Sanggup Hanis memakan pil ni tanpa memberitahunya. Sanggup isterinya menipu dirinya!

Botol pil tersebut dimasukkan ke dalam poketnya sebelum dia membuka pintu kereta dan menyumbatkan diri ke dalamnya.

Dia memulakan perjalanan dengan hati yang terluka.

***

"Wah seronoklah akak lepas ni, dah ada kawan.", Ujar Hanis dengan senyuman dibibir.

Sewaktu dia sampai tadi, dia terkejut melihat Dahlia yang turut ada di situ. Fikirnya Dahlia berada di rumah bersama Luqman.

Rupanya tujuan dia datang ke sini untuk mengkhabarkan berita gembira. Dia mengandung..dah 6 minggu.

Gembira Hanis mendengarnya. Tak sangka Dahlia yang baru berkahwin sebulan lepas telah mengandung dibandingkan dengan dirinya yang sudah agak lama berkahwin tetapi tidak lagi menunjukkan tanda tanda hamil.

"Itulah. Adalah kawan akak nanti bila Luqman pergi kerja. Alhamdulilah rezeki.", Ujar Dahlia.

Hanis tersenyum hambar sambil memandang jarinya.

Cerita Dahlia tadi tentang reaksi Luqman yang seronok hendak mendapat anak. Umi dan ayah pula terpancar cahaya teruja mereka apabila mendapat tahu yang mereka bakal menimang cucu pertama.

Dia cemburukan semua itu. Bukan nak berniat jahat, tapi itulah hakikatnya.

Dia juga nak melihat suaminya gembira dengan berita kehamilannya. Boleh bayangkan reaksi muka Huzair kalau dia tahu isterinya mengandung.

Tapi entah bilalah dia dapat merasakan semua tu.

"Hanis.."

Dahlia memanggilnya perlahan. Hanis mengangkat kepala memandang kakak iparnya itu.

"Kenapa muka sedih je ni?", Soalnya.

"Entahlah kak. Hanis sedih, Hanis dah lama kahwin tapi sampai sekarang tak mengandung lagi.", Ujar Hanis, perlahan.

"Itu namanya belum ada rezeki la tu. Takpe, Hanis kena sabar. Berusaha lagi, Insha Allah adalah hasilnya nanti.", Kata Dahlia.

"Yang penting jangan putus asa.", Sambungnya lagi.

Hanis mengeluh berat. Macam mana kalau dia tak boleh mengandung?

Matanya dikerling ke arah Luqman yang berada di luar rumah. Sejak dia  sampai, abangnya itu sikit pun tidak bercakap walaupun sepatah.

Tidak seperti selalu, pasti ada saja ayat kasar yang dilemparkan kepada Hanis.

Haih, bilalah abangnya mahu berbaik semula dengannya.. dia rindukan gurauan lelaki itu.

***

Hanis bersalaman dengan Puan Rozi dan Encik Samad sebelum dia mahu pulang ke rumah.

"Nanti datanglah lagi, umi tak puas berborak dengan kamu.", Ujar Puan Rozi sambil memeluk anaknya itu.

"Insha Allah umi. Hanis memang nak datang selalu nanti, alang alang dekat kan?", Katanya.

"Bawak kereta tu hati hati, Hanis. Jangan main telefon je kerjanya. Bahaya main telefon sambil memandu.", Pesan Encik Samad membuatkan Hanis tergelak.

Ah rindunya dia dengan bebelan itu.

"Eh kamu gelak pulak ya. Abah cakap, main main pulak kamu.", Ujar Encik Samad. Nakal anaknya itu daripada dulu sampai sekarang tak berubah.

Hanis menghampiri Luqman yang berdiri di sebelah Dahlia. Luqman yang sedang berpeluk tubuh itu dipandangnya.

"Abang..nak salam.", Pinta Hanis.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now