1 | Minyak Wangi

14.3K 1.1K 458
                                    

Aku memandang Si Dia yang sedang memilih beberapa jenis perfume.
Masuk kali ini, sudah hampir 25 kali, dia datang. Dan setiap kali itu juga, mesti ada satu jenis perfume yang akan dibeli. Nampak dari gaya, dia masih lagi seorang pelajar sekolah menengah.

Bukan sifat aku, untuk mengambil tahu hal orang lain. Tapi apabila gadis ini kerap---lebih kurang satu kali satu minggu---datang ke kedai ini, aku jadi tertarik.

Dia selalu membeli perfume yang berbeza. Berbeza warna, berbeza bentuk, berbeza bau. Tak pernah sekali pun rasanya dia beli perfume yang sama.

Apabila dia meletakkan satu botol perfume yang sudahpun terbungkus kemas di dalam kotak, berjenama Secret di atas kaunter, aku sedikit tersentak. Ah, aku selalu khayal apabila memikirkan tentang dia.

Aku memandangnya. Dia tersenyum manis. Aku hanya membalas sahaja. Botol perfume itu aku capai, lalu aku alukan kotaknya ke alat pengesan harga.

Bip!

Tertera satu harga pada skrin komputer itu. Aku meletakkan perfume yang dibelinya itu ke dalam plastik kecil, lalu aku letakkan di atas kaunter seraya menolak sedikit kearahnya.

"Rm59.90" ujarku. Dia tidak menunggu lama, terus saja menghulurkan sekeping not 50 dan not 10. Aku mencapainya lalu memulangkan baki. Tapi Si Dia menolak dengan senyuman.

"Its okey, keep the change." Tangan kecilnya mencapai, lalu terus beredar keluar dari kedai.

Aku senyum kecil. Jarang sebenarnya nak jumpa orang yang menolak baki, bila membeli di kedai mewah. Walaupun harga itu sekecil 10 sen.

***

Minggu ini, gadis putih itu datang lagi. Kali ini dia memilih perfume kecil, yang berharga Rm37

Kadang kadang aku terfikir juga. Setiap minggu dia menghabiskan duit hanya untuk membeli minyak wangi, sudahlah berharga puluh-puluh. Kedai minyak wangi--tempat aku berkerja ini-- mana ada menjual minyak wangi yang murah.

Lagipun, takkanlah minyak wangi yang dia suda beli sebelum ini, habis digunakan dalam masa satu minggu sahaja? Tak mungkinlah. Paling-paling pun mungkin satu bulan.

Sambil aku hulurkan plastik berisi minyak wangi, sempat lagi aku bersuara. Buat kali pertama.

"Awak selalu beli perfume mahal kat sini, tak menghabiskan duit ke?"

Dia sedikit terkejut apabila aku menegurnya. Dia senyum sambil menyambut huluranku.

"Apa salahnya berbelanja untuk sesuatu yang kita suka" balasnya tenang.

Aku membuat muka jelik. Entahlah, aku rasa ayat dia tu berbunga pula.

"Ya. Tapi, boleh dikatakan tiap tiap minggu, awak membeli. Takkanlah awak guna perfume bertahan selama satu minggu sahaja, kan?"

Aku nampak dia mengguriskan senyuman dan menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

"Saya tak pernah pakai pun semua minyak wangi yang saya beli tu" balasnya. Aku mengerutkan dahi.

"Tak pernah pakai? Habistu buat apa awak beli?"

"Sebab saya suka minyak wangi"

selepas saja dia membalas, dia terus menghadiahkan segaris lagi senyuman dan beredar.

Aku menghantar pemergiannya dengan pandangan keliru. Keliru dengan kata katanya sebentar tadi.

Kalau dia suka minyak wangi, mengapa pula tak pernah menggunakannya? Ah, perempuan ini memang misteri, tapi lebih kepada menjelikkan.

The Invisible LoveWhere stories live. Discover now