"I nak kita putus! Cukuplah you dah sakitkan hati I. I taknak lagi terluka lepas ni.", Balas Huzair.

Tiara sudah mengalirkan air mata, dia melabuhkan punggung di kerusi.

Dia menjadi lemah apabila hubungannya dengan Huzair goyah.

"Apa salahnya you lupakan semua tu. Beralah pada I. Please, give me a second chance.", Rayu Tiara.

Terasa hendak ketawa Huzair mendengar kata kata Tiara.

"You ingat sikit, sepanjang 2 tahun kita bercinta, I yang selalu beralah!", Balas Huzair.

"Dahlah. Mulai sekarang kita putus. Baik sebagai kekasih atau sebagai kawan. Kita dah tak perlu berhubungan dah lepas ni.", Ujar Huzair sebelum dia melangkah meninggalkan Tiara.

Suara Tiara memanggilnya tidak diendahkan. Hati dia dah tawar dah dengan sikap gadis itu. Cukuplah.

End flashback

***

Botol pil ditangannya dibelek belek dengan rasa tidak sedap hati.

Dia tidak berani untuk menelan mana mana pil yang berkaitan kehamilan atau dalaman.

"Betul ke benda ni berhasil? Boleh percaya ke?", Bisiknya sendiri.

Dia sebenarnya ada juga terbaca satu artikel di mana bahaya memakan pil sembarangan. Banyak kesan sampingannya.

Hanis mengeluh perlahan. Dia menyimpan botol itu di laci meja soleknya. Dia menyimpan dalam dalam sikit supaya tidak ditemui Huzair.

Laci ditutup dan dia melihat dirinya yang terpantul di cermin.

Sejak Datin Yasmin membicarakan soal hamil, dia terus asyik memikirkan tentangnya.

Dia tahu di sudut hati Huzair, dia pasti mahu menimang cahaya mata sendiri, tapi mungkin lelaki itu mahu menjaga hatinya.

"Nantilah aku makan pil tu, harap harap berkesanlah.", Bisik Hanis.

***

Tiara duduk menyandar di kepala katil sambil memandang ke luar jendela.

Fikirannya kacau apabila duduk di sini, walaupun setiap hari Tuan Marzuki datang melawatnya, tapi perasaannya tetap sama. Kosong.

Jururawat yang masuk sambil membawa troli yang berisi makanan tidak dihiraukannya.

"Cik Tiara, makan ya. Sarapan tadi pun cik Tiara tak sentuh. Tak boleh macam tu, perut masuk angin nanti. Kalau perut masuk angin macam mana nak makan ubat?" Tutur lembut jururawat tersebut.

Tiara tidak mempedulikan kata kata jururawat itu. Dia terus duduk merenung ke arah pokok.

Jururawat tadi telah keluar dengan membawa troli tadi bersama. Makanan di atas meja itu direnungnya lemah.

Selera dia telah lama hilang. Badannya telah susut sedikit. Mukanya benar benar kelihatan tidak sihat.

Matanya beralih pada pintu, sebentar lagi mesti jururawat tadi datang lagi untuk menyuap ubat ke dalam mulutnya walaupun dia tak nak.

Dia selalu tidur akibat kesan dari pengambilan ubat untuk sakit mental sepertinya.

Dia memandang semula ke arah pokok tadi. Dia merasakan matanya panas tiba tiba, air mata mula turun mengalir.

Kadang kadang dia akan menangis dan ketawa bersendirian. Apabila dia melihat pokok di luar itu, seolah olah dia nampak Huzair sedang memerhatikan dirinya.

Tiara tersenyum melihat pokok itu, cinta hatinya dah datang lagi untuk menghiburkan hatinya yang sedang berduka.

Tiba tiba fikirannya terlintas mengingatkan perbualan ayahnya bersama Puan Rina tempoh hari.

Rahsia Takdir Antara Kita Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin