09

1.9K 161 69
                                    

Ezmeer mencari-cari keberadaan Syazlim di dalam dewan. Ya sekarang mereka ada perhimpunan dan Ezmeer pula terjenguk-jenguk mencari manusia yang baru sahaja bertukar status menjadi rakannaya itu.

"Mana Meera ni? Tak datang sekolah ke? Baru semalam kot kitorang chat. Takkan malu dengan aku kot haha. " Ezmeer menggumam perlahan.

Naufal yang berada di sebelahnya hanya memandang pelik. "Kau cakap apa Meer?"

"Huh? Tak ada apa pon." Ezmeer tersengih lalu menggaru kepalanya yang gatal.

Manakala Adam yang berada di barisan tingkatan empat pula sudah tersengguk-sengguk. Mengantuk. Semalaman dia tidak tidur sebab risaukan keadaan Syazlin.

Setelah sekian lama, pengerusi majlis membenarkan semua pelajar masuk ke dalam kelas.

Adam dengan langkah longlai terus menuju ke kelasnya untuk melaksanakan misi yang tertangguh.

Misi apa?

Tidur.

Selalunya setelah selesai perhimpunan, guru-guru akan ada mesyuarat yang agak lama. So,dia kan memanfaatkan masa itu dengan tidur.

Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, Syazwan si ketua kelas datang ke mejanya.

"Adam"

"Hmmm"

"Mana Syaz? Dia tak datang ke hari ni?" Tanya Syazwan sambil matanya melilau mencari kelibat Syazlin.

Adam yang masih belum mengangkat kepala menjawab " Tak, Syaz dia tak datang hari ni. Dia masuk hospital. Kalau ada siapa-siapa yang cari dia,kau bagitahu aku je Wan."

"Kenapa Syaz masuk hospital Dam? " Syazwan yang ingin tahu terus bertanya.

"Kau jangan banyak tanya Wan. Aku mengantuk ni. Nanti-nanti la aku jawab soalan kau tu." Syazwan yang mendengar terus mengangguk lalu berlalu ke tempat duduknya.

Dan Adam pon dapat tidur dengan tenang akhirnya.

-----


Ezmeer menghantar beberapa chat ke ig Syazlin.

Active 7 hours ago?

7 hours? Jadi last dia online time dia chat dengan aku je lah?

Ish dia pergi mana?

Dia bangun dari tempatnya dan berura-ura untuk ke keluar kelas.

"Woii Meer! Kau nak pergi mana?" Jerit Naufal dari dalam kelas.

"Aku nak pergi blok form 4 jap. Bye!" Ezmeer terus berlalu pergi.

"Woi Meer! Aku nak ikut! " Tanpa aba-aba, Ezmeer terus meninggalkan Naufal. Naufal mengeluh lalu duduk di tempatnya kembali.

'Tak guna punya kawan.'

-----

4 Dahlia

Kroh kroh prrrrr kroh kroh.

Sesekali Adam menggosok hidungnya yang berasa gatal. Apa kes? Resdung kot.

"Assalamualaikum. " terdengar suara seorang manusia berhalkum memberi salam di pintu kelas.

Syazlin Ameera [✔]Where stories live. Discover now