Tak akan dia sia siakan cinta Huzair, biarpun ribut dan badai datang melanda, tak akan sesekali dia melukakan hati Huzair lagi.

Rantai leher yang tergantung di cermin pandang belakang direnungnya seketika.

Rantai yang berisi gambarnya bersama Huzair. Sempat Huzair menempahnya sewaktu mereka berada di Bali.

Hanis tersenyum sendiri.

***

Sesampai saja dia di tingkat yang ditujunya, langkah terus diatur menuju ke wad yang menempatkan Huzair.

Dari jauh dia sudah perasan akan kewujudan dua lelaki yang tidak dikenali berdiri di sebelah pintu wad.

Langkahnya semakin perlahan, dadanya berdebar debar melihat mereka. Siapakah gerangan dua orang lelaki itu? Kenapa mereka berdiri di situ?

Dia berjalan seperti biasa tidak mahu mengendahkan manusia manusia tersebut.

Bekal di tangannya digenggam erat, baru sahaja tangannya hendak mencapai tombol pintu, dia ditahan oleh lelaki tersebut.

Hanis menarik kasar tangannya, kenapa dengan lelaki itu? Suka suka hati je nak pegang tangan orang.

"Awak siapa ha?", Soal Hanis tidak puas hati.

"Puan tak boleh masuk." Katanya.

"Merepek apa awak ni? Saya nak jumpa suami saya pun tak boleh? Sudah!", Ujar Hanis. Dia mahu membuka lagi pintu tapi ditolak.

"Suami saya kat dalam tu, saya nak jumpa dia! Awak tak faham ke?", Hanis sudah hilang sabar. Memang sudah melampau lah kalau suami sendiri pun tak dibagi tengok.

Hanis cuba lagi untuk masuk ke dalam, meronta ronta dia ingin melepaskan pegangan kuat daripada pengawal pengawal tersebut. Dia sudah hampir berjaya masuk, namun tudungnya tiba tiba ditarik kasar sehingga terjelepok jatuh ke belakang.

Bekalnya terlepas dari tangan, habis tumpah bubur yang dimasaknya. Hanis menoleh memandang gerangan yang menolaknya.

"Kau tak faham bahasa ke? Kau tak dengar apa yang aku cakap semalam? Aku dah pesan kat kau, jangan sesekali datang sini nak tengok anak aku", tengking Datin Yasmin.

Hanis sudah merangkak memeluk kaki Datin Yasmin.

"Mama..tolong bagi Hanis jumpa abang. Hanis nak jumpa dia mama.", Rintih Hanis. Dia sanggup melutut supaya wanita itu mengizinkan dia berjumpa dengan suaminya.

Datin Yasmin berpeluk tubuh memandang ke arah lain. Dia membiarkan Hanis berbuat begitu, seronok pulak lihat.

"Kenapa mama buat macam ni kat Hanis? Huzair tu suami Hanis. Hanis ada hak nak jumpa dia, mama." Kedengaran dia berbicara dalam tangisan.

Bulat mata Datin Yasmin memandang Hanis. Berani betul perempuan itu berkata begitu.

"Kau nak cakap pasal hak? Kau lupa ke aku siapa? Aku ni mak Huzair, aku ada hak nak tentukan hidup dia. Aku ada hak nak halang kau daripada berjumpa dengan dia.", Begitu bongkak Datin Yasmin.

"Bagi peluang Hanis tengok abang. Daripada semalam Hanis tak tengok dia lagi mama. Hanis merayu, tolonglah.", Berkali kali dia minta sambil mengalirkan air mata.

Datin Yasmin menolak nolak Hanis menggunakan kaki dengan kasar. Jijik dia disentuh dengan perempuan murahan itu.

Hanis yang terlepas pegangannya dari kaki Datin Yasmin kembali merangkak memeluk lagi kaki Datin Yasmin.

Dia benar benar berharap wanita itu lembut hati untuk beri dia peluang melihat Huzair.

"Tolonglah mama. Kesian dekat Hanis, Hanis nak tengok dia mama.", Rayunya lagi.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now