"Kejaplagi, awak nak pergi ofis ke?" tanya Fasha seiringi duduk berhadapan dengan Iskandar di atas katil.

"Ya, ada meeting." Hari ini, dia sengaja tidak mahu ke office. Kalau Nina call, baru dia akan ke sana. Saat-saat bersama isteri kesayangan harus dihargai sebaik mungkin.

Acewah kau, Iskandar.

Fasha diam buat beberapa minit. Dia nak menyuakan keputusannya. Keputusan yang dia ambil ketika berjumpa dengan Puan Zulaikha. Dia perlu beritahu Iskandar secepat yang boleh. Itu lebih baik! Tapi Iskandar boleh terima ke keputusan dia?

"Iskandar..."

"Iya, kenapa sayang?" Wajah Fasha direnung Iskandar. Dari tatapan mata saja, mampu buat hatinya bergelora habis. Kuasa cinta ke panahan cinta?

"Nak mintak sesuatu, boleh?" Suara dilembutkan, selembut-lembutnya. Tidak mahu kata-katanya nanti membakar sekeping hati milik Iskandar.

"Nak mintak apa? Mintak anak ke? Boleh je! Sekarang pun boleh." Tanganya sudah gaya mahu tarik tangan Fasha untuk baring. Buat anak cerah menerang macam ni, mana seronok!

Fasha memandang tajam. "Hei, sapa kata nak mintak anak?" Tangannya ditarik semula dari tangan Iskandar. Membetulkan kedudukan. Memang dia hampir terbaring betul-betul tadi. Tapi dia sempat menegakkan tubuh. Kalau tak, hai-hai bye-bye jelah!

"Hahaha! Gurau sayang. Nak mintak apa ni?" Iskandar kembali serius. Tangan ditongkat ke dagu. Menantikan jawapan dari isteri ketot. Hahaha!

Fasha tidak sampai hati untuk mengujarkan keputusannya. Tapi dia perlu. "Sebenarnya, saya ada jumpa seorang mak cik ni dekat pasar haritu. Pastu, dia mintak saya... hurm..." Mulut Fasha seperti berat mahu menyambungkan ayat.

"Dia mintak apa? Mintak saya untuk kahwin dengan anak perempuan dia?"

"Ha?!" Selepas mendengar itu, Fasha terkejut dengan mata membulat. Iskandar sudah tahu, ke? Siapa beritahu dia? Macam mana dia boleh tahu?

Lambat-lambat Iskandar berdekah-dekah ketawa. "Gurau jela sayang! Saya gurau je."

Fasha sudah menarik muka. Main-main je kerja Iskandar ni! Baling penyapu kang! "Dia mintak saya suruh awak suruh kahwin dengan anak perempuan dia. Betullah apa yang awak cakap tadi." Selepas berkata, Fasha melepaskan nafas lega. Di dasar hati, dia tidak selega seperti disangka.

"Ha?" Iskandar memang betul-betul terkejut. Tapi cepat-cepat membawa dirinya bertenang. Mulut dia masin sangat ke? Ke Fasha yang gurau? "Awak gurau?"

"Tak!" Wajah Fasha sudah serius tatkala menghabiskan ayatnya tadi. "Saya serius awak. Saya nak awak kahwin dengan anak dia."

Seperti dihempap batu besar di atas kepala, Iskandar bersuara. "Apa maksud awak?" Dia memandang Fasha. Perempuan itu kelihatan serius. Maksudnya semua ini betul?

"Saya rasa kesian tengok mak cik tu. Saya nak awak kahwin dengan anak dia. Please Iskandar." Mata melirik ke arah Iskandar. Hati seakan terluka dengan bicara yang dimuntahkan.

"Why me?" Wajah Iskandar sudah terkerut-kerut tak percaya. "Stop gurau macam ni. It's not funny."

"Sebab anak dia nak kahwin dengan awak. Awak saja yang boleh tolong mak cik tu. Saya merayu, Iskandar." Bersungguh-sungguh Fasha berkata. Matanya mula merona merah, cukup menggambarkan perasaannya tika ini. Sedih. Terluka.

"Tak. Tak. Yang saya nak tahu sekarang ni, kenapa awak nak sangat tolong mak cik tu? Awak kenal perempuan tu? Kenal mak cik tu? Awak kenal ke, ha?!"

Nada suara Iskandar sudah naik seoktaf. Tidak tahan dengan sikap Fasha. Sanggup hancurkan rumah tangga sendiri, semata-mata mahu menolong mak cik yang entah siapa-siapa. Dia sendiri pun tidak kenal. Tak logik!

"Awak kenal perempuan tu. Saya pun kenal. Dia Gina..."

"Gina? Siapa tu? Saya tak kenal la!" Iskandar memang tidak pernah mendengar nama itu sebelum ini. Malah, dia tak mahu langsung ambil tahu tentang nama itu.

Kepala ditundukkan, merenung jari-jemarinya. Fasha lupa yang Iskandar semestinya tidak ingat siapa Gina. Ingatan Iskandar mungkin tidak akan boleh dikembalikan lagi.

"Saa... saya tak nak jadi perampas..."

"Siapa kata awak perampas? Saya sayang awak, Fasha. Kalau awak nak sangat tolong mak cik tu, awak jelah kahwin dengan anak dia." Malas mahu panjangkan perbalahan, Iskandar turun dari katil. Pintu bilik dihempas kuat. Dia kecewa.

Terkebil-kebil Fasha diiringi air mata laju mengalir. Iskandar sayang dia?

Kan Iskandar dah merajuk!

Sapa nak pujuk ni?!

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now