Tak logik!

Bibir Fasha yang sedikit terbuka, dicium lembut Iskandar. Lelaki itu senyum lagi. Kemudian dia angkat tubuh kecil Fasha, naik terus ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik.

Tubuh kecil itu diletakkan di atas katil. Perempuan itu merengek, mungkin agak ternganggu dengan tindakannya. Iskandar bernafas lega. Selamat Fasha tak celik mata. Kalau terjaga, jatuh saham dia.

"Good night, dear."

"Nina, Encik Iskandar ada?"

Nina angkat kepala seraya pamerkan senyuman. "Ada, Cik Kalida." Matanya terintai-intai memandang perempuan cantik di belakang Kalida.

Siapa?

"Ada orang nak jumpa Encik Iskandar. Tell him."

"Baik, Cik Kalida." Kepala laju diangguk. Tak mahu Kalida menunggu lama, Nina mengangkat kaki ke office bossnya.

Beberapa minit Kalida dan Fasha menunggu, akhirnya gadis itu berjalan keluar. "Cik Kalida dan Cik..." Mata gadis itu terarah kepada Fasha. "...boleh masuk."

"Okey. Thanks." Kalida senyum. Dia tarik tangan Fasha. "Jom, akak!"

Lambat-lambat Fasha mengangguk. Di sudut hati, memang berat semacam hendak melangkah. "Jom." Mereka berjalan beriringan.

Nina hanya melihat kelibat dua perempuan itu hilang dari meja kerjanya. Lama berdiri, dia duduk semula. Penuh semangat dia menyambung kerja.

"Hei, beb!"

Suara seseorang masuk ke dalam telinga Nina. Dengan wajah kosong, gadis itu angkat muka. "Kau nak apa, Dini?"

"Sapa tadi tu?" Lelaki yang terkebil-kebil menghendap dinding kaca pejabat Iskandar bertanya.

"Entah. Mana aku tahu." Nina angkat bahu tak tahu. Jari-jemarinya sedang menari di atas keyboard. Menaip sesuatu agaknya.

"Hari tu, aku perasan perempuan tu dengan Encik Iskandar. Wife dia kot." Amiera yang sedari tadi diam, kini bersuara. Tangan gadis itu menahan tubuh di meja kerja Nina.

Nina geleng pula. "Aku tak perasan pun."

Dini memikirkan sesuatu. Sekali tangan diangkat ke bawah dagu. "Tapi, bukan Encik Iskandar nak kahwin dengan Cik Diana ke?"

Serentak, Nina dan Amiera memandang tajam ke arah Dini. "Diorang dah putus sebab Cik Diana tak datang pada hari majlis pernikahan diorang. Kau ni duduk zaman batu ke apa?" Amiera bersuara geram.

Dini senggih lebar. "Hehe! Aku betul-betul tak tahulah." Pangkal lehernya diusap berkali-kali. Tanya sikit pun nak marah cik kakak-kakak ni.

"Kenapa Cik Diana tak datang majlis pernikahan tu? Kalau aku, memang sah-sah aku akan datang. Kahwin dengan CEO siapa tak mahu, kan?" Amiera tersenyum-senyum membayangkan hari bahagia itu, walaupun tahu mustahil.

Dini mengangguk, membenarkan kata-kata gadis itu. "Kan? Kalau aku perempuan, mesti dah lama aku try Encik Iskandar tu. Memang pasti-pasti aku akan dapat. Sampai tua aku hidup senang, beb." Habis sekali tangan dilenggok Dini. Tanda dia beria-ria cerita.

"Perasan kau ni, Dini!" Amiera gelak berdekah-dekah. Kepala turut tergeleng sendiri. "Nanti jadi lawan pedang pula. Hahahaha!"

Mendengar saja kata-kata daripada rakan sekerjanya, Nina geleng kepala berulang kali. "Apa yang korang merepek ni?"

"Tak bukan macam tu. Sebenarnya..." Seorang lagi pekerja syarikat itu, mula membawa diri masuk ke dalam bualan hangat mereka. Dia mencapai bahu Amiera supaya membongkokkan sedikit tubuh. Biar mereka berempat saja yang mendengar.

"Weh, Juwita!" Dini terkejut dengan kehadiran ibu tunggal anak satu itu. Terlampau teruja, dia mengibas tangan ke udara.

"Sebenarnya apa?" Amiera membesarkan telinga, tak sabar mahu tahu cerita selanjutnya. Berdebar-debar rasa di dada.

"Sebenarnya Encik Iskandar hilang ingatan. Mungkin sebab tu dia tak jadi kahwin dengan Cik Diana. Lepastu, Encik Iskandar kahwin dengan perempuan tadi." Suara Juwita perlahan saja menceritakan perkara sebenar. Dengan reaksi wajah turut dipamerkan.

Mereka bertiga angguk faham. Ada yang terkejut dan ada juga yang ternganga mulut tak percaya. "Kiranya perempuan tu penyelamat keluarga Encik Iskandar daripada malu?"

"Haah. Lebih kurang." Juwita turut angguk-anggukan kepala. Puas hati dengan kata-kata sendiri. "Sudahlah. Sambung kerja." Juwita berjalan ke meja kerjanya. Tidak sangka pula dia boleh terjebak dengan mereka bertiga.

Habis kelaut kerja aku nanti!

"Kita lunch sekali tau, beb?" Dini tepuk bahu Amiera perlahan, cuba menyedarkan gadis itu dari terus mencerna perkara tadi. "Kau sekali, Nina."

"Ye!" Amiera sengaja melagakan bahunya dengan Dini. Mahu balas perbuatan Dini tadi. Serentak itu, pantas dia melangkah ke meja kerja.

"Tunggu aku, woi!" Habis keluar suara jantan Dini. Sebelum ini, lembut seperti kapas suara dia. Cover ayu saja selalu.

Nina senyum nipis melihat gelagat rakan-rakan sekerjanya itu. Dalam diam, hatinya gusar memikirkan sesuatu.

Iskandar betul-betul dah kahwin?

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now