4 | Tetap Sempurna

4.3K 697 238
                                    

Pap!

Selipar getah itu mendarat betul betul di atas kepalanya. Punyalah kuat, sehinggakan kepala perempuan itu tertunduk ke hadapan. Apatah lagi sedari tadi kanak kanak itu sedang berlari untuk selamatkan diri.

"Qisya keluar!" kanak kanak lelaki itu tersengih gembira. Tak lama, dia mula berlari untuk mengambil selipar yang dibalingnya tadi.

Ingin 'mati'kan kawannya yang lain pula.

Budak perempuan bernama Qisya itu mencebik. Tidak berpuas hati kerana kalah awal. Lantas dia membawa diri ke pondok berhampiran. Ingin menunggu sehingga permainan tamat.

***

Qisya tersengih sambil menghulurkan jari jemarinya. Budak lelaki itu mengangkat kening. Keliru dengan tindakan rakannya itu.

"Apa?" soalnya.

Sengihan Qisya mati. Terus saja ditunjalnya kepala rakannya itu.

"Sarung cincinlah! Kata kahwin!" marah Qisya pula. Rakan rakannya yang lain mula ketawa.

"Eh tapi takda cincin!" rakannya yang sedang memegang daun pisang seraya mengibas ngibaskan 'pasangan mempelai' itu bersuara.

"Haahlah kita tak cari tadi. Sibuk cari daun pisang!" sambut rakannya yang lain.

"Kaulah. Aku suruh cari tadi taknak"

"Eh aku sibuk masaklah!"

Budak lelaki disamping Qisya itu mula berdiri, mengalihkan fokus rakannya yang lain.

"Eh pengantin tak boleh lari!"

"Bukanlah. Aku nak pergi buat cincin" balasnya pula.

Qisya mula menghentak hentakkan kakinya. Memprotes.

"Mana boleh pengantin buat cincin! Ni hari bahagia kita, Haydar" ujarnya.

Haydar mula duduk kembali. "Yalah. Nanti lepas kahwin aku buat cincin!"
Dia hanya ikut sahaja permintaan rakan baiknya disebelah itu.

Mereka masing masing tersenyum. Menikmati hari bahagia mereka. Kononnya sedang bersanding, dan majlis mereka diadakan secara besar besaran.

Masing masing bergenggam tangan, bahagia. Untuk kanak kanak yang hanya di usia mentah, apa sahaja yang mereka fikir?

Permainan kahwin itu seolah satu tradisi untuk kanak kanak melayu. Paling tidakpun, kita mesti ada suami atau isteri ketika zaman hingus meleleh dulu.

Seronok.

Kerana saat itu, saat kecil, jika luka hanya di kaki, bukan hati.

Dan manusia juga lupa. Hati kanak kanak itu suci. Jika dahulu cinta itu dijaga elok, biarpun tiada cincin, mempelai tidak boleh tinggalkan pasangan.

Namun sekarang, cinta itu pula sekadar mainan. Tiada wang, tiadalah cinta. Tiada rupa, tiadalah sayang. Tiada pangkat, tiadalah rindu.

Seberapa susahnya kita untuk menilai harga cinta itu.

***

Haydar memandang pelik rakan baiknya itu. Sedari tadi, asyik mencari cari sesuatu. Tiada di dalam beg sekolah, di bawah meja pula. Mungkin tiada lagi, dia kembali mencari di dalam beg sekolahnya itu.

"Kau cari apa, Qisya?" soalnya.

"Kerja rumah semalam. Aku dah siapkan. Tapi aku rasa macam tertinggal" jawab Qisya. Waktu itu, wajahnya sudah pucat. Yalah, kerja rumah itu perlu dihantar hari ini, jika tidak, entah apa yang bakal terjadi.

Elok betul masanya, guru perempuan mula melangkah masuk ke dalam kelas. Terus seisi kelas itu berdiri dan ketua mula menjalankan tanggungjawabnya.

Qisya menelan liur. Berdebar.

The Invisible LoveWhere stories live. Discover now