26

1.3K 104 21
                                    

Knock! Knock! Knock!

Bunyi ketukan pintu bilik yang kuat itu mengganggu tidur Syazlin. Siapa pulak yang ketuk pintu macam nak runtuh ni. Syazlin mengeliat kecil sebelum bergerak ke arah pintu untuk membukanya.

"Hai!" sebaik sahaja Syazlin membuka pintu biliknya, muncul wajah Shah Aryan yang tersengih dan Shah Amril bermuka beku.

Syazlin mengangkat sebelah kening sambil berpeluk tubuh memandang adik-adiknya.

"Nak apa ganggu akak malam-malam ni? Nak tidur pon tak senang lah." Syazlin membuka pintu biliknya luas untuk membenarkan adik-adiknya itu masuk sebelum menutupnya kembali.

"Akak, tolong ajar kami matematik." ujar Aryan sambil tersengih manakala Amril mengangguk kepalanya laju.

Syazlin yang mendengar terus membeliakkan mata. Kembar suruh aku ajar matematik?

"Dah pukul 10 malam lah. Esok tak boleh ke? Esok kan cuti sekolah." tanya Syazlin sebelum duduk di kerusi meja belajarnya itu.

"Tak boleh, kami ada hal esok. Please akak, ajarlah kami malam ni." Amril yang mendiamkan diri sejak tadi mula membuka mulut.

"Ada hal? Apa pulak yang korang berdua plan ni." Tanya Syazlin sambil memandang wajah kedua-dua adiknya itu. Mereka hanya tersengih seperti kerang busuk. Mana boleh bagitahu wahai kakak tersayang.

"Adalah, mana kami boleh bagitahu akak." Balas Aryan sambil menjelirkan lidah ke arah kakaknya.

Syazlin menjeling adiknya itu sebelum menuju ke tandas peribadinya itu. Mukanya yang sememeh itu perlu dicuci sebelum memulakan sesi tuisyen bersama kembar kesayangannya itu.

Selepas 2 minit Syazlin mencuci muka, dia keluar tandas dengan segar dan bersemangat untuk mengajar.

"Okay jom kita mulakan sesi pembelajaran!" kata Syazlin sambil menarik meja kecil dan rendah yang berada di hujung biliknya. Dia mahu adik-adiknya berasa selesa ketika belajar walaupun hanya duduk bersila berhadapan meja comel itu. Baru dapat memahami sesuatu pekara.

"JOM!" dengan semangatnya mereka membalas kata-kata kakak mereka.

"Okay korang tak faham yang mana?"


-----


"Ari, kau dah siap ke belum? Amril menerjah masuk ke bilik adiknya itu kerana tidak menerima apa-apa balasan darinya.

Amril mula bercekak pinggang apabila adik kembarnya itu belum pon bangun. Dah jam 7.30 pagi ni. Dia mula mendekati katil Aryan dan mengejutnya. Aryan ni lupa ke apa yang mereka ada hal hari ini?

"Woi bangun la. Ari, bangunnnnnnnnnnnn!" Amril mula menggongcangkan tubuh adiknya yang masih memeluk bantal pocongnya yang berwarna merah jambu itu.

Dia pon tak faham apa yang si Aryan ni obses sangat dengan pink. Banyak barangan milik Aryan berwarna merah jambu. Kakaknya yang perempuan pon tidak meminati warna yang lembut seperti.

Aryan yang mendengar suara bingit abang kembarnya itu terus membuka mata dan mengeliat.

"Kenapa kau bising sangat ni Am. Aku nak tidurlah." Aryan berkata lalu sambung memejamkan matanya. Melampau betul budak ni.

"Bangunlah, tak baik tidur lepas subuh. Nanti rezeki susah nak masuk." Amril mula memiat telinga adiknya yang degil. Siapa suruh buat tak tahu? Kan dah kena.

"Aduh Am, sakitlah telinga aku." Aryan terus bangun dan duduk di atas katilnya sambil memegang telinganya yang kemerah-merahan. Dia memuncungkan mulutnya. Ingat comel la tu?

"Siapa suruh kau buat pekak sangat tadi. Dahla pergi mandi, nantikan kita ada hal dengan Adam. Dahla kita tak bagitahu akak lagi. Nanti singa laut tu mengamuk kang." Bebel Amril.

"Biadap eh kau cakap akak macam tu. Pagi-pagi dah buat dosa kering. Apooooolahhh." Aryan bangun dari tempat beradunya sebelum memasuki tandasnya untuk membersihkan diri.

"BUKAN SELALU! AKU NAK PERGI BILIK AKAK TAU! SIAP DENGAN KADAR YANG PANTAS TAU!" jerit Amril sebelum menuju ke bilik kakaknya.

"Knock knock, assalamualaikum kakanda, dah bangun belum?" soal Amril di hadapan pintu bilik kakaknya yang satu itu.

"Dah, masuklah. Akak tak kunci pintu pon." Sayup-sayup kedengaran suara kakaknya dari dalam bilik.

Amril menolak daun pintu bilik Syazlin sebelum bergerak menuju ke katil kakaknya itu. Syazlin kelihatan leka dengan laptopnya itu. Amril yang berasa curiga terus menjengukkan mukanya ke arah computer riba kakaknya itu. Amril membeliakkan mata melihat apa yang ditonton oleh Syazlin.

"Apa benda lah akak, pagi-pagi buta dah layan anime. Baca la al-quran untuk menyucikan jiwa ke. Ni tak, pagi-pagi dah layan kartun jepun. By the way, apa tajuk cerita tu. Macam best." Amril tersengih memandang kakaknya itu.

"Sejak bila Am ambil alih tugas Aryan ni? Kuatnya membebel pagi ni. Akak cutilah, sebab tu la tak menyucikan jiwa hari ni." Peril Syazlin sambil memandang adik lelakinya yang siap berpakaian untuk hangout mungkin. Malas nak tanya.

"Oh ye ke. Mana ada Am membebel. Ada-ada aja akak ni. Cepatlah bagitahu tajuk anime tu." Desak Amril sambil menutup skrin laptop menggunakan tangannya.

"Ish kau ni mengganggulah, tajuk anime ni 'Tenki No Ko'. Dah pergi sana cepat, jangan kacau aku lah." Balas Syazlin sambil menampar-nampar lembut lengan adiknya yang menghalang skrin itu.

Tapi tamparan Syazlin mana ada lembut. Berbisa jugaklah rasanya.

"Tajuk englishnya apa? Tak reti la Bahasa jepun ni." Tanya Amril sambil menggosok-gosok lengannya. Oiii pedih gila ni!

"Kau ni dok layan One Piece setiap masa pon tak faham bahasa jepun ke? Anime ni bertajuk Weathering With You." Syazlin memerli adiknya sekali lagi. Tak habis-habis nak mengganggu hidup aku ni kenapa?

"Mana akak tahu Am layan One Piece?"

"Akak tahulah, kau kan adik akak. Dahla keluar lah sekarang. Nak layan anime pon tak boleh ni." Syazlin mula menolak adiknya keluar dari biliknya. Tetapi secara tiba-tiba Aryan muncul di depan pintu.

Allah, mucul lagi satu masalah.

"Akak cepatlah pergi bersiap, kita nak keluar kejap lagi." Aryan terus mengarahkan akaknya bersiap apabila melihat keadaan akaknya yang seperti belum mandi.

"Keluar pergi mana?" tanya Syazlin sambil mengerutkan dahinya. Budak-budak ni tak bagitahu aku apa-apa pon semalam?

"Lah Am tak bagitahu akak pon ke? Kejap lagi abang Adam datang. Kita keluar dengan dia. Jalan-jalan, makan-makan, happy-happy gituw." Aryan membalas soalan kakaknya dengan suara yang ceria.

"Kenapa tak bagitahu waktu Adam dah sampai depan rumah? Korang ni saja kan nak bagi aku jadi kalut? Eiii geramnya aku Ya Allah."

"Sorry kakak tercinta. Dahla pergi mandi. Pukul 9 pagi nanti Adam sampai." Aryan mula mengeluarkan ayat-ayat manis kepada Syazlin.

Pon pon! Pon pon!

Bunyi hon kereta yang kuat menyebabkan Syazlin yang masih bertuala di kepala menjenguk tingkap biliknya. Nak harapkan kembar? Mereka tengah seronok layan anime.

Adam? Cakap sampai pukul 9, sekarang baru 8.30 pagi.

"Kenapa Adam dah sampai? Cakap pukul 9 baru dia sampai?" Syazlin bertanya adik-adiknya yang khusyuk melayan anime.

Aryan yang terdengar suara Syazlin terus mengambil telefon pintarnya sebelum membuka mesejnya bersama Adam.

"Hah? Ya Allah! Ari baru baca mesej abang Adam. Dia cakap cancel pukul 9 pagi sebab dia nak datang ambik kita dulu sebelum pergi suatu tempat. Ya Allah, Ari minta maaf sangat-sangat kak. Dahla pergi lah bersiap cepat." Aryan memohon maaf sambil membuat muka comel di depan kakaknya itu. Ingat orang cair ke? Lambet lagih!

"KAU MEMANG MENYUSAHKAN AKU LAH SHAH ARYAN BIN MANSOR!!!" Jeirt Syazlin sambil tangannya ligat mencari pakaian yang bersesuaian di dalam almari.

Aryan hanya membuat simbol peace manakala Amril sudah ketawa terbahak-bahak sebelum Aryan turut mengikut jejaknya itu.

Syazlin Ameera [✔]Where stories live. Discover now