1 9

5.7K 342 39
                                    

(MAAF SEBAB LAMBAT UPDATE. I HAVE MY OWN REASON. NGEH)

Aina yang berada di sofa sudah tiga kali menguap. Jam di dinding ditilik. Sudah pukul 1 pagi.

'Mana Kyle ni? Takkan tak balik-balik lagi.' Aina mengeluh.

Tak lama selepas itu, bunyi kereta berada di luar. Aina berlari mendapatkan suaminya. Kyle masuk ke dalam rumah. Dia hampir melatah melihat kelibat Aina yang dah tak rupa manusia. Hiperbola je.

"Asal tak tidur lagi?" Tanya Kyle dengan suara yang lelah. Dia memicit pelipisnya. Briefcase diambil oleh Aina. Dah menjadi rutinnya ketika menyambut Kyle dari kerja. Tapi hari ni hari pertama Kyle masuk kerja semula setelah dua bulan bercuti.

"Tunggu awaklah." Aina menguap sambil menggosok matanya.

Kyle tersenyum. Haih cute nya dia gosok mata.

Rambut Aina diusap lalu dahinya dikucup penuh kasih.

"Dah jom naik. Aku ngantok ni." Kyle menarik tangan Aina ke arah lif. Malas nak guna tangga.

Sampai sahaja di bilik, Aina terus merebahkan badannya di atas tilam manakala Kyle masuk ke walk closet untuk menukar pakaiannya ke pakaian tidur.

Setelah selesai menyalin pakaian, Kyle bergerak ke arah katil bersaiz king. Semenjak dua bulan ni, mereka sudah tidur sebilik. Kyle takut rindu akan isterinya.

Dia membaringkan badannya bersebelahan Aina. Aina sudah lena diulit mimpi membelakanginya.

Kyle menarik pipi Aina.

"Hmm..." Rengekan Aina membuatkan Kyle ketawa kecil. Terasa tidur Aina terganggu, dia mencelakkan sedikit matanya.

"Babygirl...baring menghadap sini please? Nak peyuk(peluk)." Aina tanpa membantah, terus mengiring menghadap Kyle.

Kyle tersenyum lalu melingkarkan tangannya di pinggang ramping Aina. Kyle mengucup dahi Aina penuh syahdu. Kepala Aina ditariknya ditarik agar melekap di dada bidangnya.

"Te amo, babygirl." Ucapnya.

Lama kelamaan matanya juga memberat dan akhirnya dia tertidur sambil memeluk erat tubuh Aina.

MATA Aina terpisat-pisat menerima pancaran cahaya dari celahan langsir tebal yang berwarna royal blue itu. Dia menggosok matanya berkali-kali agar pandangannya jelas.

Dia cuba bangun namun seperti ada sesuatu menahan perutnya dan ianya berat dan keras. Dia memandang ke arah perutnya. Ternyata lengan kekar Kyle sedang memeluknya.

Dia termalu sendiri bila mengenangkan kedudukan mereka yang teramat rapat sekarang ni.

Dia berkira-kira mahu mengejutkan Kyle atau tidak. Tapi, kalau Kyle lambat pergi kerja nanti macam mana? Ahh! Kejut je lah.

"Kyle? Bangun." Dia menggoncang perlahan bahu lelaki itu. Namun masih tiada respon.

"Awak...bangunlah. Dah pagi ni. Nanti lambat masuk ofis. Tahulah awak tu bos. Tapi tak payahlah tunjuk contoh tak baik pada pekerja awak. Nanti pekerja awak terikut-ikut dengan perangai awak ni. Kyle...bang-" Belum sempat Aina menghabiskan hujahannya, bibirnya pantas dikucup oleh Kyle sekilas.

Aina membulatkan mata. "Kyle Mayorga! Eeeeee..ambik kesempatan betul. Orang tua gatal tak sedar diri." Rungut Aina sambil menekup mulutnya dengan tangannya.

"Membebel je tahu. Aku tak pekak lagi lah." Balas Kyle lalu memalingkan badannya ke arah lain dan sambung tidur balik.

Aina membuntangkan matanya bila Kyle sambung tidur balik. Bukannya nak bangun pun kalau dah kena bebel.

"Kyle Mayorga bin Karl Mayorga! Ya Allah!! Apa nak jdi dengan awak ni? Tidur balik eh awak?" Aina terus menarik telinga Kyle sampai meraung lelaki itu.

"Awww! Babe, sakitlah!" Adu Kyle kemudian bangun. Dia menggosok telinganya yang merah akibat tarikan mak ketam.

"Bangun! Mandi! Pergi kerja!" Arah Aina sambil bercekak pinggang.

Kyle tanpa banyak bunyi terus berlalu ke arah bilik mandi.

"Kau taknak join sekali ke?!" Laung Kyle dari dalam bilik mandi.

"Gatal!" Omel Aina perlahan. Malas dia nak layan kegedikkan Kyle, terus dia keluar menyediakan sarapan untuk suaminya.

Dia pon belum mandi. Alahhh nantilah dia mandi. Bukan di pergi memana pun.

SETELAH selesai menyegarkan badan, Kyle mencapai baju yang disediakan oleh Aina di atas katil. Nak tergelak pun ada dia melihat warna baju tu. Sengaja ye, isterinya memilih baju warna tu. Nectie pun haihh...Pakai je lah.

Dia turun selepas siap berpakaian kemas. Kelibat isterinya yang ssedang menyediakan pinggan di atas meja didekati perlahan-lahan tanpa mengeluarkan sedikit pun bunyi.

"BAHHH!!" Sergah Kyle sambil memegang bahu isterinya. Then....

"Oh kambing tergolek sedap!!" Latah Aina sambil membuat body contact.

Dia merengus geram melihat suaminya yang terkekek ketawa.

"Awak! Kalau saya mati terkejut tadi, awak komfem jadi duda muda. Nak?" Ugut Aina dengan wajah sengaja digarangkan.

"Taknak. Aku nak jadi suami kau dunia akhirat." Balas Kyle selamba. Tak. Dia perasan ke apa yang dia baru sebut tadi?

"Huh?" Blur si Aina.

Kyle yang baru perasan yang dia terlanjur kata terus berdehem beberapa kali untuk mengembalikan keadaan yang kekok kepada asal.

"Nothing. Ermm..kau letak dalam bekal semua ni, aku makan kat pejabat. Aku dah lambat ni sebenarnya." Kata Kyle tanpa memandang wajah Aina. Wajah Kyle nampak macam berbahang. Telinganya juga merah.

"Hmm...okay." Aina akur. Nak tergelak pun ada melihat kelakuan Kyle yang tak habis-habis mengatur nectie. Padahal elok je necktie tu. Malu ke? Hihihi.



Sampai disini, perjalanan kita.
Menghukum diri, mendera hati..

Ehh! Author termenyanyi pulak.
Btw, jgn lupa vote.

Mafia's Babygirl [Hiatus]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang