13 | Hanya Cendana

251 52 1
                                    

Saya jumpa tulisan cerpen lama dalam draft story sebelah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya jumpa tulisan cerpen lama dalam draft story sebelah. Saya nak bawak letak sini, publish dan simpan sebagai kenangan.

***

Aku memerhati dia. Sibuk betul nampaknya melayan pelanggan. Sejak dua minggu yang lalu, pelanggan tidak putus putus membanjiri kedai ini. Hanya kerana satu rekaan pakaian yang amat menarik hati semua gadis.

Gembira. Ya. Itu yang aku rasa, walaupun aku bekerja tanpa gaji di sini, aku tetap gembira dengan pencapaian si dia.

Membangunkan Butik Pakaian hanya dengan titik peluh sendiri. Bangga betul rasanya ada bos seperti si dia.

Tapi...

Si dia mungkin bos dimata pekerja lain, tapi tidak di mata aku.

Bagi aku, dia lebih dari itu.

***

"Jadi, awak nak kain beralun? Mudah saja." Dia tersenyum. Si gadis bertudung biru itu mengangguk.

"Ya! Saya suka kain beralun. Oh! Saya nak pakai masa hari graduasi kakak saya nanti, moga dapat disiapkan dengan cepat ya" Si Gadis sempat berpesan.

Si dia mengguriskan lagi senyuman.

"Tak mengapa, saya akan uruskan secepat mungkin. Jangan risau"

Akhirnya, Si Gadis meminta diri untuk pulang. Sejurus itu, Si dia menjeling jam di dinding. Sudah hampir 7 malam. Terus, si dia mendekati pintu kaca itu lalu papan tanda 'Buka' diterbalikkan.

"urgh! Hari yang memenatkan. Tak mengapalah, rezeki" Aku dengar si dia menggumam.

Kemudian, dia mula menapak ke ruang jahitan untuk menyambung menjahit pakaian. Apabila melintasi saja dihadapanku, hendak saja aku tegur, namun, suara seperti tersekat di kerongkong pula.

Begitulah rutin harian si dia. Kedai ditutup tepat pukul 7 malam, namun dia tidak terus pulang ke rumah. Malah, menyiapkan dahulu kerja yang mana mampu.

Sungguh, aku tertawan dengan sikapnya yang begitu sistematik. Sangat teratur orangnya.

Tambah lagi murah dengan senyuman. Peramah pula tu.

Patutlah pelanggan perempuan asyik melekat saja. Dikatanya datang hendak membeli baju, tapi niat lagi satu sudah dipasang.

Ingin melihat wajah Si dia.

Sungguh, beruntung gadis yang lain. Walaupun tidak dapat melihat si dia seperti aku sekarang, mereka masih boleh bercakap, bertentang mata, berkongsi idea.

The Invisible LoveWhere stories live. Discover now