling Syazlin.

Syazlin yang mendengar suara Adam yang sudah naik angin itu terus keluar daripada keretanya dan berjalan memasuki warung Pak Abu. Kereta Adam menderum laju meninggalkannya seorang di situ. Syazlin mengeluh perlahan.

Seronok ke ada kawan baru? Mesti seronok sebab kau dah sanggup tinggalkan aku macam ni.

Syazlin Ameera [✔]Where stories live. Discover now