50

1.7K 88 14
                                    

"Sombonglah kau ni. Aku send text pon tak reti nak balas ke?" entah dari mana datangnya Muhsin di kelas seawal jam 6.45 pagi. Selalunya, hanya Syazlin seorang sahaja makhluk Allah yang paling rajin datang awal.

Syazlin yang sedang menyiapkan karangan daripada guru Bahasa melayu kesayangannya itu terus memandang suara itu. Tindakan refleks kerana terkejut. Matanya membulat memandang figura Muhsin yang berdiri di tepi mejanya.

"Apa kau nak? Janganlah ganggu aku." Perlahan Syazlin berkata sambil memandang terus ke dalam anak matanya itu. Ni betul-betul Muhsin ke makhluk yang dilaknat Allah ni?

"Aku nak kau." Ringkas tapi amat menyeramkan bagi seorang Syazlin.

"Lawak apa yang kau cuba buat pagi-pagi buta ni? Just let me be alone. Aku ada satu perenggan lagi nak siap." tanpa mengendahkan Muhsin, Syazlin menyambung ayatnya yang tergendala disebabkan gangguan tadi. Laju tangannya menulis idea yang mencurah keluar daripada kepalanya. Ini adalah salah satu sebab mengapa dia sering menyiapkan karangan pada waktu bening begini.

Belum sempat dia menghabiskan ayat terakhir, tangannya direntap kuat oleh Muhsin yang daripada tadi sabar menanti. Cengkaman yang kuat di bahagian pergelangan tangan cuba untuk dileraikan oleh Syazlin. Dia diheret menuju ke bahagian belakang kelas sebelum Syazlin menggigit kuat lengan Muhsin.

"Arghh sakitlah bodoh!" Muhsin menjerit kuat sebelum melepaskan cengkaman tangannya. Lengan yang terasa pedih digosok.

Syazlin menganggap ini sebagai peluang untuk dia melarikan diri daripada Muhsin.

Belum sempat dia tiba di hadapan pintu belakang kelas, tudungnya direntap kuat menyebabkan kepalanya terdongak ke atas. Tudung di atas kepala dipegang kuat.

Badan Syazlin tiba-tiba tidak stabil menyebabkan dirinya jatuh terlentang ke belakang. Dengan pantas, dia kembali berdiri walaupun kepalanya terasa pening.

Muhsin menolak Syazlin kuat sehingga tersandar ke papan kenyataan sebelum merapatkan dirinya kepada Syazlin. Syazlin yang terasa seperti kepalanya berpusing hanya mampu memejamkan mata. Dahi berkerut seribu. Perut sebu, rasa seperti mahu termuntah.

Muhsin meletakkan tangan kirinya di papan kenyataan,mengepung Syazlin dengan sebelah tangannya.

Wajahnya didekatkan ke telinga Syazlin.

"Kenapa kau sombong sangat ni? Kau ingat kau ni cantik sangat ke? Tapi, kau memang betul-betul cantik. Sebabtu aku suka kau." Muhsin tersenyum sinis.

Sumpah, Muhsin ni memang betul-betul psiko.

Ayat-ayat Muhsin menyebabkan kepala Syazlin makin sakit. Dia memegang kuat kepalanya tanpa menghiraukan Muhsin yang memandangnya pelik.

"Eh kau kenapa ni?" suara cemas Muhsin kedengaran. Dia cuba memegang lengan Syazlin yang berlapik dengan baju sekolah.

Syazlin hanya membiarkan tanpa dapat menepis tangannya jantan tak guna itu. Kepalanya sangat sakit dan dadanya terasa sempit.

"Woi!" serentak dengan jeritan itu, Muhsin terus terpelanting ditendang oleh Adam. Kolar baju sekolahnya dicekak kuat sebelum tamparan kuat diberi kepada Muhsin.

"Apa masalah kau nak kacau Syaz ni? Dia ada ganggu kau ke, hah?!"

Terpejam mata Muhsin mendengar suara lantang Adam. Pipi yang terasa kebas dipegang. Tamparan padu daripada atlet bola tampar. Kau rasa? Boleh terpusing otak kau tahu.

"A—aku min—minta maaf. Aku su—suka Syaz."

"Suka? Macam ni ke kau layan orang yang kau suka?"

Muhsin menunduk,memandang lantai yang berhabuk.

"Kalau aku nampak lagi kau ganggu Syaz, lutut aku akan sampai ke muka kau. Faham!" matanya tajam memandang wajah Muhsin. Dadanya berombak laju tanda dia sangat marahkan Muhsin. Muka nampak innocent tapi perangai macam haram!

Muhsin mengangguk laju sebelum dengan pantas dia berlari keluar daripada kelas itu. Sumpah, dia tak akan cari pasal dengan dua orang sahabat tu lagi selepas ini. Serik!

Adam dengan segera mendekati Syazlin yang sudah jatuh terduduk bersandar pada dinding kelas yang kotor dengan bekas tapak kasut. Tak boleh buat mural, buat cap kasut dekat dinding sekolah pon boleh.

Bahu Syazlin disentuh perlahan. Wajah yang menunduk itu direnung perlahan. Kenapa sampuk ke?

"Weh, kau okay tak ni?"

Senyap. Tiada balasan yang diterima.

Adam menolak bahunya lebih kuat daripada tadi. Badannya yang tadi sedang elok bersandar tiba-tiba jatuh ke bahagian tepi. Mata Syazlin terpejam erat.

Adam yang terkejut terus membeliakkan matanya. Dia gelabah.

Jarinya didekatkan ke bahagian hidung Syazlin. Masih bernafas. Cecair berwarna merah itu disentuh.

Adam menelan liur sendiri yang terasa pahit. Ini darah.

"Syaz! Bangunlah woi! Tak kelakarlah!" badan Syazlin digoyang laju dengan harapan rakannya akan tersedar daripada pengsannya itu. namun, tiada balasan yang diterima. Hanya tangannya yang makin lama makin lenguh.

"Eh Adam, kenapa ni?" seorang pengawas tingkatan 4 yang ditugaskan untuk meronda di blok tingkatan 5 menegur. Macam mana tahu dia tingkatan 4? Adam kenal semua orang dalam sekolah tu lah. Flip hair.

Isnin, hari terdapatnya perhimpunan rasmi. Jadi, ini mungkin tugas pengawas lelaki ini.

"Dia pengsan." Adam menunjukkan Syazlin yang telah pengsan kepada pengawas itu. Jarinya agak terketar-ketar. Gelabah dan takut. Mungkin terselit sedikit rasa risau.

"Jom kita bawa dia ke bilik rawatan cepat. Rasanya, nurse dah sampai. Lagipon sekarang dah pukul 7.45 pagi."

SMK Bukit Ungu mempunyai beberapa orang nurse yang berpengalaman dan digajikan oleh pengetua untuk menjaga kebajikan semua warga sekolah itu. Tak kisahlah pelajar, guru, mak cik kantin, mak cik cleaner atau staf pejabat, semuanya akan dirawat jika diperlukan. Pengetua kali ini sungguh baik hati. Semoga syurga buatmu.

Adam hanya menganggukkan kepala mendengar idea pengawas itu. Dengan pantas, dia menggendong Syazlin menuju ke bilik rawatan yang berada di blok D, selang dua buah daripada blok yang mereka duduki sekarang.

Syazlin, aku harap lepas ni kau diet. Berat gila badan kau ni. Daya gravity dah memanggil untuk kita berdua tergolek bersama di tangga tingkat 3.

Syazlin Ameera [✔]Where stories live. Discover now