Peti sejuk dibukanya, dia melihat barang barang basah yang banyak lagi tidak digunakan. Dia mengeluarkan ikan dengan sayur, dibeleknya.

"Nak masak macam mana ni. Aku mana reti masak, goreng telur pandai lah.", Bisik Huzair. Dia menutup peti sejuk dengan kakinya.

Ikan dan sayur di atas meja masak itu direnungnya sambil menggaru kepala. Dia terus mengambil kuali lalu minyak dimasukkan.

Akibat api terlalu kuat, minyak terlampau panas menyebabkan minyak tersebut terpercik terkena tangannya semasa dia meletakkan ikan yang sudah siap disiang itu. Dia menjerit sakit, kuali itu tidak sengaja dia terlanggar. Habis tumpah minyak di dalamnya, kuali itu pula jatuh sehingga kelihatan retak sedikit.

Tiba tiba dia berasa marah, kuali yang jatuh tadi disepaknya menyebabkan terpelanting jauh. Kakinya yang sakit sikit akibat tersentuh kuali yang panas itu tidak diendahkan.

"Semua tak jadi!!" Jeritnya. Banyak sudah barang dalam rumahnya yang rosak akibat kecuaian dirinya.

Dia sedar, dia memang tidak mahir dalam membuat kerja rumah. Baju kerjanya sudah 2 helai yang rosak akibat seterika yang terlalu panas. Berlubang terus bajunya.

Dia membiarkan dapur bersepah, kaki terus diatur ke ruang tamu. Remote tv dicapai lalu ditekan butang pasang.

"Ya rabbi, dibiarnya pagar tak berkunci, pintu tak bertutup. Apa nak jadi budak ni.", Kedengaran suara Datin Yasmin daripada luar. Huzair hanya menjeling sahaja. Dia kembali memberikan tumpuan pada tv di depannya.

Datin Yasmin menolak pintu rumah, alangkah terkejutnya dia melihat keadaan rumah Huzair yang sungguh bersepah. Meja cawan berselerak di atas meja.

"Along! Kenapa bersepah sepah ni? Tak mengemas ke?", Datin Yasmin sudah mencekak pinggang memandang Huzair yang sedang baring di atas sofa.

Huzair hanya membuat tidak dengar, dia rasa malas nak mendengar bebelan mamanya itu.

Datin Yasmin menggeleng melihat seisi rumah Huzair, matanya melihat ke arah dapur. Terbuntang matanya melihat, plastik plastik Maggi yang berselerak di atas meja makan.

"Apa ni? Minyak ke?", Soal Datin Yasmin apabila melihat ada cecair di atas lantai.

"Ish budak bertuah ni! Kenapalah dibiarnya bersepah macam ni. Haritu elok je kemas! Bag tangannya diletakkan di atas meja makan. Dia melihat ikan yang dibiarkan di atas meja. Nak pengsan dia tengok.

"Apa nak jadi dengan kamu ni along? Kenapa jadi macam ni? Makin teruk dah perangai buruk kamu ni.", Bebel Datin Yasmin ke arah Huzair.

"Tak takut ke kalau ada tikus datang? Ee pengotor betul lah budak ni!.", Huzair hanya memekakkan telinga. Berdesinh telinganya kena bebel dengan Datin Yasmin.

"Along! Pizza dah sampai..jom kit...omg! What is this?", Terkejut Rasya masuk ke dalam rumah Huzair.
Dia membuat muka hendak muntah, geli dia melihat keadaan rumah Huzair yang sangat bersepah itu.

"Euw along! Kenapa tak bersihkan rumah! Jijiklah Sya nak masuk macam ni.", Dia memandang ke arah Huzair. Astaghfirullah, selekehnya abang aku!

Huzair menggaru kasar kepalanya, telinganya panas mendengar suara suara bising daripada mereka.

"Kamu ni along kenapa berubah sampai jadi pemalas macam ni? Takkanlah sebab Hanis tak ada kemu jadi macam ni?", Datin Yasmin menepuk bahu Huzair yang sedang baring itu.

"Tak ada kene mengena la dengan dia. Mama tak payahlah ambil tahu pasal along, along rimaslah.", Huzair mengubah posisi baringnya kepada meniarap. Bantal yang berada di sebelahnya itu dicapai lalu diletakkan ke atas kepala dan menutup kedua belah telinganya.

"Kamu jadi macam ni lepas je perempuan tu pergi. Sudahlah along, jangan tunjuk sangat yang along tu stress sebab dia.", Ujar Datin Yasmin.

"Patutnya penampilan along kena lebih segak berbanding dulu, tapi ini tidak tiba tiba berubah selekeh macam ni.", Datin Yasmin mengambil tempat di sofa yang kosong.

"Staf kat office tu dah mengadu kat mama yang along asyik marah marah, kerja pun berlambak bagi staf buat. Along ingat staf tu siapa? Papa kata dia nak uruskan balik syarikat dia tu, bagi kamu pun tak guna. Nanti Habis bankrupt kita klien lari tahu tak?", Bebel Datin Yasmin.

"Kamu dengar ke tak ni along?", Bantal Huzair ditarik tarik Datin Yasmin. Berdecit Huzair.

"Ye dengar.."

Datin Yasmin mengeluh berat. Dia memandang Rasya yang sedang duduk sambil mata memandang telefon.

"Nanti mama panggilkan siapa siapa kemaskan rumah along ni. Ini kalau papa dapat tahu habis along tahu tak?", Kata Datin Yasmin.

Huzair mengangkat kepala memandang Datin Yasmin.

"Papa mana?"

"Papa outstation lagi. Haih, orang tua tu pun satu. Susah betul melekat dekat rumah!", Balas Datin Yasmin.

"Ha dah la tu. Jom kita makan pizza ni, nanti dah sejuk tak sedap.", Rasya membuka bungkusan kotak pizza tersebut.

Laju Huzair bangun dan mencapai sekeping pizza. Perutnya memang lapar waktu itu, biarlah orang nampak dia ni gelojoh.

Rasya sudah membuat muka jengkel, gelojoh benar abang dia ni.

***

Puan Rozi hanya memandang rumahnya yang telah dikosongkan. Rumah ini sebenarnya banyak dah berjasa pada dia dan suaminya.

Dia buat semua ni pun untuk Hanis juga, dia pun mahu tengok Hanis bahagia macam dulu lagi. Tak gemar dia kalau Hanis sentiasa masam mukanya.

Puan Rozi menoleh ke arah tempat duduk belakang kereta, Hanis yang mendiamkan diri sambil matanya memandang luar membuatkan hatinya gusar. Harap harap dengan pindah ke Johor, Hanis dapat kekuatan dan kebahagiaannya semula.

Dia pun rindukan rumahnya yang lama ditinggalkan itu, apa salahnya pindah semula. Banyak kenangan dia dengan rumah lamanya itu.

Encik Samad yang baru masuk kereta dipandang Puan Rozi.

"Dah siap ke semuanya?", Encik Samad hanya mengangguk. Dia mengelap kepalanya yang berpeluh.

Luqman menghampiri tingkap kereta Encik Samad.

"Hati hati abah bawak kereta. Jangan bawak macam nak berlumba", usiknya.

"Ish kamu ni, abah dah tua dah pun. Tak larat nak bawak laju laju.", Balas Encik Samad membuatkan Luqman tersengih.

Luqman mengalihkan pandangan ke arah belakang. Hanis yang sedari tadi asyik termenung dipanggilnya.

"Hanis.." Hanis menoleh kepala memandang abangnya itu.

"Hanis kuat kan? Tak mau sedih sedih dah. Duduk sana nanti, jaga umi dengan abah baik baik.", Pesan Luqman. Hanis hanya tersenyum seraya mengangguk.

"Nanti Luqman free, Luqman balik Batu Pahat. Dah lama jugak tak balik sana.", Ujar Luqman kepada umi dan abahnya.

"Ha yelah. Ni nanti kirim salam dekat Dahlia ya? Luqman jaga dia baik baik tau.", Angguk Luqman.

Encik Samad sudah menggerakkan kereta dan memulakan perjalanannya. Sempat dilambainya Luqman.

**************

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now