I Am Your Love

2.5K 218 55
                                    

4 bulan berlalu dengan begitu cepat sekali. Kini, semua penghuni di dalam rumah Amato sedang bersiap-siap untuk menyediakan atau lebih tepat meraikan kepulangan seseorang yang telah sekian lama ditunggu oleh mereka. Salah seorang dari mereka tidak lain dan tidak bukan sudah tentulah Gempa.

Taufan: Gem? Kau dah siap? Kita nak gerak dah ni?

Gempa menoleh ke arah Taufan sambil tersenyum manis. Dia mencapai menyepit rambut dan pengikat rambutnya lalu dia mula mendandan rambutnya dengan gaya yang simple.

Gempa kini sudah dapat membiasakan dirinya dengan memakai skirt dan gaun. Segala traumanya telahpun hilang. Dan ia adalah atas jasa baik Taufan dan adik-adiknya. Merekalah yang selama ini meyakinkan Gempa dan memberikan sokongan kepada gadis itu untuk menjadi seorang yang lebih yakin dan berani dalam menjadi diri sendiri. Dan sekarang, Gempa telah berubah.

Selain itu, rambut Gempa juga telah panjang. Tidak terlalu panjang tetapi sekurang-kurangnya ia melepasi paras bahunya. Dan jujur saja, Gempa kelihatan begitu cantik sekali dengan apa pun. Kecantikannya semakin terserlah apabila dia memakai gaun putih pemberian Ju. Ia menampakkan Gempa kelihatan seperti seorang bidadari yang cantik mata memandang.

Blaze: Woah! Makin lama aku tengok kau makin cantik ah, Gempa!

Gempa tersenyum malu.

Gempa: T-takde lah cantik sangat... Saya biasa-biasa saja...

Solar: Hek eleh.. Kalau orang dah puji tu terima jelah. Kau ingat senang ke nak terima pujian?

Thorn: Solar, entah kenapa semakin hari Thorn rasa makin nak sepak Solar. Boleh Thorn sepak Solar?

Solar pantas berlari dan menyorok di belakang Taufan. Biarpun dia jenis yang narsis, tapi dia tetap takut dengan abangnya yang seorang itu. Kalau Thorn rasa jengkel memang tak boleh buat main weyh!

Taufan: Haish.. Dah lah korang. Jom? Aku rasa mak dan ayah dah tunggu dah tu.

Yang lain mengangguk setuju. Lalu, mereka pun keluar dari bilik Gempa dan bersama-sama turun melalui tangga untuk keluar.

Ju: Ha, dah siap dah anak-anak mak. Jom?

Kesemua anak-anak Ju termasuk Gempa mengangguk akur. Lalu mereka pun terus masuk ke dalam kereta dan mula bertolak.

Ais: Eh, ayah mana, mak?

Ju: Ayah kamu... Dia kata dia ada hal. Nanti dia datang, ya?

Semua mengangguk faham. Dan selepas itu, suasana di salam kereta mula dihuni dengan suasana riuh-rendah yang dihasilkan oleh geng trio di dalam kereta. Menjadikan perjalanan mereka tidak sunyi dan terus menjadi ceria.

-•°•°🌸✨🍀(*´・w・)🍀✨🌸°•°•-

Kini, mereka semua telah tiba di pantai. Masing-masing keluar dari perut kereta dan mula menjalankan tugas mereka. Apa lah sangat? Hirup angin laut je pun.

Ju: Mak dan ayah dah tempah restoran yang akan kita makan nanti. Jadi, kalau ada yang nak jalan-jalan dulu atau main dulu korang pergilah. Mak akan tunggu ayah ku di restoran tu.

Kembar 5: Ok mak!

Tanpa menunggu lama lagi, kelima-lima kembar tersebut pun mula berlumba menuju ke pantai bersama-sama. Pada masa yang sama, Gempa berjalan mendekati Ju.

Gempa: Uumm... Mak nak Gempa tolong apa-apa tak?

Ju: Ah, rasanya mak ok saja setakat ni. Kamu pergilah jalan-jalan, ya? Nanti bila sampai masa kamu bawa 'dia' sekali, ya?

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now